Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 June, 2011

MB PERAK - CILI POTONG KASI TAROK, KARI KASI LEBIH! PARPUKARI KASI HANTAM!




Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan Pakatan Rakyat negeri itu gusar dengan pembangunan pesat sepanjang pentadbiran Barisan Nasional.
Malah, beliau menasihati Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Ko Ham supaya tidak membuat tuduhan melulu dengan menyatakan kerajaan Perak dibawah pentadbiran BN mengabaikan masalah kecil yang wujud di negeri itu.
“Ngeh mengatakan kerajaan BN sekarang sibuk mengumumkan pembangunan yang dibuat sebaliknya gagal menyelesaikan masalah –masalah kecil rakyat… ini semua adalah kebimbangan beliau tetapi beliau tunjukkan dengan membuat tuduhan ke atas BN. - Perak Today 

Dah lama saya tak membaca dan mengangkat posting sahabat saya ni, Parpukari Harami, hehe! Komen saya mudah saja: Pakatan Rakyat dimana-manapun sama. Mereka tidak mampu melakukan apapun dan gagal melakukan apapun selain dari membakar semangat rakyat supaya membenci BN. Menanamkan api permusuhan diantara kaum serta menguggat keamanan dan kesetabilan politik negara untuk memberikan imej kerajaan gagal mentadbir, sedangkan dalam masa sama mereka gagal berperanan sebagai pembangkang yang berkesan untuk memajukan negara.
Malaysia sebenarnya tidak perlukan pembangkang yang sedemikian rupa. Cuma menunjukkan keburukan pihak lawan bukanlah cara yang terbaik dalam politik abad ini. Pembangkang seharusnya menunjukkan apa kebaikan yang telah mereka berikan dan mampu berikan kepada rakyat. Namun sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini, yang kelihatan hanyalah kegagalan mereka serta kerakusan mereka merampas segalanya dari rakyat untuk diagihkan kepada kroninya serta kaum mereka sendiri.
Sewaktu di Sarawak saya berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Beliau seorang pemimpin yang merendah diri dan pandai mengambil hati serta punyai wawasan yang jelas dalam membangunkan Perak. Saya sangat yakin Perak akan terus maju dan makmur dibawah pentadbirannya. Melayu Perak mesti bersatu dan menyokong beliau, menyokong UMNO dan BN demi kesejahteraan.
Minta tolong Parpukari Al-Harami dan TaipingMali menyampaikan salam saya kepada MB Perak. Perak terus teguh dibawah Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...