Suara Anak Pahang - Perlu Baca

05 September, 2013

A.SAMAD SAID - 'TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI'.

Disaat rakyat jelata dipohon lebih cintakan negara, disaat itu juga 
Si Tua Kutuk ini diperkudakan untuk membenci negara



Akhirnya A.Samad Said aka Pak Jenglot ditahan pihak polis pada tengah malam beberapa hari lepas. Maka riuhlah pihak pembangkang menempelak polis yang kononnya tidak berperikemanusiaan. Anu arr pertikaikan kepada penahanannya ditengah malam? Soalnya kemana pula dia pergi pada siang hari? Bahkan pihak polis telahpun menawarkan agar Jenglot itu menyerah diri, tetapi kenapa diabaikan?

Pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk merperlekehkan tindakan pihak polis. Rata-rata pemimpin pembangkang menghentam pihak polis. Bahkan Anu arr mendesak Zahid Hamidi memohon maaf atas tindakan pihak polis itu. (Baca Sini)

Hakikatnya adalah pembangkang ingin meperlihatkan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak langsung berwibawa. Sama ada agensi-agensi kerajaannya bahkan menteri-menterinya sendiri. Justeru kita ingin melihat semua para menteri agar komited dengan segala apa yang dilakukan, itupun setelah dipertimbangkan dengan hati-hati. Kita tidak ingin melihat ada menteri yang meludah dan menjilatnya kembali, tidak juga inginkan menteri yang mengucup keris dan memohon maaf apabila disesak.

Kerajaan sudah menangi PRU13 sama ada dengan sokongan semua atau tidak, sama ada dengan 2/3 atau tidak, kerajaan sudah diberikan mandat dan kuasanya. Tidak ada hati siapa atau kaum mana-mana lagi yang patut dijagai kerana menjelang PRU14 nanti yang hitam hatinya akan tetap hitam juga.

Dalam kes A. Samad Said, kita boleh hormati beliau sebagai seorang Sastrawan Negara, kita juga boleh mengasihani beliau untuk tidak bertindak 'terlalu' keras terhadapnya sebagai seorang 'Jenglot Tua Kutuk Tak sedar Diri', namun tindak tetap perlu diambil agar tidak dijadikan contoh dan ibarat dikemudian hari.

Kita 'tabik' kepada Zahid Hamidi atas ketegasan tindakan beliau selama ini. Pemimpin begini yang kita ingini dalam membantu DS Najib menerajui bahtera dalam melayari zaman. Pemimpin yang sentiasa tegas namun berhemah. Akhirnya kita teringat dan rindui zaman pentadbiran Tun Mahathir.


4 comments:

Anonymous said...

Salam.,Mengapa soal yg kecil mcm ni yg kita ambik berat sedangkan rasuah yg merosakkan negara kita biarkan berleluasa?Para pemimpin buta mata ke untuk tidak melihat bahawa rasuah lebih teruk merosakkan negara dan bangsa??

bRAVEhEART said...

Salam tuan,

mungkin ada yang menganggap perkara ini kecil tetapi setiap yang besar itu bermula dari kecil. Seperti juga api, yg kecil jadi kawan tetapi bila sudah besar.....????

Demikian juga dgn apa yg tuan nyatakan, utk mengekangnya patut bermula dari kecil.....

Jagalah anak kecil kita agar besar kelak tidak hanya menjadi hero reformasi yg tidak mendatangkan makna kepada negeri...

Anonymous said...

jika benda yg kecik dibiarkan akn menjadi besar. jadi jika benda yg besar dibiarkan akan menjadi lebih kecilkah? maybe tuan dpt menjawbnya dgn baik

bRAVEhEART said...

Anon 158,

Melentur buluh dari rebung.... jika tidak ada rebung masakan akan ada buluhnya? Buluh akan tua dan mati, tp bunuh bakanya, tuan pun bukan tidak faham sangat...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...