Hj Hadi tunduk (memandang) kemaluan dan hanya pengapit kepada 'Tuan Garu' Karpal Singh.
Mungkin dalam muktamar akan datang 'Tuan Garu' Singh ini boleh dilantik sebagai Presiden Pas selaras dengan slogan 'Pas For All'
Pada muktamar Pas terkini, Haji Hadi masih mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Parti, manakala Mat Sabu mengisi jawatan Timbalan Presiden dengan mengenepikan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasaruddin Mat Isa. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar dengan meninggalkan Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Mohamad Nizar Jamaluddin.
Apa yang berlaku dalam pemilihan parti adalah hak parti dan dijalankan secara demokrasi, namun soal arahtuju parti sangatlah penting dan patut para penyokong memberikan fokus. Pas dibangunkan dan selama ini hidup dengan slogan membina negara Islam di Malaysia, namun nampaknya Pas sudah tergelincir dari landasannya dengan tidak lagi mengutamakan perjuangan Islamnya, hanya semata-mata untuk membolehkan mereka menyertai saf dalam DAP dan PKR. Demikianlah politik dimainkan oleh peneraju parti, dan malanglah bagi para pengikutnya yang 'bebal' menurut begitu saja tanpa sebarang bantahan.
Mungkin benar Pas ingin menggantikan UMNO, namun jika Pas sudah benar-benar serupa dengan UMNO yang dikatakan tidak Islamik apakah releven-nya untuk menyertai Pas, bukankah lebih baik penyokong Pas itu menyertai UMNO yang sudah tentu lebih stabil.
Tuan Ibrahim Tuan Man, calon dari Pahang langsung tidak diberikan Peluang dalam saf pentadbiran Pas. Pastinya kerana mainan politik pihak tertentu. Bahkan pemilihan Mat Sabu adalah petunjuk bahawa Nik Aziz lebih 'favour' kepada pemberi gelaran 'Al-Juburi' kepada Anu arr Ibrahim serta tokoh politik Islamik yang tertangkap berkhalwat dalam bilik hotel di Hotel Perdana Kota Bharu tidak lama dulu.
Nyata bahawa Pas juga tidak mementingkan imej bersih untuk menentukan kepimpinannya dan ini merupakah satu penghinaan yang penyokong Pas Pahang tidak boleh terima. Siapa Mat Sabu jika dibandingkan dengan Tuan Ibrahim ini? Namun Pas era baru yang sudah menenepikan perjuangan Islam ini tidak lagi menghendaki pemimpin yang bersih serta bijak. Keran itu jugalah Mahfuz Omar aka Mr. Bean Pas yang 'bengong' itu turut dipilih sebagai Naib Presiden parti.
Sebenarnya, Pas era baru ini berada didalam kekeliruan dan hilang arahtuju apabila pemimpinnya membohongi mereka dengan menyisihkan perjuangan asal iaitu menegakkan negara Islam. Walau apapun yang tetap menang dan diangkat martabatnya sama ada dalam sedar ataupun tidak adalah 'Tuan Garu' Karpal Singh kerana berjaya membuatkan Pas menolak perjuangkan negara Islam. Mungkin kerana Hj. Hadi dan Pas sendiri sudah tidak berani untuk melangkah mayat 'Tuan Garu' Karpal Singh kerana takutkan 'badi'nya.
Mungkin nanti kita akan dengar 'Tuan Garu' Karpal Singh berteriak: 'Takburrr'.. (bukan takbir)....'Takebeer'... dan disahut oleh penyokong -penyokong Pas....'Allahuakbarrrrrr' !!!.....berulang-ulang kali. Maka terkuburlah hasrat membangunkan negara Islam !.
No comments:
Post a Comment