19 July, 2009

PAS: PECAHBELAHKAN MELAYU DAN HANCURKAN ISLAM

apa beza antara kedua-dua ini? dua-duanya atas nama agama


yang ini akan lebih ganas lagi nanti atas nama jihad dan atas seruan allahuakbar!


Parti PAS yang pemimpinnya dari kalangan ulamak politikus telah berjaya menyongsangkan fikiran para pengikut, juga membuatkan pengikut jadi taksub terhadap mereka dan akidah mereka juga boleh dipertikaikan berikutan fatwa demi fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpinnya semata-mata untuk memenangi setiap pilihanraya.

Saya berpendapat sudah sampai masanya kerjaan mengenakan syarat dimana parti-parti politik tidak boleh menjadikan agama membayangi perjuangan mereka dan pemimpin-pem impin agama juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana parti politik. Ini bertujuan untuk menjaga agar sebarang agama tidak dicemari oleh politikus yang rakus mengejar dunia dengan menjaja agama sepertimana yang berleluasa sekarang ini.

Keganasan demi keganasan dapat kita saksikan di negara kita dimana ianya dilakukan oleh penyokong parti yang katanya memperjuangkan Islam. Mereka bertindak ganas dan mengancam orang lain yang bukan dari kalangan mereka. Terbaru di Manek Urai seorang wanita telah dikasari dan dibaling dengan batu oleh syaitan yang berwajah seperti umat Islam. Sebelum itu mereka bertindak biadap dan sanggup berbaring diatas jalan bagi menghalang perjalanan seorang Raja. Apa benarkah Islam yang Rasulullah amalkan?


Beberapa minggu sebelum Perang Salib Pertama, seorang penyair dari Jurusalem menulis:

"There are two types of people in this world:
The first is religous but no brain,
The second is brainy but no religion
."

Beberapa minggu kemudian, tentera Salib dari Eropah telah menyerang Jurusalem dan membunuh orang Islam dengan kejam. Atas nama agama, mereka membunuh hingga orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita. Semuanya atas nama agama.

Kebodohan ini berlanjutan hingga sekarang. Tidak kira agama apa, akan muncul juga golongan fanatik yang sanggup melakukan kekejaman ke atas sesama manusia kerana berlainan pegangan. Saya percaya, ini lari dari matlamat agama - tidak kira agama apa - yang menganjurkan keamanan bagi semua.

Agama merupakan pegangan peribadi. Tidak ada paksaan dalam beragama. Dalam Islam sendiri ditegaskan perkara ini.

Islam agama yang sejahtera. Dalam sejarah Islam, Rasulullah tidak pernah menyerang dahulu kecuali mempertahankan diri. Malah penaklukan kota Mekah berlaku kerana golongan Quraish mengingkari Perjanjian Hudaibiyah.

Kristian juga demikian. Dalam Bible, "jika di tampar pipi kanan, berikan pipi kirimu(untuk ditampar lagi)". Saya percaya agama-agama terbesar di India seperti Buddha dan Hindu juga demikian. Bahkan Judaisme, jika benar-benar mengikut ajarannya.

Sekarang berapa banyak ajaran yang salah tentang agama. Atas nama agama, kita melakukan banyak kerosakkan. Banyak juga atas nama Islam orang membunuh insan-insan yang tidak berdosa.

Semua ini terjadi kerana kita membenarkan para ulama - atau cleric - tidak kira dari agama apa membuat penafsiran terhadap agama. Dalam Islam contohnya, kita gagal memahami intipati Islam itu sendiri dari sumber asalnya, Quran dan sunnah serta ijmak khalifah al rasyidin.

Ketika Perang Salib yang ke 3, ada satu puak dalam Islam yang diterajui oleh Rasyid Al-Sinnan, atau dikenali dengan nama 'The Old Man of The Mountain' menubuhkan satu gerakan rahsia yang dipanggil 'Hashashin'.

Tugas mereka mengambil upah untuk membunuh musuh politik sesiapa sahaja. Pelanggan mereka yang paling ramai adalah dari agama Kristian. Kepada pengikutnya, beliau menjanjikan syurga jika membunuh atas nama agama. Bodoh bukan?

Dan Hashashin inilah asas kepada perkataan 'assassin' dalam bahasa Inggeris.

Kepada pengikut Rasyid Al-Sinnan ini, beliau juga mungkin seperti 'Tok Guru' yang separuh wali kerana kedua-dua 'Tok Guru' ini boleh menjanjikan syurga.

Rasulullah sendiri yang bersedih kerana gagal mengIslamkan bapa saudaranya, Abu Talib telah ditegur oleh Allah bahawa soal hidayat adalah soal Allah. Beliau cuma rasul dan tugasnya menyampai. Mana lagi mulia, Tok Guru atau Rasulullah?

(Klik utk baca keseluruhan posting di blog Sri Tri Buana)

11 comments:

YB Raz said...

setuju pas diharamkan

mat said...

setuju amno diharamkan..

.@blogger.com said...

setuju agama tidak dipolitikan...

ibnu sidek said...

Salam , Sebenarnya bukan Pas yang menhancurkan Islam tapi korang semua yang takut islam di mertabatkan di bumi Malaysia, korang takut hendak menyatakan yang Islam ini yang paling berkuasa dan takut lagi jika Pas dapat menjadikan Islam dan Hukum Allah SWT berkuasa dan menjadi Dasar dalam pelembagaan dinegara ini dan jika Hukum Hudud dijalankan di Malaysia maka ramailah yang tidak dapat menjalankan aktiviti jahat mereka kelak, kenapa kamu takut Islam menjadi teras dalam perjalanan hidup kamu, kamu harus menyokong orang yang inginkan islam menjadi dasar dalam perjuangannya. kalau kamu kata Umno mampu menjalankan Hukum Islam di Malaysia , akulah orang yang pertama menyokongnya, tetapi ternyata sampai sekarang tiada lagi yang dapat dibanggakan dengan Umno mengenai Islam, pemimpin Umno ,masih lagi asik dengan mengumpul harta, jika kamu menyekat dan cuba menuduh orang yang ingin menyiarkan Islam dibumi ini samalah kamu dengan Yahudi.

srikandi melayu said...

setuju mat disula dan direjam..kakakkakaakakakakakka.. larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

PAKCIK said...

Kes nizar perak dan khalid selangor tu macamane ye?

Kata-kata TUN berkenaan WAWASAN AKHIRAT yang di lancarkan oleh pihak PAS dalam mencabar WAWASAN 2020.

" sekali lagi percubaan dibuat untuk melemahkan semangat orang melayu dengan tafsiran agama islam yang tidak berasas dan berbau politik. apabila ada sahaja usaha untuk membangunkan orang islam supaya mampu bersaing dengan sesiapa sahaja dalam dunia moden ini, maka muncullah orang yang suka orang islam kekal dengan kelemahan mereka dan dihina di dunia ini. Orang seperti inilah yang menyebabkan orang islam sesat, lemah dan dihina kerana terpaksa bergantung kepada orang lain.

Mereka yang mengajar bahawa umat islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat islam dan agama islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini".

renung-renungkanlah.

PAKCIK said...

kepada saudara ibnu sidek,

cuba tuan bertanya tentang hukum hudud kepada anwar dan Zaid..

tuan mesti mendapat jawapannya.

ibnu sidek said...

Wahai pakcik.net. kenyataan anda mengenai "Mereka yang mengajar bahawa umat islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat islam dan agama islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini". Apa yang dimaksudkan itu, kalau ini lah kenyataan untuk menghina pengajaran tok-tok guru, maka ianya adalah salah kerana kesenangan dunia belum menentukan kesenangan akhirat, kalau bersifat untuk memberitahu bahawa kehidupan didunia ini tidak boleh hanya mencari ilmu akhirat semata-mata dan hendaklah mencari kesenangan dunia juga, ianya menyebabkan ramai golongan anak muda yang tertinggal dengan ilmu akhirat kerana ilmu manusia didunia ini ianya datang secara semula jadi dan Allah lebih sayang kepada mereka yang kaya dan baik daripada orang yang miskin serta merayu meminta bantuan, tetapi dia tidak miskin dengan ilmu akhirat, Allah lebih sayang dan mudah baginya untuk masuk Syurga Allah SWT. Ilmu akhirat perlu dicari dan wajib kepada semua manusia didunia ini tak kira siapa walaupun bukan islam, orang yang mengaku islam wajib baginya mencari ilmu dan bekalan akhirat untuk kehidupan yang abadi disana.Kerana kehidupan didunia ini hanyalah sementara dan perlu melalui proses yang yang amat ketat dan malaikat Allah tidak menerima Rasuah seperti sebahagian orang Umno. Jadi sebelum anda menghembuskan nafas terakhr carilah bekalan secukupnya untuk perjalan yang masih jauh untuk menemui Allah SWT. mengenai hukum hudud, tak perlu tanya Anwar kerana dia tiada kuasa untuk melaksanakannya begitu juga di Kelantan yang dimana kerajaan Pusat tidak membenarkan Pas menjalankan hukum hudud, saudara Pakcik lebih mengetauinya kerana anda dari sana, kenapa tak tanya pada Najib dan pemimpin terdahulu mengenainya. wassalam

.@blogger.com said...

Salam,
sgt menarik diskusi antara pakcik dan ibnu sidek dalam blog saya ini. saya tak akan terlibat dalam diskusi itu tetapi memerhatikannya dengan rasa bangga kerana masih ada ruang antara kitasesama Islam untuk bersama berbicang tanpa membawa perasaan semangat perkauman kepartian. Semoga kita semua akan mendapat manafaat dari pertukaran pendapat antara kita ~ bRAVEhEART

mat said...

srikandi melayu...
setuju mat disula dan direjam..kakakkakaakakakakakka.. larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
( cara golongan yang pengecu )



mat jawab..
nak sula tapi takut...takut atas dunia buleh lah lari tapi kalo takut di akhirat nak lari kat mana...satu lagi kalo nak rejam org tue tengok dulu diri kita betul ke tidak..silap2 rambut yg mengurai tue aku cukur...kih..kih..bayangkan rambut ko botak..hahahaha..

Che Leh Jangok said...

Seronok juga cheleh ninjau pandangan sahabat2 spt Tuan Ibnu Sidik dan PAKCIK. Tahniah diatas hasrat suci untuk hidup berkat dan kejat melekat pada ajaran Islam. Namun cheleh ingin jugalah berkongsi hasrat suci itu kalau2 sama2 dapat kita percaya ia adalah untuk kita semua.

Cheleh nak mula dari asas paling dasar iaitu sifat yang kena diamalkan oleh semua kita apabila kita ini benar2 mahu menjadi pengamal Islam, iaitu: SIDIK, AMANAH, TABLIGH, FATONAH. Dan cheleh menggubalkan semuanya dalam satu ayat sahaja supaya mudah syumul memahami. Ayatnya: Dengan segala bijaksananya memikul amanah menyampaikan secara tanpa henti dan tanpa hujung.

Jadi dalam hal yang diperbalahkan itu mengapa berbalah. Jom sama sama kita buat kerja kita masing masing. Orang lain tu dia punya hal. Dia buat dia yang nak kena tanggong. Tak perlu kita tompang semangkut.

Kita nak bawa cara Islam kita bawa dengan ikhlas. Tak perlu sambil sambil cari untung atau menegakkan benarnya diri. Yang menentukan benar tidaknya ialah ALLAH.

Menyusahkan perkara yang baik adalah khianat. Membantu atau menyokong yang tidak baik adalah subahat dan dosanya sama. Walau yang buat itu bukan kita.

Yang tak baik jangan dicampuri. Namun jangan pandai pandai memutuskan baik tidaknya kerana kita juga kena fikir dan tanya siapa sebenarnya kita ini. Apa kemahiran dan pengkhususan ilmu kita.

Kita tumpu dalam bidang yang kita mahir serta mendalam dan jelas pengetahuan sehingga muda diresap ilmu dan di datangkan hidayahNYA.

Mudah mudahan kita akan sentiasa terlindung di dalam jagaan ALLAH swt.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...