Suara Anak Pahang - Perlu Baca

18 February, 2009

KELUARLAH DARI KOTAK FIKIR





1. Jiwa berontak anak muda kotak fikirnya diisi dengan persepsi apa Kerajaan BN buat adalah sentiasa SALAH dan apa pembangkang buat adalah BENAR untuk keadilan dan demokrasi. Ditambah rencah bernama Islam - maka BN buat HARAM dan pas buat HALAL walau atas perkara sama dan serupa. Kerana itu kebanyakan para pelajar di pusat pengajian tinggi ramai menentang kerajaan. Mereka yang merasakan mereka ini golongan terpelajar yang bijak tetapi tanpa sedar mereka diperbodohkan dan dipergunakan untuk capai cita-cita politik golongan tertentu.


2. PDO (Pahang Daily Online) Blog Penyokong PKR Pahang - kata di Perak pertukaran kerajaan adalah suatu rampasan kuasa. Kerajaan PR adalah kerajaan yang sah. PDO, PR dan PKR ini jenis yang baling batu sembunyi tangan. Menetapkan hukum guna neraca lama PAS iaitu: HALAL bagi mereka dan HARAM bagi orang lain. Jika kita tanya mereka apakah ada satu, WALAUPUN SATU, kebaikan yang pernah dibuat oleh kerajaan BN, mungkin jawapannya TIDAK ADA. Tetapi apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan PR selama 11 bulan perintah Perak?


3. Adakah sesiapa yang mampu memuaskan hati SEMUA pihak dalam satu masa? Adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi apa yang kerajaan BN telah lakukan adalah telah memuaskan hati majoriti, cuma oleh kerana ingin terbitkan kebencian kepada BN maka pembangkang perbesarkan yang minoriti jadikan sebagai majoriti. Apapun yang mereka lakukan mereka akan namakan demi rakyat. Apabila mereka memerintah mereka katakan kerajaan rakyat, apabila mereka tidak puas hati, mereka kata rakyat yang tak puas hati. Yang sebenarnya adalah untuk kepentingan sendiri, kumpulan dan parti mereka namun mereka namakan perjuangan rakyat kerana mereka mahukan rakyat berjuang untuk mereka.


4. Bagi pembangkang, setiap sesuatu yang mereka lakukan adalah berasaskan politik dan sejujur mana orang lain lakukan tanpa niat politikpun, mereka akan tetap katakan itu juga untuk politik, sama seperti yang mereka lakukan. Hinanya mereka ini hingga sanggup cemari Agama. Dengan bertopeng sebagai ustaz dan ulamak mereka campuradukkan agama dengan politik. Tambah zalim apabila dengan berjubah sebagai seorang Islam mereka tidak segansilu mencaci dan mencerca dengan kata-kata nista terhadap orang lain. Mereka gunakan paspot ulamak dan Islam sebagai hak untuk memaki orang lain. Beranikah pembangkang mengatakan bahawa ini tidak berlaku dan hanya dusta?


5. Memang kita pun sama, kita suka mendengar yang buruk dan ini lumrah manusia. Sekali pemimpin pembangkang mencaci maki pemimpin kita, sekali kita bersorak gembira. Sekali pembangkang telanjangi pemimpin kita, sekali kita berteriak menyokong. Bahkan disahut dengan laungan Allahhuakbar! Wajarkah cacimaki disahut dengan Allahhuakbar?


6. Kenapa kita harus berfikir bahawa sesuatu yang buruk itu hanya datang dari BN? Apabila ada AP/ADUN PR lompak keluar, mereka kata BN desak, BN bayar berjuta-juta. Kenapa bila ada dari BN yang lompat kedalam mereka, mereka tak kata PR desak dan PR bayar berjuta-juta? Kita menipu diri sendiri, kita perbodohkan diri sendiri dan kita hina fikiran kita sendiri. Bersihkan kotak fikir kita dan bersihkan jiwa kita. Kita bangsa merdeka!


7. Apabila ada tunjuk perasaan terhadap Sultan Perak atas perlantikan MB baru, akhirnya ia jadi rusuhan kerana mereka yang fanatik terlibat. Mereka kebanyakan bukan orang Perak. Lakukan atas nama rakyat dan PR, tetapi mana bangsa lain? Kenapa bangsa melayu sahaja? Kerana bangsa melayu mudah dan rela ditipu, atas nama Islam, atas nama perjuangan Allah. Maka mereka terlupa bahawa seruan jihad dari Lim Kit Siang pun mereka sahut dengan Allahuakbar. Yang mencetus rusuhan adalah golongan yang berpelajaran dan berkepentingan, yang merusuh adalah golongan yang kurang akal dan hilang fikiran.


8. Walau apapun - (Baca sini)
dan (Di sini) Politik mampu kelirukan yang bijak dan sentiasa menipu yang bodoh. Sekali sekala cuba kita berfikir diluar kota fikiran kita. Cuba sesekali kita terbalikkan fikiran kita - bahawa tidak semua yang buruk berlaku kepada kita adalah kerja BN, dan bahawa kebaikan yang berlaku kepada kita adalah kerana usaha BN.


9. Terkini, selepas politik lompat katak kita diperkenal pula dengan politik ping-pong. Iaitu politik keupayaan memantul semula. Contoh; bila Chua Soi Lek terlibat dengan adegan video lucah maka pihak pembangkang minta dia letak jawatan, kini bila Eli Lenjan terlibat dengan foto lucah makan BN harus minta dia letak jawatan - Fair and square! BN patut lakukan apa yang PR boleh dan telah lakukan. BN semakin bijak dengan menggunapakai neraca yang diguna oleh PR. Sepatutnya tidak salah, melainkan PR sendiri yang rasa bersalah. Rakyat sedang menilai.

10. DSA kata Eli jangan letak jawatan dulu, rehat untuk kurangkan tekanan. DSA takut ada pilihanraya kerana sedar rakyat akan berubah arah. Rakyat sudah hilang percaya kepada PR @ PKR. Bila ada PRK untuk kerusi milik BN mereka melompat sakan kesukaan, tapi bila ada PRK kerusi PR mereka bantah dan cuba elakkan. PR masih pakai neraca lamanya; bagi mereka sentiasa HALAL, bagi orang akan sentiasa HARAM. Memang HARAM JADAH punya PR.

(Klik foto seksi Eli - Bawah 18 Tahun sila minta izin ibu-bapa. Suami-suami, sila minta izin isteri terlebih dahulu. BH tidak bertanggungjawab terhadap segala leteran para-para isteri)

3 comments:

Sasha2020 said...

Biasalah tu...Pembangkang memang macam tu. Orang dia tak akan percaya kalau pemimpin mereka buat jahat dan salah. Mereka ni maksum kononnya. Bila dah ada persepsi macam ni, senanglah mereka buat jahat sebab tak ada orang akan percaya..Bahalul punya PR

Sasha2020 said...

Macam-macam komen orang buat. Yang peliknya ada pulak yg kata tak wajar mengambil gambar tanpa izin atau tanpa pengetahuan yg punya diri dan meyebarkan kepada orang lain... Mana dia tahu orang ambil gambar dia tanpa izin yg punya diri?
Cuba fikir baik2...Kalau dah berpakaian begitu seksi , dalam bilik tidur lagi, siapa yg mengambil gambar dia kalau bukan teman lelaki dia. kalau teman lelaki dia ada dlm bilik tidur dia dan dia berpakaian separuh bogel, apa maknanya?..Sendiri fikirlah,,apa yg mereka dah buat. Lepas tu, gambar semasa tidur dia pakai cermin mata. Betul ke? Atau tidur2 ayam dan merelakan dirinya diambil gambar dlm beberapa posisi. Macam berposing aje. Tapi tutup mata. Sebenarnya beliau bukan tidur. Kalau orang nak tidur, biasanya akan buka cermin mata.

SAYANG SARAWAK said...

apakah jadahnya pi tido pun berbogel? pas tu, kononnya bekas bf yg empunya angkara. lom kahwin lagi tp gambar bogel kononya bekas bf yg ambil..cam mana ni? tak bermoral. kahwin dulu, bafru boleh bogel sebilik.

Tu lah..paku dulang paku serpih.. kah..kah..kah..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...