13 February, 2009

DULU, PILIHAN YANG SALAH



Jika dulu pilihan yang salah, maka inilah masanya kita berubah.

Diantara Bukit Gantang dan Bukit Selambau, saya mejangkakan bahawa pilihanraya kecil nanti akan diadakan serentak, itu pun jika SPR berpuashati akan kesahihan surat perletakkan jawatan ADUN berkenaan. Jika tidak maka kita akan menyaksikan hanya PRK untuk Bukit Gantang sahaja. Jika dilakukan serentak, ini memberikan kelebihan kepada BN dari segi jentera pilihanrayanya dan sedikit kesukaran kepada PR.

Kedua-dua PRK ini bukanlah sangat pening kepada mana-mana pihak kerana ianya tidak akan mengubah keadaan melainkan ianya hanya sebagai isu moral. Sekiranya kerusi-kerusi berkenaan dimenangi oleh PR maka akan riuhlah se negara dicanangkan bahawa rakyat telah menolak kerajaan BN. Tetapi jika sebaliknya berlaku, maka sudah tentu akan ada lain-lain alasan yang juga akan memburukkan kerajaan BN. Ini sudah jadi lumrah dan trend kepada parti pembangkang. Rakyat sudah masak dan tahu pasti dengan perangai mereka. Hanya yang perlu kita awasi dan elakkan adalah provokasi penyokong-penyokong parti pembangkang ini terutama sekali PAS dan PKR yang akan bertindak agressif. Ini harus di hindari bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.

Kejadian sewaktu perlantikan MB Perak lalu masih sukar untuk kita lupakan dimana para panyokong PR bertindak biadap dalam rusuhan berkenaan dihadapan Sultan. Ini mencerminkan betapa mereka ini tidak menghormati sesiapapun demi cita-cita politik mereka. Rakyat melihat ini dan tidak rela ini berlaku lagi. Kita bimbangi jika pihak ini melakukan sekali lagi maka ada pihak lain yang akan mengambil tindakan mencabar mereka pula. Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin PR harus disalahkan kerana bukan sahaja gagal mengawal bahkan mereka yang menggalakkan ini berlaku.

Apa pun, kita harus menunggu pengisytiharan dari SPR mengenai kedua-dua kerusi berkenaan. Secara kasar saya meramal bahawa kali ini BN akan memenangi kedua-dua kerusi berkenaan berikutan mood dan kesedaran rakyat yang telah berubah dan menyedari akan kesilapan mereka dalam PRU12 yang lalu. Saya juga yakin sekiranya diadakan pilihanraya umum negeri Perak pun, BN akan menang, dan menang besar. Rakyat telah membuat percubaan dan mereka telah menyesal kerana membuat pilihan yang salah.



Semuanya akan berubah dan akan memihak kepada BN asal saja beberapa perkara seperti dibawah ini diberikan perhatian;

1. Berikan kuasa penuh kepada DSN
2. Calon bukan kroni PM atau kroni/sahabat KJ
3. PM da KJ tak perlu / tidak usah berkempen disana
4. PM dan KJ - DIAM!
5. Ahli UMNO sendiri jujur dan tidak berlaku 'cah keting'

8 comments:

Parpu Kari said...

AKU SOKONG KAU 100%.

WHAT A MASTERPIECE!

PAKLAH DAN KJ MESTI DIJAUHKAN DARI PERAK, ITULAH HAKIKATNYA

Anonymous said...

poyo! cakap mcm ikut "bola kristal"

Anonymous said...

DARI MULA SAMPAI KIAMAT PON MMG PILIHAN YANG SENTIASA SALAH !! Muahahaha...btoi la. Diaorg ni cakap mmg macam pak nujum haprak...

Parpu Kari said...

PIIRRAAHHH PENAKUT PUNYA ANON, MASUK BLOG ORG TAK NAK GUNA NAMA...

AKAU TAK HORMAT LA ORG MACAM NI

BERANIKAN HATI said...

Bro Parpu Kari,
Anon2 tu jenis penakut, jgn hiraukan dia. Tak ada tempat untuk orang2 penakut dan x teloq disini.

Siapalahaku(taman negara) said...

susah jgk BN nak menang kalau masih kepimpinan tidak berubah.Sebenarnya UMNO perlu resuffle pemimpin pemimpin mereka yg tidak bermoral dan pemimpin yang bukan tulin. barulah rakyat meihat UMNO dgn mata yg terbuka semula. tetapi buat masa sekarang bagi rakyat pemimpin UMNO tidak lebih dari seekor lembu sahaja. bagaimana pengundi akan mengundi kalau pemimpin UMNO seekor lembu??

bluehope said...

BlueHope stuju sgt2 dgn 'siapalah aku'. Itulah yg Pak Lah sdg buat...projek 'clearing' spya BN akn dpt kpercayaan semula dari rkyat.

Siapalahaku(taman negara) said...

tapikan saya rasa sekali dgn paklah kena sapu baru UMNO di poercayai semula

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...