18 June, 2009

PERTEMUAN BLOGGER PAHANG


Sebahagian dari hampir 100 peserta yang hadir



YB Datuk Sharkar memberikan ucapan



YAB Menteri Besar Pahang serius dan prihatin pada setiap pandangan yang diutarakan


Kerajaan Negeri Pahang dengan dayausaha Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, telah mengadakan pertemuan dengan para blogger dan bakal-bakal blogger Penyokong Kerajaan Pahang dalam satu program yang dinamakan ’Perjumpaan Pertama Dengan Aktivis-Aktivis Media Baru Pahang – Cabaran Media Baru Menjelang PRU13.’

Program tersebut telah diadakan Jam 8.30 malam, bertempat dikediaman MB Pahang dengan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Secara peribadinya saya sangat menyanjung tinggi sikap dan keprihatinan kepimpinan UMNO Pahang terhadap peranan blog sebagai penyebar maklumat masa kini dan ianya adalah satu pengiktirafan kerajaan Pahang terhadap peranan blogger terhadap masyarakat khususnya di negeri Pahang.

Dalam pertemuan berkenaan juga hadirin telah dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan bagaimana blog dan blogger dapat membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat jelas terhadap tohmahan pembangkang yang selalunya tidak berasas dan berdasarkan kepada spekulasi semata-mata.

Peserta juga dimaklumkan adanya blog aggregator Pahang yang mana mengumpulkan segala blog-blog Pahang dalam satu blog tanpa mengira fahaman politik dan kategori penulisan. Blog berkenaan boleh dilayari dialamat http://gerbangtemumaya.blogspot.com
Hadirin juga dimaklumkan bahawa kerajaan bukan berniat hendak memerangi pihak lawan dengan mengwujudkan blog dan blogger pro kerajaan, tetapi kerajaan lebih rasa bertanggungjawab untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak lawan selama ini.

Saya menanti saat dimana kelak para blogger Pahang akan bersatu dan mempertahankan kerajaan dan berjuang dalam satu pasukan yang mantap. Selama ini kita telah berjuang dengan semangat dan diatas kerelaan kita sendiri, alangkah bangganya apabila pemimpin kita memberikan sedikit pengiktirafan atas segala usaha yang telah kita lakukan. Saya hanya berharap agar diberikan kekuatan untuk terus berjuang dan tidak akan berpaling lagi kearah lain ~ bERANIKAN hATI

6 comments:

pisau said...

bagus la ada pertemuan mcm tu,sekurang kurang nya mereka mahu mendengar & mengambil sikap proaktif sebelum terlambat.

SaKa AdiWangsa said...

Pertemuan kena konsisten, small-scale pun ok, janji kerap. Tq
P/s: Saya pun hadir

Lord Garam said...

SALAM ZIARAH,

SATU PERMULAAN YANG BAIK. PERTEMUAN SEPERTI INI SANGAT DIALUKAN UNTUK MEMBERI MESEJ KEPADA KEPIMPINAN KERAJAAN UNTUK MENGAMBILKIRA PANDANGAN SUARA-SUARA MUJAHIDDIN DI SINI. DIHARAP TERUS KONSISTEN DALAM MEMBANTU DAN MEMPERJUANGKAN BANGSA.

BILA NAK JEMPUT BLOGGER KL..?
HE..HE..HE..

Anonymous said...

Salam,,

Tahniah atas pertemuan blogger Pahang dan mereka-mereka yg menjayakan program

Unknown said...

waahhh...ada msk gmbr koi gaklah..heheh...hmm..sebenarnya perjumpaan blogger ni kne privacy..n xleh terbuka..banyak keburukan dari kebaikannya kan...tp pepun syok n best sgt dgr MB n Dato' SHarkar berucap...

poyosede said...

Syabas! Satu usaha yang baik.Marilah kita bersatu unutk membantu Negeri Pahang yang sangat kita cintai ini.Jangan kasi muka pada PR or PKR or DAP .

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...