Suara Anak Pahang - Perlu Baca

13 September, 2013

ADA PENDISKRIMINASIAN WANITA DALAM UMNO MARAN?

Shahaniza bersama Dato' Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO


Musim pemilihan peringkat bahagian sedang rancak berjalan dan bermula di cawangan-cawangan. UMNO mengamalkan politik demokrasinya. Semua ahli berhak untuk memilih dan dipilih kepada mana-mana jawatan. Bagaimanapun perundingan bagi mengelak dari berlakunya pertandingan sangat dialu-alukan, melainkan bagi mereka yang bagaikan 'yu' yang menunggu 'jong' akan pecah.

Saya memerhati dilaman-laman media sosial. Bukan sedikit calon dan penyokongnya melakukan promosi bagi memenangi jawatan yang ingin ditandingi mereka. Malahan, laman media sosial menjelang PAU ini nampaknya lebih meriah dan hangat dari ketika PRU lalu. Cuma sesekali tertanya-tanya kenapa UMNO tidak semeriah ini ketika menentang pembangkang sewaktu PRU dulu?

Di UMNO Bahagian Maran, ada berlaku kekosongan jawatan Timbalan Ketua Bahagian apabila penyandangnya melangkah mengisi kekosongan jawatan Ketua Bahagian. Jawatan inilah yang jadi rebutan. ADUN Kuala Sentul yang juga EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia YB Dato' Shahaniza Shamsuddin ingin menawarkan diri. Namun ada pihak yang juga inginkan jawatan berkenaan memainkan isu gender....wanita tidak layak menjawat jawatan Timbalan Ketua.

Tidak ada dalam perlembagaan parti yang menyatakan jawatan Timbalan Ketua dan Ketua hanya boleh disandang oleh lelaki sahaja atau wanita tidak layak menyandang jawatan berkenaan. Justeru, jelaslah bahawa isu gender ini hanya mainan satu pihak yang ingin menang mudah dengan cara yang tidak terhormat sama sekali. Apakah ini satu lagi cara UMNO memecah-belahkan kekuatan UMNO sendiri? 

UMNO Maran akan rugi sekiranya tokoh muda seperti beliau tidak diberikan tanggungjawab dalam parti. Beliau dipercayai oleh pucuk pimpinan negeri dengan melantiknya sebagai Exco kerajaan, apakah UMNO Bahagian Maran pula masih meragui kemampuannya?

Kepada beliau dan penyokong-penyokongnya kita ucapkan syabas dan selamat berjuang dalam memastikan mencapai kejayaan. UMNO Maran pula mesti menilai seseorang calon berdasarkan keupayaannya. Sudah tentu wanita yang lebih berkemampuan akan lebih baik dari lelaki yang tidak berkebolehan. UMNO harus memberikan wanita hak yang sepatutnya mereka dapati bagi bersama menjamin keutuhan parti untuk terus relevan menjadi pejuang rakyat.....agama, bangsa dan negara.

Tidak ada diskriminasi dalam Wanita UMNO, jika calon (lelaki) yang ingin bertanding Timbalan Ketua Bahagian Maran berani, beliau juga boleh bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Maran... 

4 comments:

Anonymous said...

molek je azlina othman jadi ketua bhgn umno pengerang

Anonymous said...

Tu lah, apa salahnya kalau Shahniza jadi Timbalan Ketua UMNO Maran? Carilah alasan lain yg lebih sesuai dari 'gender'.... Berapa ramai wanita pernah jadi pemimpin negara? Britain, India, Filipina..... kenalah pakai akai sikit, hikhikhik....

Anonymous said...

salam.nampak sgt UMNO dah nyanyoknya.yelah dah tua sgt dah UMNO ni.kena rebranding dah atau tukar aje umno tu.

bRAVEhEART said...

Perubahan minda dan sikap, yg penting sayangi parti lebih dari sayangkan jawatan.....insyallah UMNO masih akan kekal beberapa tahun lagi

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...