Suara Anak Pahang - Perlu Baca

09 July, 2009

TAKUT KERANA SALAH?

'Bukan mengenai satu Malaysia, tetapi satu-satunya dalam Malaysia,....jalan belakang'



Penangguhan kes Anwar Ibrahim mendapat perhatian banyak pihak. Beberapa soalan mengkhendaki jawapan. Kenapa tiba-tiba ditangguhkan, kenapa peguam bela-nya tiba-tiba pening kepala, kenapa macam ada sesuatu yang tak kena?

Tetapi sudah tentu kepada para penyokongnya segala itu adalah wajar. Segala yg Anwar Ibrahim lakukan adalah wajar dan Anwar sentiasa dipihak yang benar. Anwar itu maksum. Tiada cacat celanya. Sedangkan hakikatnya, beliau hanyalah manusia biasa yang juga tidak lekang dari salah dan dosa.

Saya tertarik dengan pandangan seorang blogger dari Pahang yang postingnya harus juga kita baca. Saya perturunkan sebahagiannya dan sebahagian lagi boleh dibaca diblog beliau sendiri:

Kes liwat yang melibatkan Saiful Bahari dan ketua de facto PKR, Brader Anwar bin Ibrahim ditunda lagi ke 15 Julai atas permintaan peguambelanya, Sulaiman Abdullah. Sulaiman Abdullah minta dilanjutkan 'cuti sakit' Brader Anwar bagi sebutan kes berkenaan.

Jika kita perhatikan urutan kes liwat ini, kita akan dapati, pihak Brader Anwar yang selalu mengelak untuk menyelesaikan kes ini secara 'gentleman'. Sebelum bermula 'legal battle', beliau akan spin cerita tentang teori konspirasi; kononnya mahkamah tidak adil, ada usaha hendak membunuhnya, media kerajaan spin cerita, PM campurtangan dalam hal majlis sumpah Saiful Bahari dan berbagai lagi.

Hakikatnya jika kita teliti, beliau mengelak dari menghadapi kenyataan. Jika beliau benar, beliau tidak perlu takut. Seperti pihak Saiful Bahari yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh hendak membuktikan perilaku sumbang beliau, beliau pula seperti mengelak hendak membersihkan nama baik beliau.


(Klik untuk baca blog Sri Tri Buana)

2 comments:

Srikandi said...

hmmmm...camtulah gayanya org salah..yang sentiasa takut dengan bayang2nya sendiri..yang sentiasa bercakap indah di mata pejuangnya..yang sentiasa berdolak dalih di hadapan kerajaan..kononnya beliaulah yg betul dan kerajaan sume salah..org camni x layak jd pemimpin pun..akan hancurlah kerajaan di bawah pimpinannya..seperti hancurnya kerajaan Iraq, Afghanistan dan Bosnia..

. said...

Salam. Itulah juga pendirian hidup saya. Kita tak perlu bimbang dalam apa sahaja hal kalau kita di pihak yang benar. Yang batil akan gugur, yang benar akan berdiri tegak. Allah bersama orang-orang yang benar.
Mahkamah perlu selesaikan segera demi keadilan dan kebaikan semua pihak.

(Blog tuan telah dimasukkan dalam senarai "myblog list" saya)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...