18 July, 2009

PAHANG DAILY ONLINE, PENGKHIANAT BANGSA


inilah wajah blog pengkhianat bangsa yang akan dikutuk anak cucu pada masa hadapan kerana memecahbelahkan bangsa melayu


Pahang Daily Online (PDO) adalah sebuah laman blog yang dibina oleh penyokong-PKR atas biayaan PKR (Parti Kencing Rakyat) berkenaan. Ianya berpusat di cybercafé di Kuantan dimana disinilah para bloggernya menjalankan dakyahnya dengan menyebarkan fitnah dan menghasut golongan muda dengan ajaran sesat dan menyesatkan. PDO adalah blogger upahan dan pencacai PKR.

Golongan muda yang kebanyakannya mengunjungi cafe berkenaan akan dihasut minda mereka untuk membenci kerajaan dan UMNO dalam segala apa tindakan yang kerajaan dan UMNO lakukan. Pada mereka kerajaan sentiasa silap dan salah dan mereka lah sentiasa dipihak yang benar. Dalam masa yang sama mereka secara langsung atau tidak langsung telah bertindak memecahbelahkan perpaduan melayu dan membuatkan melayu menjadi semakin lemah dan akhirnya kuasa politik dan pemerintahan akan dipegang oleh golongan pendatang.

PDO dalam postingnya asyik menghentam saya dengan hujah-hujan dangkalnya. Saya tidak berminat untuk memperkatakannya lagi kerana pertikaian ini tentu tidak akan berakhir kerana mereka akan bermatian menegakkan benang basah. Mereka akan menonjolkan kebenaran mereka walaupun ternyata mereka salah. Kemenangan PAS di Manek Urai dgn undi tipis menunjukkan bahawa rakyat telah sedar dan mengubah sokongan kembali kepada UMNO. Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada Pakatan Rakyat yang seebenarnya pemusnah rakyat.

Sedarkan kita bahawa pencapaian ekonomi bangsa melayu masih dibawah tahap sasaran kerajaan? Kita juga harus sedar bahawa selain tidak dapat menguasai ekonomi kita juga semakin kehilangan kuasa politik akibat perpecahan sesama kita dan ketaksuban dalam politik kepartian? Sedarkah kita bahawa bangsa lain walaupun berlainan fahaman politiknya namun dalam soal kepentingan bangsa mereka, mereka tetap bersatu hati? Yang akan rugi nanti adalah bangsa melayu sendiri, dan kita sebenarnya mempertaruhkan masa depan anak-anak bangsa kita.

Sama ada secara sedar atau tidak, sebenarnya bangsa lain telah mempermainkan bangsa kita. Kekuatan bangsa kita dipecah-pecahkan dan kita akhirnya akan diperintah. Yang akan tinggal untuk mempertahankan bangsa kita hanyalah kedaulatan raja-raja melayu yang masih sukar digugat. Bagaimanapun, itu juga turut dicabar oleh bangsa lain dan sebahagian kita dengan tersengeh menykong mereka itu. Kita menyokong kemusnahan kekuasaan bangsa kita sendiri. Inilah sikap bangsa melayu.

Saya cadangkan agar PDO supaya insaf dan menghentikan usaha merosakkan minda golongan muda dan memecahbelahkan perpaduan melayu. Sedarlah bahawa bangsa lainh telah memainkan bangsa kita dan memecahbelahkan sesama kita demi kekuatan bangsa mereka. Bangsa kita nanti akan merempat ditanahair sendiri dan dijajah minda dan fizikal. Berikan pertimbangan yang lebih waras dan jangan hanya mementingkan kemewahan hidup semata-mata. Hentikanlah perbuatan memutarbelitkan segala fakta hanya kerana kepentingan diri dan kelompok.

Saya tidak menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kerana saya percaya segala fakta berkenaan telah kita dengar atau dihebahkan sebelum ini termasuk isu perubahan kuasa di Perak dan sebagainya. Segalanya telah dimaklumkan, hanya terpulang kepada kita sama ada kita ingin membuka mata dan hati kita untuk kebenaran atau masih memegang kepada penipuan dan kemungkaran. Buatlah sesuatu untuk kepentingan bangsa kita yang semakin kehilangan segalanya.

Saya bukanlah UMNO karat tetapi PDO lah PKR karat, yang membesar dengan ihsan kerajaan UMNO tetapi kemudian bagai melepaskan anjing tersepit mengiggit tangan yang selama ini menghulurkan bantuan kepadanya, ibu bapanya dan datuk neneknya.

8 comments:

Apache said...

yup..u're right my brother

Unknown said...

Teruskan perjuangan...orang x de matlamat perjuangan memang mcm tu...tong kosong...bunyi kuat x de isi..

.@blogger.com said...

Terima kasih atas komen dan sokongan sdr semua. Rupanya masih ada org yang masih waras dan dapat berfikir lebih positif dalam kehidupan kita hari ini.

YANG GAMBI said...

Salam,

Spesis ni sebelum masuk PKR, dialah yang meratah harta rakyat, bila dah tak jadi orang kabinet, dia hentam pulak. Itulah penganjur pahangdaily.

Arif Omar said...

jangan layan budak bodoh tu. mereka tu penjenayah. dah kena tuduh di mahkamah. tak lama lagi habis le harta mereka ke saman sivil. tunggu le. tak usah mengulas pdo bodoh tu. aku ni orang pahang juga. tak le bodoh begitu.

kulatlapok said...

salam Bro, PDO hanya mencari maklumat dan mengeluarkan pendapatnya mengikut asas yg ada. Kalau setiap post yg dikeluarkan tidak mempunyai asas itu namanya MERAPU (MACAM PARPU KARI) DAN IANYA TELAH TERGOLONG DALAM GOLONGAN PEMBUAT FITNAH. tapi asasnya ada dan PDO mengajak blogger semua berfikir dan berbahas. bukan maksud berpecah belah. kenapa sehingga hari ini PDO MENCABAR SAIFUL YG KENA DIJUBURI MASIH TIDAK KEMUKAKAN SAMAN TERHADAP PDO?? bERANIKAN hATI mesti BERANI menghadapi situasi. "KALAU TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN" WALLAHUAALAM.

.@blogger.com said...

Salam sdr kulatlapok,
saya bukan takut pada risiko kerana itu saya masih menulis dan berani bertanggungjawab. Masalah PDO adalah segala tulisannya hanya condong ke satu arah iaitu menyalahkan kerajaan dan pemimpin kerajaan semata-mata. Logikkah jika selama 52 tahun UMNO memerintah tidak ada satupun kebaikan yang pernah dilakukan selama ini? tetapi apakah ada kenyataan yang memberikan sokongan kepada kebaikan yang UMNO telah lakukan? tidak ada, kerana PDO hanya mencari kesalahan BUKAN mencari kebenaran. saya seru agar PDO hentikan usaha itu kerana yang akan rugi nanti adalah bangsa melayu bukannya sebilangan kecil pemimpin melayu yang hanya menangguk diair keruh. saya melihat dikala UMNO/BN berjuang untuk rakyat tetapi PKR/PR meminta rakyat berjuang untuk mereka ~ bRAVEhEART

enJINer Inc said...

pada aku PDO cuma sebagai check and balance kepada apa gomen buat.. kalau tak betul kasi hantam la... kalau betul apa salahnya sokong mereka... tapi secara logik akal aku yang bodoh poyo ni... apa kerajaan pahang a.k.a UMNO BN dah buat untuk memajukan negeri ni... pahang dah 10 tahun defisit manjang budjet... kalau la kita pikir kerajaan ni sebagai satu syarikat... mmg lama dah CEO a.k.a MB nih kena tendang masuk dalam longkang... yang tu kalau tak leh nak pikir tatau la... semudah ABC jek ... so buat per sokong kalau dah tau mmg tak leh nak majukan negeri... yang pegi calon org tak pandai buat per

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...