14 October, 2009

BISIKAN SYAITAN?: SYAITAN MENJERIT

Anu-ar: Nama cek ada ka? TG: Mu jange bimbe, mugo kochi ambo pege, kalu ambo kato mu bulih masuk, bulih lah mu masuk. Namo dale buku ni tok usoh mu wrusing, deh!





1. PWTC - masih awal untuk melaporkan perkembangan PAU (khas) yang baru bermula. Kita ingin melihat perubahan yang dijanjikan apakah ianya satu kenyataan atau hanya angan-angan mat jenin - yang ayamnya menang tetapi kampong tergadai. Seluar kertasnya juga koyak-rabak lalu 'menyerlahkan' kemaluannya. Saya cuma nak bagi peringat, PRU hanya dihujung selekoh!


2. Musyidul Am PAS anggap kemenangan BN pada PRK DUN Bagan Pinang kelmarin, sebagai tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik. Ulamak Politik itu juga dilaporkan berkata ' Langkah yang diambil UMNO terbalik dan cukup memalukan. Cina (MCA) yang tidak beragama Islam tolak Presiden dan Timbalan Presiden kerana didakwa terlibat skandal wang dan perempuan' - demikian dilaporkan oleh akhbar Sinar keluaran Selasa, 13hb Oktober MS 4.

Saya nak tanya tok guru yang dah nyanyuk ini bagaimana pula dengan PAS yang mengiktiraf Anu-ar yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang melibatkan jumlah yang lebih besar dari TS Isa? Anu-ar juga terlibat dengan skandal dengan lelaki. Dimana pula moral PAS yang menerima Anu-ar menjadi pemimpin PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen? Mungkin kerana usia lanjutnya membuatkan otaknya juga semakin mengecut maka dia sudah lupa hal itu. TS Isa mengunakan duitnya untuk diberikan kepada pemilih tetapi Anu-ar mengambil duit rakyat untuk dirinya. Ada berbeza tu Tok Guru.

Nampaknya syaitan didalam dada mereka ini (pemimpin PAS dan sekutu dalam PR serta pengikut dan penyokong mereka) masih liat untuk meninggalkannya. Mungkin sudah bersarang kuat didalam hati mereka yang hitam itu. Kerana itulah kita harus bezakan antara ulamak sebenar dengan ulamak politik. Mengunapakai kata-kata tok guru - ulamak sebenar 'suku', ulamak politik 'suku'. (Maksudnya: ulamak sebenar lain dan ulamak politik lain)

Seperkara lagi, kesalahan TS Isa dalam UMNO telah dihukum oleh UMNO. Tetapi apakah hak tok guru dan PAS untuk tidak menerima TS Isa semula? Apakah pengampunan dan taubat seperti juga syurga yang hanya dijaga pintunya oleh orang-orang PAS? Dalam kata lain; tok guru jugalah penjaga pintu taubat selain jadi penjaga pintu syurga?

Kekalahan PAS di Bagan Pinang menyaksikan bapak syaitan menjerit-jerit dan menyalahkan orang lain apabila PAS ditolak oleh rakyat dan pengundi di Bagan Pinang.

9 comments:

Anak Lenggong said...

Sememangnya pak lobai janggut sejemput ni dah nyanyok..dia tak iangt apa yang telah dia kata...dulu masa dia sokong nuar brahi dia kata "kita kena ambik orang yang telah insaf daripada kesalahan nya...kah kah kah..cukup mudah dia memaafkan orang sekira mereka ni dalam kelompok dia. Apa pula cerita ngan zaib ibrahim..padahal dia dipersalahkan sama dengan tuduhan yang dikenakan terhadap isa...dia lupa kut.

Sepatutnya bila kalah kena laa terima kenyataan so jangan dok memekak menyalahkan orang lain..tengok umno dah berapa kali kalah dalam PRK tapi dok diam jee sambil menerima hakikat bahawa itu kemahuan pengundi setempat dan membuat analisa mengapa kekalahan di terima. Bukan nya seperti golongan pak lobai tu kata mereka lah yang terlebih islam daripada orang lain tetapi tidak mau percaya kepada qada dan qadar..dan mereka tak mau menerima hakikat nya yang pengundi setempat telah menolak mereka...itu lah bezanya diantara PAS/PKR dengan Umno.

Media Cyber said...

itulah, kenyataan nik aziz berat sebelah. dengan kawan dia sanggup jaga hati, dengan lawan dia kutuk mati2an.. sedangkan kawan dia itulah yang pernah menjatuhkan dia.. yang pernah mengsonglap duit rakyat lebih banyak daripada apa yang dilakukan oleh ISA kot?

Arif Omar said...

taNYA TGNA TU, SIAPA MP PENGKALAN CHEPA. MP INI PUN LAGI TERUK TERLIBAT DENGAN CURI BALAK THAILAND DI SEMPADAN TANAH MERAH PADA 1990. 12 PEGAWAI HUTAN DITANGKAP OLEH PIHAK THAI. DIALAH BERI FATWA CURI BALAK KAFIR TAK SALAH. TGNA TAHU BENAR KISAH NI. SEBAB ITU DULUNYA SEMASA MP INI JADI TIM MB KN , TGNA BILA PERGI BERCUTI PEMANGKUAN MB AKAN DIBERI KEPADA DUA ORANG. SATU ADUN KEMUMIN UNTUK HAL-HAL PROJEK DAN PERHUTANAN DAN MP P CHEPA INI UNTUK JAGA HAL PENTADBIRAN SAHAJA. EXCO PERHUTANAN JUGA DIGANTI DENGAN ADUN KEMUMIN SELEPAS KEJADIAN 12 PEGAWAI HUTAN DITANGKAP OLEH NAVIK THAI KERANA DISYAKKI CURI BALAK.

Anonymous said...

sapa kata n ajis ulama islam? sapa kat pas tu parti islam?

noi/moi said...

Harapan Najib agar ahli UMNO sanggup lakukan perubahan untuk menjamin jangka hayat Umno bertahan lama umpama satu igauan yang berlaku disubuh hari oeleh mereka yang kemarau kemenangan selepas tujuh perlawanan. Dengan lain perkataan umno memerlukan penjenamaan semula dengan melakukan perubahan. Jika Umno dan ahlinya berubah bererti “Penjahanaman Semula Umno” akan berlaku. Pada dasarnya sudah tiada lagi kebaikan dalam Umno.

Kenapa Najib masih berharap yang UMNO masih memiliki jenama yang boleh diterima rakyat? Jika Najib jadikan kemenangan Bagan Pinang yang diraih selepas kemarau tujuh perlawanan, itu adalah kesilapan yang paling besar dilakuakan. Kerana Bagan Pinang telah mengiktiraf Umno sebagai parti rasuah sepanjang zaman dari dulu kini selamanya.

Bermimpikah Najib mengharapkan masih ada elemen perpaduan, budaya hidup, sikap dan pemikiran selepas peristiwa menyeret kepala lembu menghina penganut Hindu yang dibiayai Umno di syeksen 23 Shah Alam Selangor. Najib berharap penjemanaan semula hanya dapat dilakukan sekiranya ahli sanggup melakukan perubahan. Perubahan apa yang Najib maksudkan? Tiada kebaikan dalam Umno.

Najib memberi contoh keutamaan perpaduan dan permaufakatan dalam gerak kerja yang memenangkan Umno di Bagan Pinang. Saya tidak pernah setuju angin dengan Najib sebelum ini, tetapi saya bersetuju dengan Najib bahawa kemenangan Umno di Bagan Pinang memang kerana gerak kerja dan permaufakatan yang rapi tetapi ianya bukan diantara ahli.

Ahli hanya dibayar dan diupah untuk menakut-nakut dan menyerang orang lain. RM100.00 untuk upah baling batu. Murahnye.. Permaufakatan yang sebenar dan benar-benar memberi impak kemenangan kepada BN ialah permaufakatan dan perancangan kerja yang baik antara Umno, Polis dan SPR dalam menguruskan undi pos. Itu saja. Siapalah Umno tanpa penipuan dan Rasuah?



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

bRAVEhEART said...

noi/moi said apa pulak betul nya PR memilih Anu-ar? Jangan menuding satu jari kearah lain jika 4 lagi jarimu menuding kearah diri sendiri. Tohmahan sedemikian sudah tidak digemari rakyat. PR sudah tidak berupaya mentadbir ditempat mereka berkuasa. Bersihkan PR dari Anu-ar yang memberi imej buruk PR selama ini ~ bRAVEhEART

kifli said...

Azeez Gedebab Apa Habaq?



Tiba-tiba rindunya saya dengan Ketua Putra Umno yang badannya gedebab, tapi sekali kena peluk sudah lebam badannya yang bernama Azeez tu. Lepas penamaan calon dia dilaporkan masuk hospital dan kini kabar beritanya entah di mana. Siapa yang tau di mana Azeez? Masih di hospital lagikah dia? Atau dia sudah keluar hospital dengan kesan-kesan lebam yang masih tak hilang kerana kulitnya memang lebam dari rambut hingga ke kaki sejak dilahirkan?


Apapun, saya sangat rindu untuk tahu berita mengenai Azeez. Saya juga ingin tahu perkembangan siasatan polis terhadap kes lebam Azeez. Suspeknya sudah ditahankah? Tak kan pula lepas hampir 2 minggu polis kita yang terkenal cekap dalam kes-kes pelik itu masih tak dapat selesaikan kes sekecil itu?


Tak kan pula polis dah tutup kes pula, kot? Tak kan pula selepas disiasat dan mendapati ia cuma cerita rekaan, polis pun tutup fail? Tak kan pula lepas Isa menang besar, cerita putra Umno badan besar itu tidak lagi jadi kes besar? Tak kan pula, kan?

srikandi melayu said...

salam...

kifli yg duk sibuk dgn kes azeez tu apasal??nak buat analisis bedah siasat kekalahan PAS di bagan pinag ker ??
wakakakakakakaakaka

Apa pulak kes nye dgn penyokong KEBAL PR yg ditetak parang tanpa mendtgkn luka tu woii???

alblanco said...

yang menang kat bagan pinang nampak..yang kalah dua tiga tempat tak nampak ker...kalo UMNOGok boleh buat bedah siasat kenaper Pas tak boleh ker ?...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...