23 June, 2009

ISLAM JENIS APAKAH YANG PAS BAWA?


Tutupkanlah juga pintu hati pengikut-pengikutku agar jiwa mereka mati dan beku, agar mereka tidak akan berpaling ke arah lain, agar mereka dengan mudah aku tipu, agar mereka akan patuh seperti lembu yang berbaring diatas jalan dan meninggalkan najis yang beretaburan.



Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS
Abdul Rahim Sabri | Jun 22, 09 7:33pm
http://www.malaysiakini.com/news/107014


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.



Demikian laporan dari Malaysiakini yang menyingkap perubahan sikap pemimpin-pemimpin (parti yang memperjuanhgkan Islam) PAS.

Soalnya siapa yang memulakan (idea kerajaan perpaduan) ? Dan siapa pula yang memutuskan (untuk tidak meneruskan perbincangan tentang kerajaan perpaduan itu)? Siapa yang inginkan perpaduan (demi keharmonian negara) ? Dan siapa pula yang hanya lebih mementingkan pengaruh politik mereka ? Siapa yang apabila berkata-kata, katanya boleh dipegang dan siapa pula yang apabila berkata-kata, katanya hanya penuh dengan dusta ?

Semakin hari semakin jelas kepada kita bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini hanyalah permainan politik semata-mata. Bahawa pemimpin-pemimpin mereka lebih mengutamakan mendapatkan kuasa semata-mata. Bahawa pemimpin PAS juga adalah manusia biasa yang penuh nafsu dan dendam dan perasaan tamak haloba.

Kata mereka Pemimpin UMNO flip-flop, kini kita kata pemimpin mereka pun flip-floop juga. Kata mereka pemilihan UMNO ada rasuah politik, kini kita kata pemilihan PAS pun ada rasuah politik juga (opps! bukan rasuah tetapi derma..eh! sedekah...kerana Allah)

Kita harapkan Islam PAS dapat menunjukkan ajaran yang suci tetapi yang ditunjuknya adalah sesuatu yang ngeri. Kalau tak, tak kan Ahli Parlimen PAS yang bekas seorang MB menunjuk sikap biadap dan kurang ajarnya dalam dewan kerana sikap itu bukan ajaran Islam. Sikap itu lebih buruk dari sikap Yahudi.



Kepada penyokong pembangkang, bacalah blog-blog dibawah ini. Semoga hati kamu tidak beku dan mati.

Anwar dan Kit Siang tarik telur Hadi


Jalan Perdamaian Penuh Berliku


PAS secara sukarela mengkapankan mayatnya sendiri

Kerajaan Perpaduan wayang PAS saja


Kenyataan Media Pakatan Rakyat Yang Berbelit



Islam Ajar Umat Menipu


Nik Aziz Tuduh UMNO Tolak Islam



Nik Aziz Setaraf ’Abuya’



Mana Dia Fitnah Tu Tuan Guru?



Terima kasih ParpuKari atas re-posting dan komen diblog saya. Klik untuk baca komen ParpuKari.

8 comments:

poyosede said...

Pemimpin PAS bukan pemimpin Islam. PAS tidak faham apa itu erti perpaduan menurut Al-Quran.Renungilah ayat 45 hingga 46 dari surah al-Anfal. Barulah anda akan faham apa ertinya perpaduan. Bukan dok asyik ikut telunjuk kafir laknat Lim Guan Eng tu. Hadi Awang pulak hilang pedoman bila berdepan dengan manusia keparat Anwar...

Anak Lenggong said...

Pas memang tak akan berubah..perjuangan islam itu hanya pada nama sahaja dan diwar2kan dikalangan penyokong jumud mereka sahaja serta didalam ceramah dikawasan melayu...perjuangan sebenar mereka hanyalah disebabkan tamakkan kuasa sehingga sanggup menjilat ludah sendiri..disebabkan kuasa mereka sanggup memingkirkan saudara seugama tetapi boleh berdamping dengan sikapir...dulu mereka yang mengutuk umno berbuat demikian tetapi sekarang dah jadik sebaliknya..
Walaupun begitu penyokong mereka yang terlalu jumud akan cuba mempertahankan kekeliruan yang dibawa oleh pemimpin mereka disebabkan didalam hati dah tertanam sikap ego tak bertempat..para penyokong PAS menutup mata dan telinga walaupun didalam hati terasa pedih dan mengakui kegagalan para pemimpin mereka...sedarrr lah wahai orang melayu tak rugi sekiranya kita bersatu walaupun didalam perjuangan politik kita berlainan.

.@blogger.com said...

Salam dan terima kasih geecantik serta anak lenggong. Dalam banyak hal kita sependapat bahawa PAS bukan parti yg perjuangkan Islam sebenarnya ~ bERANIKAN hATI

YANG GAMBI said...

PAS dikelilingi pemimpin-pemimpin yang munafik, tujuannya semata-mata untuk memenuhi nafsu untuk berkuasa........ itu sahaja nawaitunya......

Orang-orang Melayu mudah tertipu dengan hujah dan sikap mereka yang munafik ini.

Puakumbu said...

PAS sekarang bukan seperti PAS dahulu, yang pentingkan semangat perpaduan, tidak menjadi boneka parti lain, mengajak semua ke arah Islam yang hakiki dan mulutnya sentiasa manis dengan ucapan ikhlas demi agama dan bangsa...kini PAS hanya ingin menghancurkan umat Islam dan Bangsa Melayu itu sendiri..Sapa yang rugi????MEREKA DAN KELUARGA MEREKA......

Anonymous said...

sendiri yang cadangkan sendiri yang batalkan .. kemudian sedap2 kepala hotak hadi tu tuduh umno fitnah PAS .. ape ke bahlul tak bersekolah ke ape orang tua tu?

.@blogger.com said...

Salam,
Terima kasih yanggambi. Tokey Keli dan Media Siber rasanya pertama kali berunjung ke blog ini.Terima kasih utk komen anda semua. Saya sedar, saya tidak keseorangan. Terima kasih kawan-kawan, sahabat. Perjuangan kita belum selesai ~ bRAVEhEART

poyosede said...

PAS bukan guna Firman Allah tapi Kitan Tok guru sebab tu depa banyak dok fitnah orang terutama fitnah UMNO. PAS UMNO kafir... terukkan!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...