Suara Anak Pahang - Perlu Baca

26 June, 2009

SIAPA BERKATA APA ?


Kerana Santan Pulut Binasa, Kerana Badan Buntut Binasa. Ishh! Apa aku cakap ni?



Ketika melayari internet / laman-laman blog, saya menemui posting ini, yang saya rasakan menarik dan perlu di ketengahkan kepada khalayak. Posting berkenaan adalah dari blog seorang kawan (rodong - dalam loghat Pahang) yang juga diantara blogger muda (walaupun umur beliau sudah tidak berapa muda lagi) yang sangat komited menulis. Sekalong pujian untuk beliau kerana usahanya mengumpulkan maklumat untuk menghasilkan posting berkenaan.

Blog beliau (madugunung) boleh dilayari dialamat berikut - http://madugunung.blogspot.com (Sila klik disini untuk meng-aksess posting diblog berkenaan)



Atau anda juga boleh layari laman blog seorang lagi rodong yang lain, juga blogger muda Pahang yang sudah tak berapa muda diblog seratah http://seratah.blogspot.com (klik disini untuk ke blog beliau)



ANWAR IBRAHIM BERKATA

DALAM SATU KENYATAAN DI KUALA LUMPUR

PADA 8 MEI 1987

"Ada pihak berusaha menggugat kestabilan kerajaan dan negara dengan mengancam mengambil pelbagai tindakan setelah gagal menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO.meraka berbuat demikian semata-mata untuk mencapai cita-cita politik meraka yang sempit".


tantang PAS dan DAP

"Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum"



ungkapan ini dibuat pada majlis pemimpin bersama rakyat

di gombak kuala lumpur 21 april 1995


"Kita jangan mudah ditipu oleh orang-orang yang bernafsu besar dan yang gilakan kuasa seperti PAS yang bersekongkol dengan DAP"


"Saya hairan kenapa PAS dan DAP terutamanya dengki dengan kejayaan yang dicapai oleh pemerintahan negara ini sedangkan para pemimpin kerajaan tidak melakukan kezaliman"


Anwar berucap dalam ceramah BN di kg sg.Pasir sg.Petani Kedah pada 22 Disember 1990.

...........................................................................................................................................


Inilah persoalan yang sering bermain dibenak hati saya dulu masa dalam UMNO semuanya benar tapi bila dah keluar dari UMNO lain jadinya dan semua yang kerajaan buat tak betul.



Pandangan saya:
DSAI seorang pemimpin yang sangat advance dan berupaya melihat masadepan politik beliau. Jadi sebenarnya apa yang beliau perkatakan itu adalah mengenai dirinya sendiri, segala kutukan itu adalah kepada dirinya sendiri. Cuma kadang-kadang beliau lupa untuk melihat dirinya dicermin...dari kiri...kanan...depan dan...JANGAN MAIN BELAKANG - huhu ~ bRAVEhEART

3 comments:

geecantik@blogspot.com said...

Anwar memang pandai memutarbelitkan isu.Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.... tunggu je la..

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

PAS membandingkan diri mereka sebagai Nabi Muhammad SAW, Nauzubillah min Zalik, sedangkan jauh sifat nabi SAW dengan PAS ini. Inilah kekeliruan yg Pas lakukan dilihat boleh memudaratkan daya pemikiran dan perpaduan orang2 Islam masa kini.

Apache said...

Haramkan PAS..tangkap nik ajis..sesat dan menyesatkan

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...