05 February, 2012

1AGENDA, 'KONVESYEN MEDIA SOSIAL'




1. Hari ini (5hb. Februari 2012), UMB UMNO Jerantut menganjurkan kursus intensif pengendalian blog bagi tujuan membina dan mengasah kemahiran berblog dikalangan ahli-ahli UMNO serta penyokong kerajaan dalam kawasan Parlimen Jerantut. Kursus yang diadakan di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut ini diharap akan dapat memantapkan lagi 'Sibertrooper' pro kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kursus ini diadakan atas inisiatif Sdr. Mustafar Mat Arop, Pengerusi UMB UMNO Bahagian Jerantut.

2. Esok (6hb. Februari 2012), Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah 'myvo1ce' Negeri Pahang akan diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh bermula jam 8.00 pagi. Konvesyen dianjurkan oleh '1Agenda' dengan kerjasama 'PahangKu'. Konvesyen berkenaan mensasarkan seramai 600 peserta yang terdiri dari penggiat media sosial pro kerajaan di negeri Pahang.

3. Konvesyen ini juga adalah kesinambungan dari Konvesyen Media Sosial 1Malaysia peringkat nasional yang diadakan di PWTC pada 20hb November lalu yang mana telah dapat menarik seramai 2000 peserta dari seluruh negara.  Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Jelajah myvo1ce Negeri Pahang dijangka akan disertai oleh seramai 600 peserta anak negeri Pahang termasuk mereka yang menetap di luar Pahang.

4. '1Agenda' juga telah merancang Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Jelajah myvo1ce secara bersiri dibeberapa negeri sebagai kesinambungan Konvesyen Nasional. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada En Zul Azahar Char selaku Yang Di Pertua '1Agenda'.

5. Sanjungan juga harus diberikan kepada Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin atas usahanya menggerakan 'myvo1ce' dan menjayakan Konvesyen Media Sosial  serta siri jelajahnya. Tanpa usaha beliau tidak mungkin ini semua menjadi realiti. Syabas!

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan.Tak guna kalau UMNO mempunyai ramai syber trooper jugak kalau masih ramai pemimpin pemimpin UMNO yang masih tidak berubah masih lagi ramai yg rasuah.Rakyat tetap akan melihat yg UMNO telah putih baru mereka akan mengundi UMNO semula.So untuk memenangi hati rakyat UMNO perlu membersihkan diri dari para pemimpin yg rasuah dulu

Anonymous said...

Mustafar Mat Arop, Pengerusi UMB UMNO Bahagian Jerantut??? Habis lingkup la!!!!!!!!!!!!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...