16 February, 2009

SINOPSIS DRAMA LAWAK 'POLITIK LOMPAT KATAK PART 2’


SAMBUNGAN POSTING TERDAHULU : 6 hb. FEB.2009


11. - Kah! Kah! Kah! Ketawalah lagi.

12. PR kata patut ada AKTA Lompat Parti. Dulu tak mahu sebab ingat AP-AP BN akan lompat PR dulu. Sekarang dah mahu sebab takut AP-AP dan ADUN-ADUN lompat masuk BN pula. Kah! Kah! Kah!

13. Tik Tak Tik Tak masa berlalu. Karpal nak saman Tuanku. X MB Perak kata masih sah MB. Tak mahu keluar rumah resmi MB. Masih kemas pegang kunci Camry - kereta resmi. Malam termimpi-mimpi ‘Aku masih MB! Aku masih MB!’ Kah! Kah! Kah!

14. Tik Tak Tik Tak semua tersentak. AP PAS Bukit Gantang meninggal. (Al-fatihah). Akan ada PRK nanti

15. ADUN PKR Bukit Selambau menghilang. MB Kedah mula lakon wayang ‘ Ada surat letak jawatan exco, tapi tak baca lagi, kemudian ada surat letak jawatan ADUN pula’. Berlakon adalah pura-pura. Ada surat letak jawatan. Akan ada PRK juga nanti.

16. SPR umum resmi Bukit Selambau sah ada PRK. Bukit Gantang dan Bukit Selambau PRK serentak. PR @ PAS,PKR dan DAP mula rancang strategi. BN dan UMNO dan pemimpin-pemimpin di conteng-conteng lagi. PAS kata BN sudah koner SPR, Kah! Kah! Kah!

17. Rakyat melihat jelas depan mata. Rakyat telah insaf dengan merasa sengsara. Perjuangan menyokong PR adalah perjuangan sia-sia. Berpatah balik lah kebelakang. Biar sirih pulang ke ganggang.

18. 7hb April.2009 SPR dah tetapkan. Di-kedua-dua kerusi PRK pasti diadakan. Ketika itu DSN pemimpin UMNO/BN – itupun kalau Pak Lah tak main sembunyi-sembunyi dan tarik-tarik tali. Hah?

19. Dari cerita lompat katak lompat ke PRK 2 bukit - ini pertarungan peribadi. Antara yang bakal PM dan yang kemaruk nak jadi. Dua-dua sama kuat, sama pandai, sama hebat. Cuma; satu hitam dan satu putih. Satu bersopan dan satu tak berperasaan. Satu berani berdepan dan lagi satu main belakang. Kah! Kah! Kah!

20. Rakyat harus lebih bijak memilih. Yang nampak hebat, lantang bersuara, berani membangkang bukan bererti bijak memimpin. Yang pandai berkata-kata pun akan pandai menipu kita. (Baca sini - Busuk dan Hinanya PAS)


21. Ini sajak politik dari seorang teman;
politik itu
kelirukan yang bijak
dan
menipu yang bebal

politk itu
penuh
prespesi, spekulasi,
konsprasi dan kontroversi



22. Politik PAS, PKR politik ganas. Mulut manis hati belum tidak begitu. Naik atas kejatuhan dinamakan demokrasi, tetapi apabila mereka harus turun untuk kenaikan orang lain mereka tak mau menuruti. Derhaka itupun mereka kata demokrasi.

23. Bagi pembangkang ni, kebebasan adalah berbuat apa-apa sesuka hati. Jika memihak kepada mereka itulah demokrasi, jika tidak katanya kezaliman hakiki. Neraca mereka ada dua tanda; HALAL bagi mereka dan HARAM bagi orang lain. Kah! Kah! Kah! Memang HARAM JADAH!

24. Kita lihat permainan seterusnya. Siapa akan menang siapa akan kalah. Jika kita memilih yang salah, kita akan terima balasannya kerana kesalahan memilih. Permainan ini hanya ingin membukti yang mana yang benar dan yang mana yang salah. Biar rakyat menilai - umpamanya' bila ADUN BN lompat ke PKR boleh kenapa ADUN PKR melompat ke BN tidak boleh? Rakyat melihat ini? Kata Leo Tolstoy dalam novelnya War And Peace', 'Tuhan melihat kebenaran tetapi menunggu'

25. Shhhh! Kita tunggu dan lihat. Siapa jadi abu dan siapa jadi arang?




POSTING TERDAHULU: 6 hb. FEB.2009
SINOPSIS DRAMA LAWAK 'POLITIK LOMPAT KATAK’

6 comments:

MAWAR BERDURI said...

perhh?

posting awk hari ini, penuh debaran dan tanda soal he he..

yang paling mahal tu tanda halal pada mereka tanda haram pada org lain..nak jadik upin jap "betul betul betul"..

teruskan karyamu wahai hati yang ada berani!

Anonymous said...

Contributed by KeRIS
Nampaknya keadaan dalam negara khususnya di negeri Perak agak 'sesak' pada mutakhir ini. Disebalik 'kesesakan' yang berlaku, kita telah menerima berita dan pengumuman yang bersejarah bahawa BN telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Namun disebalik keghairahan dan kegembiraan yang dikecapi oleh rakyat dan ahli BN, terdapat beberapa perkara yang mungkin terselindung. Secara tiba-tiba penulis terfikirkan sesuatu yang begitu menakutkan sebagaimana 'ketakutan' yang melanda pakatan rakyat pada waktu ini. Maaf sekiranya tulisan ini merencatkan 'perayaan' rakan-rakan semua.

Di saat 'perayaan' BN di Perak, kita seolah-olah terlupa akan kelibat 2 orang yang mungkin menantikan satu 'perayaan' peribadi yang lebih besar lagi. Dimana pak lah dan khairy? Setakat ini pak lah hanya muncul mengumumkan nama mb baru. khairy? Dimana raja 'enter frame' Malaysia ini? Pertanyaan ini sedikit sebanyak merencatkan suasana 'perayaan' penulis. Ajaib benar bila khairy tak keluar dalam tv dan akhbar.

Adakah ini sebenarnya satu komplot untuk menjahanamkan Najib? Perlu diingat, 4 orang 'pemain utama' ini tak mustahil akan melakukan sesuatu yang lebih hebat lagi. Mungkin saja salah seorang daripada mereka akan membuat 'pengakuan' atau 'dibuktikan' meminta atau menerima rasuah daripada Najib. Perlu diingat, dalam keadaan sekarang, perkara-perkara semacam ini SANGAT MUDAH diterima dan dipercayai oleh rakyat.

Apa kena mengena perkara ini dengan 2 beranak tu? Mudah. Sekiranya 'terbukti' Najib rasuah, Najib akan disiasat oleh SPRM 'yang betul-betul bebas'. Ketika itu mungkin Najib akan dilihat sbagai sangat tidak layak untuk jadi PM. Jadi siapa yang akan jadi PM? 'Maka dengan berat hatinya, pak lah 'terpaksa' meneruskan khidmat sebagai pm'.

Kem Muhyidin akan bergoncang, kem mat taib akan kencang, kem Mukhriz akan goyang, kem khairy akan ganyang.

Jadi, siapa yang sebenarnya akan jatuh? Nizar atau Najib? Adakah ini kemenangan UMNO dan BN? Atau adakah ini kemenangan pak lah dan menantu? Adakah ini satu grand design untuk menjatuhkan Najib?

Yang Benci Khairy

refah00 said...

UMNO/BN terima ktak pisang yang lompat masuk rumah depa.biarkan katak pisang 3 ekor tu kencing dalam rumah umno.Bertambah busuk dan jijiknya Umno.

Anonymous said...

Salam semua,
Katak yang refah00 kata tu adalah katak2 yg melompat dari PAS dan PKR. Memang itu gudang kebusukan - PAS dan PKR. Naik dibiarkan kesihan akam mati sendirian, jadi berikanllah perlindungan kerana itupun makhluk Tuhan.

Pas dan PKR lainlah, habis mnis sepah dibuang. Buang karan jer layan PAS dan PKR ni, ADUN dia pun nak tunjuk bogel. Macamana punya bodoh boleh pilih pelakun bogel dan peliwat jadi pemimpin. Mungkin ini HALAL pada PAS dan PKR, kan?

bluehope said...

Kau mmg berani... BlueHope tabik spring sama lu. Ingat kt cikgu wktu sklah rndah dulu, nyanyi lagu 'lompat si katak lompat'. BlueHope punyer lompat.....sakan habis!

pejuwang said...

kita tetap kena berhati2 dgn katak spesis formosan yg mampu membunuh tuan rumah.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...