Alangkah malunya anak cucu di zaman akan datang melihatkan
tingkah-laku nenek moyang mereka yang hilang arahtuju serta hilang akal
Pas kununnya sebuah parti politik yang perjuangkan Islam. Namun sebagai sebuah parti politik bukanlah Islam itu yang diutamakan, politik jugalah yang diutamakan. Jika Pas benar-benar ingin perjuangkan dan membangunkan agama Islam, maka mereka sepatutnya tubuhkan badan yang semata-mata bertujuan membangunkan agama, bukannya politik. Kerana itu sejak dulu lagi saya lebih meyakini pertubuhan seperti Al-Arqam dan Tabligh.
Pas sebuah parti politik. Untuk menghalalkan kerja-kerja politiknya dan berselindung disebalik agama Islam, maka mereka ciptakan slogan antaranya, membangun bersama Islam, agama dan politik tak boleh dipisahkan, nak tegakkan negara Islam serta nak laksanakan hukum hudud.
Tidak semua penyokong Pas bijak mengesan apa yang cuba pemimpin mereka kelirukan dalam perjuangan mereka. Manakala yang bijak pula, biarpun menyedarinya namun turut merestui apa yang dilakukan kerana lebih mementingkan kekuasaan parti. Apabila pemimpin Pas menyatakan bahawa Pas sanggup bersahabat dengan siapa saja demi menjatuhkan UMNO hatta dengan syaitan, maka mereka yang bijaksana sama ada didalam atau diluar Pas mula sedar dan dapat melihat bahawa pemimpin Pas adalah juga terdiri dari syaitan-syaitan politik.
Terkini, penyokong Pas terkejut lagi apabila tiba-tiba perjuangan Pas sudah dipesongkan 180 darjah, dari memperjuangkan negara Islam dengan melaksanakan hukum hudud mereka berubah kepada perjuangan negara berkebajikan.
Tidak susah kenapa Pas menukar arahnya. Antaranya untuk membolehkan mereka tidur sebantal dengan DAP dan PKR serta berkongsi mimpi. Selain itu adalah lebih mudah untuk memberikan tekanan kepada UMNO kerana mereka akan lebih mudah menjanjikan sesuatu yang bukannya pada kekusaan mereka. Mereka boleh berjanji hapuskan itu dan ini, mereka boleh janji kurangkan itu dan ini. Kunun mereka lebih pakar dalam mentadbir kerajaan walhal jika hendak dijadikan contoh, tak satu apa pun yang dibangunkan oleh Pas di Kelantan selama ini, bahkan masjid pun kerajaan BN yang membinanya.
Definasi perjuangan Islam cara Pas adalah berpolitik sepanjang hari dan sepanjang tahun. Apabila gagal memberikan kebajikan dan membangunkan ekonomi negeri Kelantan, mereka mencanangkan supaya jangan terlalu mengejar duniawi, sebaliknya Pas akan janjikan akhirat yang kekal abadi. Kunun Kelantan bina Ladang Rakyat yang meniru konsep FELDA, sedangkan FELDA itu sendiri habis diharu-birukan dengan berbagai tohmahan. Kenapa selepas berpuluh tahun FELDA dibangunkan baru nampak kesalahan FELDA itu sendiri?
Pas patut mencermin mukanya sendiri terlebih dahulu. Jika benar idea negara kebajikan yang ingin diperjuangkan, maka lebih wajar Pas menukar nama dari Parti Islam Se-Malaysia kepada Parti Kebajikan Se-Malaysia. Jangan lagi jadikan agama sebagai taruhan dan dipolitikan. Ketika saudara Islam lainnya mengucapkan 'aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam', mungkin orang-orang Pas didalam hati mengucapkan 'aku rela bersahabat dan bersekongkol dengan syaitan yang di rejam, kerana politik dan menjatuhkan saudara sesama Islam didalam UMNO'.
No comments:
Post a Comment