27 June, 2009

HANGAT: DS NAJIB TERIMA PANGGILAN OBAMA


Hello Sir, you don't worry lah Najib! I will support you and I appreciate what you have done to your Country.


Sebentar tadi kira-kira jam 11 malam, Datuk Seri Najib menerima satu panggilan telefon dari pemimpin nombor satu dunia, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

Dalam masa perbualan selama hampir 25 minit itu beberapa perkara telah dibincangkan dan antaranya adalah mengenai pembebasan 2 tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo.

Presiden Obama yang juga berpendirian cenderung menyokong Islam dan membantu Negara-Negara Islam turut menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam perbualan tersebut Obama juga menyatakan kesediaannya untuk datang ke Malaysia dalam waktu terdekat sebagai tanda pengiktirafannya terhadap Negara Malaysia dan kepimpinan DS Najib dan mengeratkan hubungan diplomatik dua hala.

(Berita ini diterima dari sumber yang rapat dengan DS Najib pada jam 11:46PM)

Ralat: Mohon maaf atas kesilapan laporan dan pembetulan adalah seperti berikut; Obama telah menelefon DS Najib kira-kira jam 9:10 malam dan berlangsung selama 20 minit. Kesilapan amat dikesali

Komen bh:
- Selama ini pembangkang memperlekehkan kepimpinan DS Najib dan memperlihatkan seolah-olah PM Malaysia tidak diiktiraf oleh dunia. Pembangkang menonjolkan DS Najib tidak layak langsung memimpin Malaysia dan tiada pemimpin negara–negara dunia yang menghantar ucapan tahniah semasa pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dicanangkan diseluruh negara dengan tujuan memperlihatkan pandangan rendah antarabangsa terhadap DS Najib.

- Apa yang berlaku sebentar tadi adalah sebaliknya. Panggilan telefon dari seorang pemimpin besar dunia yang juga Presiden Amerika Syarikat kepada PM Malaysia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan DS Najib tetap diiktiraf Amerika Syarikat begitu juga negara-negara besar lain didunia.

- Pembangkang boleh memandang rendah kepimpinan PM kita dan memburuk-burukkannya sebagaimana yang mereka ingini, tetapi pemimpin negara lain termasuk Obama sendiri boleh membuat penilaian mereka dari kacamata mereka sendiri.

- Dan kita sepatutnya selama ini sudah dapat menilai sebanyak mana kebenaran dan kebohongan yang pembangkang telah lakukan. Pelbagai fitnah mereka terhadap DS Najib hanyalah mainan politik kotor mereka saja dan segalanya tidak berasas dan tidak dapat dibuktikan. Mereka lakukan ini sebagai satu serangan peribadi untuk memburukkan DS Najib, tetapi apakah yang satu itu lebih layak sedangkan segala masalah salahlaku beliau masih dibicarakan di Mahkamah?

- Kita tunggu pada hari kebenaran untuk melihat siapa sebenarnya yang buruk dan yang bersalah? ’Tuhan melihat kebenaran, tetapi menunggu!’

2 comments:

Al-Dzulfiqar said...

salam...
kita kena hati2 jugak bro kalo obama nak datang...
kan anwar skutu amerika..
tkut ada udang sbalik batu n ni merupakan sbhgn prncangan dorg nk mnjatuhkn imej perdana mnteri kita...

Panglima Perang Cyber said...

selagi orang tak nak konfrontasi dengan kita selagi itu kita layan mereka dengan baik.

tak kira China, Amerika atau Rusia.

jika ramai musuh makin susah negara kita..


Panggilan telefon dari Presiden AS tanda penghormatan mereka kepada kerajaan kita.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...