Suara Anak Pahang - Perlu Baca

30 June, 2009

PERPADUAN TAK NAK, JADI DEBAT UNTUK APA?


Perpaduan Melayu tak perlu, kita debat saja lihat siapa akan menang dan kita minta rakyat hantar undi sms siapa yang lebih polular?



Nik Aziz cabar PM berdebat

Kota Bharu 27 Jun – Selepas dikecam hebat kerana mendakwa UMNO sama seperti ajaran sesat Ayah Pun dan pengganas komunis, Chin Peng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba ’mengalih’ perhatian kepada isu lain pula.

Hari ini Mursyidul Am PAS itu mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka.....

Mingguan Malaysia 28 Julai, 2009 MS 4



Komen BH:

- Cabaran debat MB Kelantan ini sudah keterlaluan dan menampakkan bahawa itu adalah tindakan orang yang sudah hilang akal. Yang kita perlukan adalah perpaduan Melayu dan pengukuhan syiar Islam. Debat tidak akan membawa natijah kepada perpaduan. Debat hanya mempu menonjolkan siapa yang petah berhujah dan banyak mempunyai fakta. Yang perlu kita lakukan adalah perjumpaan dan perbincangan tentang kemungkinan perpaduan Melayu, bukan debat, melainkan niat Nik Aziz hanya untuk menang dalam hujan dan kelihatan sebagai seorang juara.


- Niz Aziz seorang ulamak politik yang hanya mementingkan peningkatan sokongan dan pengaruh politik semata-mata. Beliau yang sedar bahawa ada kalangan penyokong PAS yang kecewa apabila perpaduan Melayu yang dicadangkan itu terpaksa ditolak atas desakan DAP dan PKR, terpaksa mengalihkan pandangan kepada isu lain dan kelak akan menyalahkan UMNO kerana enggan berdebat.

- Beginilahlah sikap ahli politik yang bergelar ulamak yang sewenang-wenangnya mencelakan bangsa dan agama kerana kepentingan pengaruh politik dan terpaksa tunduk kepada tekanan dari DAP dan PKR.

- Kita menyeru supaya Nik Aziz kembali kepada perjuangan PAS yang asal – memartabatkan agama Islam, membangun bersama Islam dan bukan memperbodohkan bangsa dan agama dicelah ketiak DAP dan PKR.

- Apakah debat untuk dapatkan pengaruh dan menang pilihanraya? Kenapa tidak adakan undi sms juga? Kah kah Kah! Kalau ulamak sudah celaru, fikiran tok guru dah jadi buntu.

- Siapa ulamak yang mencelakakan bangsa?

(Klik baca blog bumiyang - yang saya temui dan dapati sangat menarik berserta faktanya ~ MESTI BACA)

(Klik baca blog GOMO : Nik Ajis berak dalam supit..)
kah kah kah! Macam ni pun ada?

4 comments:

Anak Lenggong said...

Tak perlu dilayan orang yang dah nyanyok tu...sebab memang sudah menjadi realiti saorang manuasia apabila terlalu disanjung dia kan menjadi bongkak dan sombong ..pada anggapan nya dia saorang yang betul dan orang lain semua nya salah..sebagai saorang yang dikata penuh dengan ilmu keagamaan sepatutnya bermuzakarah sesama islam demi untuk memertabatkan agama dan bukanya secra berdebat kerena dengan berdebat akan memdedahkan kelemahan orang yang berdebat itu...sebenar nya ini lah tujuan nik ajis tu ..dia cuba menjatuhkan maruah orang lain...

Nurimo said...

salam,
komen dalam blogs saya ni,walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
http://kuberharap.blogspot.com/

geefadzli said...

Salam...
susah-susah sgt debat jew lah..Nik Aziz tu bukan tau aper pun..silap hari bulan lari mcm Husam..PM kita kan genius.. tak goyang yer..bawak isu "hari-hari tua seorg pemimpin nyayok" best gak tu... wakakakkaka..

Luth Textile said...

salam ziarah tuan tanah, saya dj Luth @ desa Fm ingin parking radio kami di laman blog tuan.

jika tuan tak keberatan, sila buzz saya di yahoo messenger beralamat yeop_xx@yahoo.com atau hubungi crew Desa FM di www.desafm.tk

blog yang sudah meletakkan radio kami ialah http://yeopperak.blogspot.com dan senarai di www.desafm.tk

Faedah letakkan radio kami:
-blog anda akan kami iklan kan di blog radio kami, Desa FM.tk
-mendapat hits tinggi
-dapat berkenalan dengan blogger lain.

Kerjasama dan respon dari pihak tuan amat saya hargai. TQ Salam

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...