11 June, 2009

SIAPA YANG INGINKAN PERPADUAN MELAYU?




Siapakah diantara kita sebenarnya yang inginkan perpaduan diantara orang-orang Melayu di Malaysia ini? Ramai yang bercakap mengenai perpaduan Melayu tetapi berapa ramaikah yang jujur berusaha kearah itu?

Ketika ada pihak yang cuba membawa usul untuk perbincangan, di satu pihak yang sebelah sana dari awal lagi sudah cuba mengagalkannya dengan alasan apa perlunya perpaduan Melayu kerana yang mereka perjuangkan adalah pemerintahan kerajaan Islam. Tidak mungkin mereka lupa bahawa di Malaysia ini boleh dikatakan keseluruhan bangsa Melayu beragama Islam. Bererti memperjuangkan Melayu juga memberi makna menegakkan syiar Islam.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah percakaran atau perebutan untuk memperolehi sokongan bagi mendapatkan kuasa memerintah oleh golongan-golongan berkenaan semata-mata. Percakaran yang berlaku adalah kerana keengganan mereka untuk mengalah dengan harapan bahawa mereka akan mendapat sokongan dan akhirnya mereka akan berjaya menjadi pemerintah.

Apakah mereka tidak sedar bahawa percakaran antara Melayu akan merugikan bangsa Melayu sendiri? Apakah mereka tidak sedari bagaimana bangsa-bangsa sudah semakin kurang ajar dan berani menuntut kuasa lebih dari tangan kita? Apakah mereka tidak sedar bagaimana bangsa-bangsa pendatang ini sering menekan kerajaan dari hari kesehari? Apakah mereka tidak sedar bahawa bangsa Melayu yang bukan menguasa ekonomi telah juga beransur-ansur kehilangan kuasa politik?

Apakah pemimpin-pemimpin parti-parti bangsa Melayu pedulikan hal ini? Saya berani katakan bahawa mereka tidak pernah pedulikan bahawa apa yang berlaku sekarang ini merugikan bangsa Melayu sendiri. Bahkan mereka tidak pernah berfikir bahawa kehatuhan pemerintahan Pulau Pinang kepada DAP telah merugikan bangsa Melayu. Mereka tidak pernah memikirkan bahawa Pulau Pinang sudah tidak ada harapan lagi untuk orang Melayu dan bakal menjadi Temasik kedua.

Siapakah yang dengan jujur memikirkan bahawa bagaimana bangsa pendatang telah dengan halus memperbodohkan melayu-melayu untuk diperpecahkan dan akhirnya mereka menguasai Pulau Pinang dan Perak (beberapa lama dahulu). Tidakkah kita sedar bahawa bangsa pendatang runcing diluar dan pepat didalam? Tidakkah kita melihat bagaimana mereka dari berbagai parti tetapi bersatu dalam memberikan undi. Bangsa kita telah dan akan terus diperbodohkan ketika kita masih bercakaran sesama kita.

3 comments:

MAWAR BERDURI said...

SALAM BH?

BENAR PERSOALAN YANG ANDA TIMBULKAN APA GUNA GAMBAR MENANGIS BERDOA KUNUNNYA, SEMASA KEMPEN P/R INGIN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM INGIN PARTI NYA DI SOKONG TAPI PERJUANGAN MENGADAI MARUAH DAN KEUTUHAN AGAMA DAN BANGSA SENDIRI...KERAJAAN PERPADUAN KUNUN? SENDIRI PUN NDAK PADU.

Parpu Kari said...

BRO, MEMANG SAYA SETUJU DENGAN PANDNGAN BRO NI!

PakTeh said...

siapa yg nak perpaduan, aku tak tahu tapi yang tak nak perpaduan antaranya Husam & Ahmad Awang.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...