Suara Anak Pahang - Perlu Baca
23 November, 2010
TIDAK ADA ROMBAKAN KEBINET, TETAPI BERSEDIALAH UNTUK PRU
1. Akhirnya dengan tegas DS Najib menyatakan tidak ada rombakan kabinet. Ini telah mematikan banyak spekulasi dan gembar-gebur yang sebarkan oleh banyak pihak, termasuk rakan blogger.
2. Bagaimanapun, dari sumber yang rapat dan boleh dipercayai, PM diberitakan sudah besiap sedian untk mengadakan PRU13 dalam waktu terdekat. BN sudah kelihatan bersedia demikian juga dengan parti-parti komponennya. UMNO juga sudah kelihatan semakin mantap dari dahulu. Moral pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan semakin pulih dan sudah bersedia untuk menghadapi rakyat dalam PRU. Saya juga secara peribadi berpendapat bahawa ini adalah masa sesuai untuk PRU kerana ketika ini Pakatan Rakyat berada didalam keadaan yang sangat buruk dan tertekan.
Ini terutamanya berikutan perpecahan yang berlaku didalam parti tunghan kepada barisan pakatan berkenaan - PKR. PKR yang sedang mengadakan pemilihan sudah tidak dapat menyimpan rahsia bahawa mereka tidak mampu mempertahankan keteguhan parti lagi berikutan sikap kronism yang terlalu kuat didalam parti.
Dikebanyakan Cabang berlaku kekecohan dalam pemilihan akibat perebutan kuasa serta sikap kronism yang berusaha untuk menjaga kepentingan kroni mereka. Ini memperjelaskan lagi bahawa PKR adalah parti yang hanya menjaga kepentingan DS Anwar serta kaum keluarga dan sahabat handainya.
Keputusan Dato' Zahid Ibrahim untuk keluar parti juga turut memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan PKR. Kerana itulah kepimpinan PKR telah mengadakan rapat demi untuk mengecam tidakan Zahid meninggalkan parti. Pada mereka, apabila meninggalkan PKR adalah satu kesalahan da perbuatan khianat, tetapi apabila meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR mereka menganggap ini satu tindakan bijak dan berjuang untuk rakyat. Apakah ada beza diantara PKR dengan Pas dalam soal ini? Pas juga satu masa dulu bersikap demikian bahkan sanggup menjatuhkan hukum 'kafir' kerana berjuang bersama UMNO.
Nyata bahawa politik kita masih dangkal, bukan diperingkat pemimpin tetapi diperingkat bawahan, diperingkat pengikut. Mereka masih boleh percaya pemimpin ketahap yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran raasional. Pas sudah menganggap pemimpin mereka seperti wali yang maksum sedangkan mereka juga manusia biasa dan mengamalkan pilih kasih serta terlibat juga dalam penyelewangan dan rasuah. Mereka tidak melihat bahawa Pas hanyalah sebuah parti politik yang menggunakan Islam sebagai landasan untuk mendapat undi masyarakat Islam dari bangsa melayu. Tidak menyertai Pas bahkan jika tidak mengundi Pas pun bukanlah satu dosa sepertimana juga apabila mengundi dan menyertai Pas bukanlah satu pahala.
3. Perkembangan politik luar negara, di Myanmar memperlihatkan pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi dibebaskan oleh junta tentera. Banyak pihak berpendapat ini hanya bertujuan mengalih pandangan dunia terhadap keserongan dan penyelewengan daalam pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.
PKR dan poemimpin utamanya DS Anwar cuba menyamakan dirinya dengan Suu Kyi bagi meraih simpati rakyat dan masysrakat dunia tetapi kenyataannya berbeza sama sekali. Benar bahawa Suu Kyi menderita kerana memperjuanhgkan demokrasi di Myanmar, tetapi DS Anwar tidak sama sekali. Bahkan beliau mendapat peluang menghadapi perbicaraan dengan sangat adil serta menadapat khidmat kumpulan peguam. Selain itu juga beliau mendpat akses di media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam aktif dalam parti politiknya serta bergerak bebas keserata dunia bahkan bebas juga memburukkan imej negara.
DS Anwar bukanlah seperti Suu Kyi yang harus mendapat simpat, bahkan mungkin dibelakang kita beliau akan tersenyum mentertawakan dan dalam hati berkata; bodohnya rakyat Malaysia dan senang ditipu serta dipermainkan perasaan mereka.
4. Yang pentng adalah, pemimpin BN khususnya UMNO berubah sikap dengan lebih rapat mendekati rakyat, berusaha semula mendapatkan kepercayaan dan menunjukkan sikap teluas serta jujur dalam perjuangan. Cuma seperkara yang pemimpin harus ingatkan bahawa politik bukanlah matematik; rakyat keluar PKR bukan bermakna mereka akan sokong dan undi UMNO/BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
4 comments:
dengar kabar pru mungkin diadakan tahun hadapan..tetapi bersediakan pemimpin umno terutama pemimpin umno pahang untuk pru ni nanti..
semalam majlis pelancaran siri jelajah Tun Abdul Razak di Kuantan..Tok Nan datang rasmi sekejap lepas tu keluar. katanya ada urusan peribadi hehehe.itulah pemimpin umno hehehehe
Abg Long balik cpt sbb nak kemas barang2, nk pindah rumah. Lagi pun tgh sibuk check mana2 plan yg patut diluluskan, dia kata nak hangkut habis2, Sharkar dh matah sbb nanti tak ada lagi yg tinggal, dia dn kroni dia nk melantak apa lepas ni? Hehe! pemimpin UMNO, wajah merek nmpk mcm 40 penyamun dlm cerita Ali Baba
bloggers nampak tetap sedia. Sepanjang masa menyerang. Orang umno nampak relax
Salam,
Ya, benar bahawa blogger yg tetap berjuang bersama kerajaan sentiasa bersedia, namum mmg pemimpin2 UMNO (sebahagiaannya) mmg tidak pernah bersedia dan dalam keadaan lalai kerana menganggap UMNO/BN tidak akan kalah selamanya.
Post a Comment