Suara Anak Pahang - Perlu Baca

14 February, 2009

PEMBANGKANG ITU KIAMBANG


Apa yang tidak kena pada negara bangsa kita? Apakah kita dalam kecelaruan fikiran akibat tidak dapat menyerap makna sebenar langit terbuka?

Akibat langit terbuka, kita menerima terlalu banyak maklumat asing dan kita menjadi lebih tahu dari dahulu. Kita juga didedahkan oleh berbagai media dengan pelbagi perkara yang bukan dari budaya kita. Kita merasa bahawa kita sebenarnya telah menemui kebebasan sebenar yang bermakna, lalu kita menerimanya menjadi sebahagian dari budaya kita. Kita juga menyerapnya tanpa mencerna dan akhirnya - kita menanggug akibatnya!

Kebebasan sering kita lihat sebagai expressi tanpa sekatan. Lalu kita pun merusuh disana dan merusuh disini. Kita merasa bahawa kebebasan adalah menyatakan hasrat dan pendapat kita sesuka hati biarpun kita sebenarnya seringkali menganggu kehidupan orang lain. Kita juga beranggapan bahawa sesiapa yang bersuara lantang dan berani kehadapan adalah dianggap pejuang.

Ini telah di terjemahkan dalam PRU12 yang lalu. Kita memilih mereka yang lantang bersuara. Mereka yang pandai menyusun kata-kata sehingga kita lupa bahawa pemimpin yang baik bukan hanya mereka yang pandai dan berani bersuara. Maka kini kita menerima akibatnya bila pemimpin yang kita pilih sudah tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Cuba kita perhatikan kepada beberapa wakil-wakil rakyat yang kita pilih, apakah yang telah mereka lakukan sehingga kini? Janji mereka hanya dusta semata-mata. Kerana itu juga kita mendengar ada AP yang hadiri sidang dengan mambawa kamera seolah-olah melancong. Mereka telah abaikan tanggungjawab yang diberikan. Dan kini kita sedar bahawa sebenarnya kita membuat pilihan yang salah.

Apa akan jadi jika lebih banyak lagi wakil-wakil rakyat yang terpilih tediri mereka yang kita tersalah pilih? Apa akan jadi jika kerajaan yang kita pilih adalah kerajaan yang kita tersalah pilih. Kita akan sesal selamanya.

Memang mudah bagi pembangkang memujuk kita. Katanya cubalah sekali saja, jika kita tidak suka kita tukar semula. Tapi hakikatnya bagaimana? Lihat di Perak, apabila kita hendak menukar semula kerajaan, ianya tidak sebegitu mudah dan mereka tidak sebegitu ingin turun apabila sudah naik. Pada mereka hanya ada satu jalan sahaja. Iaitu jalan untuk naik. Apabila mereka diatas mereka tidak nampak akan adanya jalan turun. Walaupun semua pihak menunjuki mereka jalan turun, namun mereka tidak ingin melepaskan apa yang telah kita rebut.

Apabila kita ingin berubah, maka berubahlah dari sekarang. Kerana selagi pembangkang itu kiambang, akarnya tidak akan menceceh perut bumi. Biarkan mereka hanyut dibawa arus air yang deras mengalir.

8 comments:

Demang Lebar Daun said...

salam,
Selama ini orang ramai begitu teruja melihat seseorang yang mampu mencari kelemahan pihak yang sedang bekerja. Lantas blogger pun mereka pilih menjadi YB. Nampaknya Dr Khir Toyo membuktikan bahawa untuk menjadi jagoan bukan lah susah sangat. Dalam masa yang singkat sahaja beliau menjadi berlipatganda lebih popular dari dulu.

Begitu juga dalam soal mengeluarkan kenyataan berbentuk kritis terhadap ketua, orang ramai akan mudah terpersona. Dalam hal ini Dato' Mukhriz berjaya melakukannya dengan berjaya.

Dalam soal mengemukakan gagasan yang agresif dan proaktif, Khairy Jamaludin telah menunjukkan bahawa beliau sering di hadapan.

Sebenarnya, setakat untuk jadi tukang bangkang, siapapun boleh.

Kesimpulan saya, kalau itulah yang rakyat inginkan, maka UMNO sudah memilikinya. Maka apa perlunya menoleh pada yang lain. Kata orang puteh, 'rumput di seberang sana memang nampak lebih hijau'.

Cuma yang perlu orang Melayu lakukan ialah menggembeleng tenaga (bersatu) dan usahlah lagi tenggelam dalam persaingan yang merugikan. Insya-Allah kita boleh berjaya.

(diorang bawa kemera tu supaya boleh simpan gambar buat kenang-kenangan yang mereka pernah jadi YB)

BERANIKAN HATI said...

Salam DLD,
Memang kelihatan UMNO memiliki segalanya tetapi yang kita miliki tidak seperti apa yang mereka miliki. Siapa dari kalangan UMNO yang berani berceramah memaki hamun orang seperti yang PAS lakukan? Seperti yang DSA @ PKR buat?

Begini agaknya yang rakyat mahukan. Bercakap biar lebih bekerja biar kurang. Tunjuk lebih ganas nampak macam berani.

Terima kasih, lawat blog saya.

MAWAR BERDURI said...

salam wahai hati yang berani?

Ni spesis kiambang yang bukan saja telah dibiar hanyut, tapi sudah lemas namun tidak mau juga mengucapkan kata2 taubat, mungkin? alang2 sudah menuju kelembah kederhakaan jadik? sampai habis nafasnya la.

Apache said...

Kerana tamakkan kuasa, maruah diri pun dijualnya...sepatutnya rakyat lebih peka dengan maklumat yang diterima..bukan terus diterima tanpa pemikiran..catatan minda yang baik..akan dijadikan panduan..

Siapalahaku(taman negara) said...

Masaalahnya Pemimpin di dalam BN pun banyak yg bukan jujur, kebanyakkan mereka lebih kepada keuntungan peribadi.adakah melayu mesti melihat saja pemimpin yg rakus ini bermaharaja lela?.rakyat mengundi pembangkan sebenarnya hanya utk mengajar pemimpin yg rakus didalam UMNO saja bukan kerana mereka suka pembangkang,Yg penting sekarang kita kena nyahkan pemimpin yg bangsat didalam UMNO sekiranya kita masih mahu rakyat melihat UMNO sebagai sebuah parti yg masih relevan. Jika tidak rasanya UMNO mmg akan berkubur.Kita perlukan pemimpin yg berani menyatakan pendirian bukan pemimpin bacul yg tak ada batu.

BERANIKAN HATI said...

Siapalahaku(taman negara),

Kenapa kita tidak memilih pemimpin didalam UMNO sendiri yang baik dan jujur dalam perjuangan.

Jika benar memilih pembangkang kerana hendak mengajar UMNO, apakah tindakan ini akan jadi betul dengan presepsi bahawa pemimpin lain dari UMNO sebagai baik? Dan kni kita lihat bahawa mereka itu tidak lebih dari hanya tunggul kayu. Contoh seorang AR yang ke parlimen tidak lekang dengan kamera seakan melancong.

bluehope said...

Salam..encik beranikan hati. Encik ni betul2 berani ke??? Kalo betul2 berani bagitau BlueHope, encik undi sape?

Siapalahaku(taman negara) said...

Macam mana nak memilih pemimpin didalam UMNO kerana kebanyakkan mereka mmg pemimpin yg tak tulin. Kalau pun ada pemimpin Yg tulin mereka dan kena cantas oleh pemimpin yg tak tulin tadi. Itulah penyakit yg amat kronik di dalam UMNO.Dgn memberi kemenangan kepada pembangkang akan adalah nanti reform didalam UMNO,Jika UMNO masih menang keadaannya masih akan sama sampai bila bila.Untuk mengubah di dalam UMNO biarkan UMNO tewas .

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...