Suara Anak Pahang - Perlu Baca

28 February, 2009

MASA DEPAN KITA ??


Menangislah Pok Nik,mohon ampun dan bertaubat kerana menjual Agama demi kepentingan Politik


Ini celaka tengok muka pun jadi sial memang tentu jadi kayu api yang membakar dalam neraka



Wajah seorang penipu besar tetapi penakut. Habis melayu ditipunya yang jambu sikit di sulanya.



1.Keadaan iklim politik negara tidak stabil, apakah baik untuk pelabur asing melabur bagi menjana ekonomi negara yang suram?

2.Apabila tokoh-tokoh politik memberikan terlalu banyak masa untuk politiking, bagaimana dapat menangani masalah ekonomi yang mendatang?

3.Sepatutnya pembangkang bersama kerajaan membincangkan sesuatu yang lebih bermanafaat di Parlimen bagi mengatasi krisis ekomomi yang akan teruk melanda, tetapi apa yang berlaku pembangkang hanya provoke kerajaan untuk mengheret kepada perselisihan tentang perkara-perkara yang langsung tidak berfaedah.

4.Ahli-ahli Perlimen menunjukkan 'otak' kelas 3 mereka bila tidak fokus kepada isu ekonomi yang akan melanda negara dan diserata dunia

5.Jika kerajaan tidak betul, pembangkang harus menunjukkan keupayaan mereka dengan tunjuki cara atasi krisis ekonomi tetapi apa yang mereka ada? Pembangkang ni telor pun tak ada! Yang mereka tahu adalah membangkang; kerajaan buat mereka kata tak betul, dan memang mereka tidak berbuat salah kerana sebenarnya mereka tak pernah berbuat sesuatu, terutama sesuatu yang betul.

6.Bila Karpal hina Pemuda UMNO di Parlimen ia juga membawa maksud menghina dan mencelakakan Melayu dan Raja-Raja Melayu kerana U.M.N.O itu sendiri adalah pertubuhan Melayu yang mewakili majoriti melayu. Kenapa PAS dan PKR berdiam diri? Bila Karpal hendak menyaman Sultan Perak juga bermaksud menghina Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu, apa kata PAS dan PKR? Mana Telor HJ Hadi dan Anwar Al-Jubri?

7.PAS dan PKR lebih takutkan Karpal dan rela Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu dihina. Karpal kata Pemuda UMNO Celaka, HJ Hadi kata celaka kepada kerajaan mengenai isu pembelajaran 'MATHEMATIK & SAINS DALAM BAHASA INGGERIS'.Celaka..?? Memang dia dari kalangan Ulamak celaka yang menghalalkan mencarut dan perkataan hina. Islam mazahab dia meng HALAL kannya. Inilah ulamak yang memecah-belahkan agama Islam dan bangsa melayu. Semoga Tuhan turut mencelakakan dia dari dunia sampai akhirat.

8.Nyatalah bahawa PKR dan PAS lebih pentingkan politik dan perjuangan politik mereka dari memperjuangkan rakyat dan bangsa melayu. PAS DAN DAP HARUS DITOLAK DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

9.Kita mesti tolak PR; Tolak Anwar yang nyata tidak layak menjadi pemimpin hatta pemimpin pembangkang. Kita mesti tolak PKR, PAS dan DAP yang hanya akan merosakkan negara kita dan menganggu perjalanan pengurusan kerajaan. Jika kerajaan sering diganggu bagaimana kerajaan dapat tumpu kepada pembangunan negara dan selesaikan krisis ekonomi?

10.Jika politik tak stabil, ekonomi pun akan kucar-kacir. Rakyat tak akan hidup tenteram. Kita akan salahkan kesemua KESEMUA wakil2 rakyat kita. Raskyat akan hidup sengsara tetapi pemimpin pakatan rakyat akan hidup selesa atas penipuan keatas rakyat.

Nota:
1. Kepada penyokong PAS, tak ada PAS kita tetap Islam juga dan akan masuk syurga jika kita beramal dan beriman. Sertai UMNO sepertimana Ibu Bapa kita dahulu
2. Kepada penykong PKR, tak ada apa harapan yang dapat PKR dan Anwar janjikan. Sertai semula UMNO. Berpatah balik tetapi awas jangan berpusing belakang....

14 comments:

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Ziarah,

Celaka yang besar ialah kepada orang-orang yang menyokong pemimpin-pemimpin yang melabelkan celaka kepada orang lain semata-mata ketidakhaluan fahaman.

Kepada orang Melayu semua, sudah sampai masanya untuk kita tidak meletakkan sifat belas dan kasihan kepada orang-orang dan bangsa yang memusuhi kita, agama kita, Raja-raja kita, negeri kita dan negara kita.

Usah kita lagi menjalinkan perpaduan dan kesetiaan kepada bangsa yang jelas kini semakin berani menunjukkan sikap kurang ajar, tidak mengenang budi, biadap, kini semakin berani memperlekehkan bangsa Melayu, mengikis hak-hak dan kepentingan Melayu secara strategik, bersepadu dan halus.

Usah lagi kita terus -terusan berurusan dengan bangsa-bangsa yang menggunakan kekayaan mereka untuk menjatuh serta melenyapkan kekuasaan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.

Ayuh bangsaku, inilah harinya

BERANIKAN HATI said...

Salam dan terima kasih sdr khairul nazri, masalahnya adalah PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP dari bersatu dengan UMNO kerana jika UMNO dibunuh maka mereka harap orang melayu semua akan menyertai PAS kerana itu mereka rela berjuang dengan kafir itu, semata-mata utk membunuh UMNO. Jangan lagi percaya kepada mana-mana ulamak yang menyertai parti politik kerana mereka akan bertindak seperti mana tokoh politik lain juga.

Siapalahaku(taman negara) said...

Salam.. Celaka jgk kepada pemimpin pemimpin UMNO yg tak ada batu dan menerima aje kata kata si celaka yg mengata melayu celaka.Aku tak rela pemimpin yg bacul memimpin aku. baikl lembu aje yg jadi pemimpin

Siapalahaku(taman negara) said...

kemana perginya pemimpin pemimpin melayu didalam dewan tu sehingga tak seorang pun yg berani mengangkat muka bila di selar celaka?.Sungguh menyayat hati mempunyai pemimpin yg bacul yg tak ada batu.kesian melayu.

kifli said...

Isu Celaka: Gaduh Di Parlimen, TV3 Sewajarnya Dipersalahkan Maka Terbuktilah Kini Puak-Puak UMNO Sudah Tidak Takut Kepada Peraturan Lagi
Gara-gara perkataan "Pemuda UMNO celaka" yang terungkap dari mulut Pengerusi DAP Karpal Singh, maka akhirnya membawa kepada tercetusnya pergaduhan di parlimen semalam. Sesuatu yang amat memalukan rakyat Malaysia sebenarnya. Parlimen ada satu tempat mulia yang sepatutnya tidak disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak seperti "gangster". Namun ini terjadi apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen. Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Akibat keenganan Karpal mengulangi perkataan itu, maka ia telah menyebabkan kumpulan terbabit naik berang dan akhirnya menyerang beliau. Anehnya, pihak pengawal keselamatan di bangunan terbabit terdiam seketika tatkala menyaksikan adengan berkenaan. Apakah mereka telah diupah untuk mendiamkan diri?.

Apa yang berlaku ini telah mencemarkan parlimen Malaysia sebenarnya. Pertikaman lidah dan pergaduhan sesama ahli parlimen dalam dewan adalah lumrah dan perkara biasa sebenarnya. Namun mengundang "orang luar" untuk masuk dan menyerang mana-mana ahli parlimen adalah sesuatu perkara yang amat luar biasa. Bagaimana mereka semua boleh masuk jika tidak diundang atas kapasiti ahli-ahli parlimen UMNO?. Maka itu, apa yang berlaku semua ini sebenarnya adalah didalangi oleh Pemuda UMNO sendiri dan ia tidak harus dinafikan lagi. Sebelum ini memang kita selalu disajikan dengan lagak "samseng" Pemuda UMNO tatkala menjelangnya pilihanraya. Namun, itu berlaku di tempat terbuka yang semestinya sudah tiada kawalan keselamatan yang ketat. Namun, tindakan puak-puak pemuda UMNO masuk ke parlimen untuk mencetuskan pergaduhan dan membelas Karpal Singh adalah satu "penghinaan" terhadap institusi itu.

Kerajaan Malaysia dan Pemuda UMNO harus bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Karpal Singh atas insiden berkenaan. Tambahan pula Karpal juga telah memohon maaf ketika di parlimen mengenai kenyataannya yang kontroversi itu. Maka, mengapakan ia harus diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak berkenaan sebenarnya. Sementara itu Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu. “Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen. “Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin,” katanya dalam satu laporan media selepas kejadian.

[Apa yang berlaku ini sebenarnya dapat dielakkan jika media arus perdana terutamanya TV3 tidak menyiarkan perkataan "Pemuda UMNO celaka" itu sebenarnya. Namun dek kerana sakit hati dengan isu saman Sultan Perak, maka TV3 telah berperanan mencetuskan kontroversi itu. Inilah yang menimbulkan kemarahan puak-puak Pemuda UMNO sebenarnya. Biarpun Karpal sudah memohon maaf semual selepas itu, namun ia tidak disiarkan pula oleh TV3 untuk disaksikan oleh rakyat terutamanya puak-puak UMNO. Lantaran itulah mereka akhirnya berlagak "samseng" dan datang ke palrimen untuk meminta Karpal mengulangi perkataan terbabit. Bukankah ini kesalahan besar media arus perdana sebenarnya. Mereka cuba untuk melaga-lagakan dan menimbulkan api kebencian yang mendalam rakyat terhadap Karpal. Inilah agenda Media Prima dengan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya].

kifli said...

Umno Perlecehkan Islam
Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.

Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.

kifli said...

Dari Drama Pembunuhan, Ugutan, Penculikan, Rasuah dan Episod Memalukan di Parlimen
Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besat Tan Sri Khalid di pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana Sdr. Karpal Singh mengemukakan bantahan diatas tekanan dan ugutan oleh pimpinan pemuda umno selangor. Saya terkejut dengan gelagar sebahagian ahli parlimen umno-bn yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk Sdr. Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen - bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

kifli said...

HISHAMUDDIN TERGUGAT BAHANA PPSMI…MAKA LUPUSLAH SEORANG PANGLIMA UMNO YANG PENGECUT?



Jika dibaca laporan ini dan ini maka seperti terasmi sudah berakhirnya hayat seorang lagi pemimpin UMNO yang hanya BERANI dan TERKENAL apabila BERCAKAP dalam LINGKUNGAN yang TERTUTUP sahaja. Kita lihat bagaimana beliau begitu bermati-matian mempertahankan PPSMI sebagai sesuatu yang terbaik untuk anak-anak penerus generasi kepimpinan Malaysia.




Apakah menjadi kesalahan jika seorang pemimpin atau Menteri menggunakan kuasa yang ada untuk menamatkan pelaksanaan agenda pendidikan yang menyebabkan beberapa generasi telah mulai kabur dalam mengejar kecemerlangan akademik khususnya dalam dua subjek yang berkenaan?




Mengapa pula mesti dipertahankan ‘kebodohan’ dalam keputusan yang membabitkan masa depan anak-anak? Mengapa Hisham tidak menggunakan kesempatan untuk menaikkan kembali imejnya yang teruk apatah lagi beliau akan bertanding untuk satu jawatan yang penting dalam Pemilihan UMNO akan datang?




Menurut sumber yang rapat, kedudukan Hisham agak goyah dalam ‘list’ terkini calon pilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ini kerana daripada enam orang calon yang bertanding, beliau diletakkan sebagai ‘belakang anjing’ atau ‘underdog’. Adakah beliau mengharapkan keakraban hubungan sedia ada dengan bakal MANTAN TPM sebagai ‘tangga batu’ untuk mengecapi nikmat menjadi Naib Presiden UMNO sebenar atau bakal mengemis ihsan daripada perwakilan untuk terus memberikan undi kepada beliau yang dikatakan enggan menggunakan trend ‘SURAT TAULIAH’ sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar calon-calon yang bertanding?




Mungkin Hisham mengganggap remeh masalah PPSMI yang dilihat bukan sebagai satu isu politik tetapi beliau semestinya berhati-hati kerana hampir 98% Perwakilan UMNO ialah orang Melayu yang sudah bosan dengan perangai ‘FLIP-FLOP’ oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ia jelas akan menjadi punca kejatuhan seseorang yang mempunyai nama besar seperti yang telah berlaku kepada Pak Lah dan rakan-rakan.




Ingatlah wahai Hisham, tentunya akan ada rombakan kabinet dan anda tak mustahil akan berada di tempat yang tercorot. Janganlah nanti, anda diberikan kerusi menteri yang ‘kiri’ dan bukan ‘kanan’ seperti sekarang kerana ihsan dari saudara anda yang bakal menjadi PM nanti. Renungkanlah….selagi hanya mengharap kepada kroni yang terdekat maka tak hairan kalau anda akan jatuh tersepuk akibat kebodohan, kedangkalan dan ketewasan anda sendiri.

BERANIKAN HATI said...

Beginilah jika tiada kampong halaman dan rumah tangga, kita aka merempat ditempat orang. Sdr kifli ni jenis merempat dan tidak ada rumah tangga, niatnya hanya nak hancurkan UMNO. Nak buka blog sendiri dan tulis dalam blog sendiri dia takut orang akan komen makan dia hantar posting tumpang ryang komen orang. Dalam kehidupan harian pun memang begini hakikat kehidupan orang2 PAS. Menghentam kerajaaan tetapi bila ada sunsidi kerajaan beri mereka yang terlebih dahulu mendapatkannya. Memang hipokrit.

Sepatutnya komen kifli ni saya padamkan kerana luar tajuk tetapi atas belas ihsan kepada manusia yang hina dina itu maka saya biarkanlah. kita faham modius operandinya adalah; membuatkan orang UMNO membaca tulisannya kerana mungkin orang UMNO tidak akan membaca tlisannya jika dalam blog mereka. Inilah mentaliti orang2 PAS - mereka tidak akan lawat blog UMNO sebab itulah fikiran mereka sempit.

BERANIKAN HATI said...

Jika kita percaya kepada pemimpin yang nampak macam ulamak maka kita kena percaya kepada Mat Sabu. Mat Sabu pun tuduh Anwar kaki main jubur dia yang mula-mula panggil Anwar Al-Jubri. Jika percaya kepada ulamak PAS jadi kita pun harus panggin Anwar Al-Jubri

Kiryu said...

Salam,

@ Kifli,
Seorang China kafir membuat satu ungkapan, kamu terus tersentuh. Tapi saya merenung adakah awak akan berasa sama jika Hishammuddin, yang kamu anggap fasik, memulakan ungkapannya dengan Bismillah, kamu akan tersentuh juga atau hanya menganggapnya sebagai satu ungkapan.

Tentang perangai samseng pemuda UMNO terhadap Karpal kafir, tidaklah se-kelakar orang-orang yang bergolek-golek dengan bendera palestin di perutnya di depan Ulul Amri Sultan Perak.

Segolongan saudara kamu di panggil celaka oleh seorang Kafir, di mana suara anda untuk menasihati Karpal untuk tidak berbuat demikian?

Kifli, sedarlah yang kamu tidak menambahkan apapun dalam perjuangan menyatukan umat dengan tulisan-tulisan kamu.
Ia hanya menambahkan kebencian antara kita..untuk Karpal Ketawa.

Lebih baik kamu usahakan supaya PAS dan UMNO bersatu atau. ahli-ahli DAP dan sebilangan kafir-kafir dalam PKR memeluk ugama Islam.

Wasallam.

BERANIKAN HATI said...

Salam Sdr Kiryu,
Harap kifli berpuas hati dgn jawapan yang telah diberikan kiryu. Sebenrnya yang tak faham atau pura2 tak faham cuma awak seorang saja dan awak jadikan blog saya tempat menyebar fahaman awak yang sudah tidak relevan. Harap kifli akan faham bahawa saya tiddak berseorangan disini bahkan awaklah yang berseorangannya.

Anonymous said...

puak pas ni samada bahlul atau buat-buat bahlul.

nak undi cina punya pasal, sanggup anggap cina bagus bila sebut ayat quran, bagi salam etc.

hapraklah. cina tu kencing & berak pun tak basuh maknanya dia dalam najis, baca ayat quran pun hang pa sorak.

dia tau puak pas senang dimanipulate sebab tu dia senang-senang buat macam tu.

suruh dia convert ke Islam dulu, lepas tu cakaplah puas-puas sampai mulut berbuih pasal Islam. otherwise, just keep quiet.

untuk ku ugama ku, untuk mu ugama mu.

dulu, masa tahun 1970an, cikgu cina sekolah rendah saya dah lama dah dok bagi salam. tapi tak lah saya sampai nak teruja dengar orang bukan islam beri salam.

hang pa baru sekarang dengar cina bagi salam. out of datelah.

itulah. nak kuasa punya pasal, puak pas main sondol saja. sampai macam tu punya sondol.

dia bagi salam ka, quote hadith nabi ka, baca ayat quran ka, one thing for sure, dia tetap masuk neraka kalau bukan Islam. betui tak?

yang sama-sama Islam, hang pa tak nak berfikiran baik sangka.

yang dah sah masuk neraka hangpa nak puja.

Siapalahaku(taman negara) said...

Kalaulah ramai melayu yang berjiwa kecik mcm kifli ni mmg tak lama lagi akan hapuslah melayu di bumi malaysia ini. apa lagi yg melayu ada? tanah melayu dah tergadai kini jiwa melayu jugak dah hilang oleh org org mcm saudara.maaflah saudara kifli.aku rasa engkau tak layak jadi melayu.walau pun melayu ni bangsa yg bangsat namun kamu lebih bangsat lagi

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...