Suara Anak Pahang - Perlu Baca

08 February, 2009

PERUSUH HILANG TOPENG DAN LALUAN SULIT NO.2


Siapakah bertopeng ini?



Ini dia wajah ketua perusuh and the gang


Selama ini DSA sentiasa cuba menikam bahkan membunuh (jika boleh - karier politik ) DSN. (Ada juga dari kalangan UMNO sendiri). Selalunya DSA menggunakan orang lain (Penikam / Pembunuh Upahan) Jarang sekali beliau melakukannya sendiri. Selalunya, sama ada dari kiri atau kanan bahkan belakang - tetapi tidak pernah secara berdepan. Jika ada pun sudah tentu ketika beliau memakai topeng; topeng zorro, batman, kluangman, foreman ....???
# Nota: DSA (Dato' Seri Anwar Ibrahim), DSN (Dato' Seri Najib Abdul Razak)


Dendam DSA kepada DSN sangat hangat. Kerana itu berbagai cara dilakukan untuk memburukkan wajah politik DSN. Berbagai-bagai fitnah dilakukan sehingga terbaru mengambarkan DSN terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Kenapa DSA perlu perburukkan DSN?


Kerana DSN adalah satu-satunya saingannya yang terdekat dan merupakan halangan untuk manjawat jawatan PM. DSA sedar jika DSN tidak diperburukkan, maka sudah tentu kelebihan akan berpihak kepada DSN. Keburukan yang apa pada DSA sendiri terlalu banyak dan sukar untuk dibersihkan. Jika DSN nampak lebih bersih maka sudah tentu rakyat tidak akan memandang dan tidak memilih DSA, kerana itulah wajah DSN diconteng supaya turut nampak hodoh. Maka DSA merasa akan ada sedikit peluang untuknya - kerana rakyat terpaksa memilih diantara dua yang sama-sama nampak buruk. Itu lah yang DSA lakukan selama ini.

DSA gunakan berbagai cara, khidmat penikam upahan atau beliau sendiri tetapi dengan bertopeng, sama ada dengan niat membaling batu sembunyi tangan atau membaling batu dan menuduh orang yang dibaling membalingnya, namun usaha itu sia-sia saja. Sehinggalah pada beberapa hari lalu dimana DSN dengan bijak telah berupaya memerangkap DSA yang sedang meraikan kejayaan sementaranya apabila ADUN Bota berlakon melompat ke PKR. DSA saat itu kelihatan angkuh kerana terlalu gembira sehingga terlupakan bahawa ada jerat yang terpasang.

Beberapa ketika kemudian apabila berlaku perubahan dalam babak lakonan lain yang menampakkan beberapa ADUN lain akan melompat keluar, maka DSA terkejut besar dan tidak sempat memakai topengnya untuk berdepan dengan DSN, maka terlihatlah muka senyum pudarnya serta kecengehan wajahnya - ibarah pencuri yang tertangkap didalam cahaya terang. Kaku tidak dapat bergerak dan tidak dapat berkata-kata.

Jadi selepas ini jika ada berlaku kecurian lagi maka sudah tentu kita tahu siapa yang punya angkara, jika ada yang tertikam kita akan tahu angkara siapa - kerana perusuh itu sudah kehilangan topengnya. Tetapi kita harus berjaga-jaga kerana harimau yang terluka itu akan mengganas, justeru segerakanlah dengan menyediakan perangkap dan kandang yang lebih teguh untuknya selama-lamanya.

Nota:

1.Ada kalangan pemimpin UMNO yang kecewa atas kemenangan DSN ini, yang merasakan kegagalan perancangan mereka menconteng muka DSN, yang cuba menyekat DSN dari jadi No.1.

2.Apakah pelan peralihan kuasa akan berjalan seperti biasa? Ada keraguan tentang ini kerana adanya konspirasi menghalang DSN menduduki kerusi PM.

3.Ada musuh dalam selimut yang ingin menyekat bagi mencapai cita-cita peribadi – jika DSN jadi PM maka beliau kena menunggu lama dan tidak tercapai cita-citanya untuk djadi PM pada usia 40.

5.Pelan peralihan kuasa, jujurkah No.1 kepada No.2? Ini dunia politik maka ramai yang kurang percaya.


10 comments:

Apache said...

Semoga Allah akan memberi kemenangan kepad DSN...

BERANIKAN HATI said...

SEPERTI YANG SAYA MAKSUDKAN BAHAWA PERJALANAN DSN SUNGGUH SUKAR KERANA ADA PIHAK-PIHAK YANG GIAT CUBA MENOLAKNYA KELUAR. KERANA ITULAH KITA LIHAT DSN SANGAT BERHATI-HATI.BANYAK PIHAK MENGAMBARKAN BELIAU PENAKUT, TETAPI SEBENARNYA BELIAU TERPAKSA BERHATI-HATI JIKA TIDAK SEGALA USAHA SEJAK DARI BERUMUR 23 MULA JADI AP AKAN SIA-SIA.

SEBAGAI ANAK PAHANG KITA SGT MENGHARAPKAN DSN SAMPAI KE NO.1. HARAP DSN LEBIH TEGUH HADAPI CABARAN YG SEMAKIN SULIT DAN RUMIT. DSN DI TENTANG OLEH DSA DAN SEBAHAGIAN AHLI UMNO SENDIRI YG JUGA MENGINGINI NO.1. AWAS! CALON KP JUGA TERINGIN KERUSI INI SEBELUM 40, JIKA DSN NAIK MAKA CALON KP KENA TUNGGU LEBIH LAMA. CALON KP MUNGKIN TIKAM DSN DGN BANTUAN (?). JANGAN BANTU CALON KP CAPAI JAWATAN KP KERANA INI AKAN BERI PELUANG CALON KP UTK MENIKAM DSN.

BH ANAK PAHANG TAPI SUDAH TIDAK TERLIBAT POLITIK SCARA LANGSUNG, MASIH SYG KAN DSN DAN INGIN DSN JADI NO.1.

paneh said...

Saya agak bersetuju dgn teori ni. Harap2nya Najib hanya menyimpan kuku dan menunjukkan wibawa selepas menjadi no1. Harap2lah.

red rooster said...

Bro,
Cun gambag dalam posting ni. Terbaru, lagi 5 mahu melompat di Perak & Karpal pulak dah tak nak DSAI jadi ketua PR... kapal dah nak pecah dah!!!

BERANIKAN HATI said...

Bro Red Roster,
Kalau betul apa yg bro cakap, memang bestlah. Kita tunggu dan lihat apa yg akan jadi nanti. Salam bro.

TANAH MELAYU said...

terima kasih di atas komen di blog saya. kita saling berhubung.
shaifulbahri.blogspot.com

orang ulu said...

Cantas mencantas merupakan asam garam dalam politik. Sebenarnya siapa yang rugi siapa yang untung? Ada banyak teori keuntungan dan kerugian ini. Ringkas, yang untung ialah perwakilan(dpt sapu dua-dua pihak), kontraktor yang sapu semua bila dpt kontrak dan followers calon yang biasala!!! sapu kiri kanan. Rugi ialah rakyat yang sentiasa ditipu,dicanang dan diugut pelbagai janji politik bila tiba PRU. Lagi rugi bilamana pemerintah tidak ikut sunnah Allah dalam memerintah...

BERANIKAN HATI said...

Salam Orang Ulu,
Banyak yg masih boleh diperbahaskan secara ilmiah dan rasional,tetapi ianya perlukan ruang dan waktu yg lebih. bagaimanapun saya ingin bertanya satu soalan yg mudah: tidakkah para perwakilan,kontraktor dan follower yg sdr katakan itu adalah sebahagian dari rakyat ramai? atau adr maksudkan rakyat itu adalah sdr sendiri- maksudnya jika sdr tidak mendapat sesuatu itu maka sdr katakan bahawa rakyat tidak mendapatnya. Ini juga masalah politik wang, yg bising adalah orang yg tidak mendapat apa-apa, dan orang yg tidak memberi kepada siapa-siapa. FIKIRKANLAH kerana saya percaya sdr sgt bijak untuk mempertimbangkannya.

akusayangumno said...

Salma BH,

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang agak goblok.....

Kita agak senada dalam banyak hal! Dan yang paling utama mengenai perlunya ditolak hasrat liabiliti terbesar UMNO iaitu kj untuk menduduki kerusi KPUM yang secara otomatik akan menjadi KPBNM.

Tetapi sdr BH, dalam saat yang tidak sampai 2 bulan ini, saya tidak akn berkias lagi mengenai apa-apa sahaja mengenai kj, malah misi saya ialah akan sentiasa 'recall' sejarah kj yang telah menyerat UMNO dengan beban umpama menggalas 'biawak hidup'!!! Saya tidak akan memaksa BH berterus terang seperti saya dalam memperkatakan liabliti UMNO terbesar ini, tetapi itulah nada saya sebagai marhien UMNO yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi tetapi ingin melihat UMNO terus segar dihati rakyat!!!

Semuga kita akan terus saling bertukar maklumat. Saya amat sayangkan UMNO dan sanggup berkorban demi survival UMNO kerana survival UMNO adlah survival Melayu.

Siapalahaku(taman negara) said...

Salam para bloggers yg telah memberi pendapat mengikut pendirian mereka tersendiri.untuk pengerahuan semua saya adalah ahli UMNO yg dari dulu lagi sangat setia kepada UMNO.Namun kebelakangan ini terus terang saya katakan saya sgt jelak dgn pemimpinan UMNO dan kebanyakkan para pemimpin UMNO yg sangat kurang ajar serta tidak lagi mementingkan perjuangan bangsa. Mereka lebih mementingkan poket mereka sehingga terlupa asas perjuangan asal UMNO dahulu.Dan saya sgt yakin sekiranya kepimpinan UMNO masih tidak melakukan perubahan nescaya UMNO akan kalah di dalam pru akan dtg. Rakyat mengundi PKR bukanlah kerana mereka menyokong parti itu tetapi mereka hanya mengudi PKR kerana mereka marahkan UMNO.Untuk menarik kembali keyakinan raykat UMNO perlu lah membersihan diri dari pemimpin yg tidak bermoral dan bongkak serta kurang ajar dari UMNO. kerana selagi mereka berada di dlm UMNO selagi itulah rakyat akan menolak UMNO. dan yg akan rugi nantilah adalah bangsa melayu sendiri.fikirkanlah...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...