Suara Anak Pahang - Perlu Baca

15 October, 2009

PAU KHAS DAN BISIKAN SYAITAN PRK - Edited 12:20PM

Gambar Hiasan: Tidak ada kena mengena dengan yang sedang buat post-mortem selepas PRK N31, atau yang sedang bersidang, tidak juga berkenaan dengan yang pernah bersidang dibawah pokok dulu.




1. Persidangan sayap UMNO; Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri telah berlangsung. Saya hilang arah dalam memilih mana yang harus saya utamakan untuk berikan lebih fokus bagi tujuan penulisan saya nanti. Ketiga-tiganya dipimpin oleh ketua yang baru yang mungkin cuba membuat perubahan setakat yang termampu untuk dilihat sebagai ikon kepada perubahan dalam UMNO itu sendiri.

Pergerakan Pemuda tentu menarik kerana ketuanya yang penuh sensasi dan ’berwawasan’ besar diharap akan membawa idea-idea besar juga. (Klik baca idea besar KJ laporan Parpukari) Wanita juga menarik kerana selepas sekian lamanya dibawah ’rejim’ Rafidah yang dilabelkan sebagai kroni Mahathir, kemanakah arah yang akan dibawa oleh Shahrizat?. Puteri tentunya menarik kerana akan mencerahkan segala biji mata teutama diwaktu tengahari ketika mata mula layu.

Mungkin kerana suasana sebenar berlum bermula lagi, setakat ini saya tidak nampak ada apa-apa pembaharuan yang dilaksanakan. Persidangan masih berjalan dalam keadaan serupa dahulu. Perwakilan masih lagi hanya mencuri tumpuan dengan berpantun seloka, namun tidak nampak ada keseriusan dalam perbahasan, yang ada hanya cadangan yang sewenang-wenang nya dipersetujui – sebulat suara katanya - kerana kehendak untuk berbahas itu kurang. Saya belum yakin bahawa politik melayu akan berubah dalam waktu terdekat. Walau apa pun yang dinamakan: penjenamaan semula, transformasi atau apa pun, ianya hanya berlaku diluaran, tetapi jantung dan intipatinya UMNO belum berubah.

Jangan kita mimpikan UMNO akan berani mencorakkan parti sepertimana yang dilakukan oleh MCA. Kerana politik UMNO (dan lain-lain parti Melayu juga) masih jauh ketinggalan dibelakang. Melayu masih belum cukup bijak dalam berpolitik dan berpesatuan.

Saya cuma mampu berharap agar hari esok (15hb Okt 2009) akan membawa perubahan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Melayu dinegara ini apabila perhimpunan agung UMNO berlangsung dan DS PM memberikan ucapdasar seterusnya memulakan persidangan.


Edited:
>> Sewaktu PM membuat ucapdasar, saya sudah meninggalkan PWTC. Jadi adalah tidak adil untuk membuat ulasan mengenai sebuah buku hanya dari melihat kulitnya. Bagaimanapun melalui pemerhatian dari media arus perdana dan pendapat banyak pihak dapat saya membuat rumusan awal, begini:

Bahawa ucapan PM yang pertama kali sebagai Presiden UMNO yang bertajuk 'Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan' walau hambar dipermulaan namun hangat dan bersemangat dihujungnya. Mampu menyuntik semangat ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya. Intipatinya menjadikan sejarah sebagai teladan - UMNO jatuh dan bangun, namun sentiasa berjaya bangkit semula dengan semangat dan perpaduan yang lebih kukuh.

Ucapan yang penuh pengharapan, yang lengkap dari seorang Presiden parti untuk melihat UMNO berdiri dengan lebih gagah dalam melaksanakan transformasinya, namun perlaksanaannya akan bagaimana? Siapa yang akan melaksanakannya? Itulah asas kejayaan transformasi dalam UMNO yang semua pihak nantikan. Saya tertarik dengan maksud petikan dari kata Saidina Ali " Kebenaran Yang Tidak Tersusun Akan Dapat Di Musnahkan Oleh Kebathilan Yang Terancang"<<



2. Mengenai PRK N31, masih ada suara-suara dari pihak yang telah tewas namun masih mempertikaikan kekalahan mereka dan meletakkan kesalahan pada pihak lain. Antara isu yang diperbesarkan adalah isu undi pos. Semua pihak sudah maklum bahawa sekiranya semua undin pos itu dimenangi oleh calon PAS pun beliau masih belum mampu untuk memenangi PRK tersebut.

PAS pun sedar akan hal ini namun masih memainkan isu berkenaan bagi menutup kelemahan mereka dan menutup kenyataan bahawa rakyat tidak menghendaki mereka.

Dalam kempen mereka membuat tohmahan bahawa TS Isa bukan calon yang sesuai dan memilih TS Isa adalah menyokong perbuatan rasuah politik. Walhal mereka gentar dengan kredebaliti TS Isa dan jasa-jasa yang telah diberikan selama menjadi MB N9. Disaat mereka mengutuk perbuatan rasuah politik TS Isa mereka lupa bahawa mereka juga menyokong dan menyanjung DS Anu-ar yang juga telah disabitkan dengan salahguna kuasa dan penyelewengan yang nilainya lebih besar lagi.

Disaat mereka mencerca dan mengatakan bahawa TS Isa adalah calon yang tidak diterima rakyat mereka juga lupa bahawa calon mereka Zulkefly Omar lah sebenarnya calon yang tidak dikehendaki rakyat kerana telah 3 kali ditolak dalam Pilihanraya sebelum ini.

Tapi, inilah sikap PAS dan PR sebenarnya. Apapun yang ada pada mereka dan datang dari mereka dianggap baik dan sempurna namun apapun yang ada dan datang dari pihak UMNO/BN semuanya tidak baik dan tidak sempurna. (Klik untuk baca - syabas pengundi Bagan Pinang yang berani menolak calon pembangkang yang hampas itu)

Rakyat telah menolak PAS dan PR. Rakyat tidak lagi mengkehendaki DS Nik Aziz dan DS Anu-ar. Mereka berdua haruslah mengundurkan diri dengan bermaruah demi menjamin kesinambungan PR dan PAS sebagai parti alternatif bagi mengimbangi politik negara. Pintu untuk mengundur diri telah terbuka luas, DS Nik Aziz dan DS Anu-ar, silalah melangkah keluar gelanggang sebelum anda disingkirkan dengan cara terhina.


p.s.

Salam perjuangan untuk sahabat-sahabat saya yang sedang bersidang;
1. Ketua UMNO Bahagian Temerloh
2. Ketua Pemuda Bahagian Jerantut @ Timbalan Ketua Bahagian
3. Ketua Puteri UMNO Gua Musang

Esok saya tidak lagi dapat bersama di PWTC kerana panggilan tugas ke pedalaman di Gua Musang. Bro blogger Gomo, harap mendapat untuk besar sepanjang PAU Khas ini berlangsung.(Klik baca posting terkini blog gomo)

4 comments:

bRAVEhEART said...

Salam,
Walaupun tidak lagi seperti dulu, selalu bersama dan rapat dalam perhubungan namun sesekali hadir disini dan memberi komen sudah cukup merasa kehadiran yang memberikan makna ~ bRAVEhEART

YANG GAMBI said...

Presiden bercakap betapa pentingnya kepimpinan UMNO kembali mengutamakan kebajikan rakyat, lupakan keinginan nafsu mencari kedudukan dan kekayaan semata-mata..

Wanitanya, mendesak 30% kuasa pemutus diberi kepada Wanita, Pemuda, mendesak agar dibanyakkan melatik Senator dari kalangan Pemuda dan Puteri jangan hanya jadikan mereka sebagai petugas kempen piklihan raya...

Kalau semua sayap-sayap UMNO mendesak mahukan kedudukan tinggi dalam parti, apakah tercapai seruan Presiden dalam melaksanakann 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..

orang lepih said...

Mungkinkah sayap-sayap UMNO itu cuba menterjemahkan gagasan 1Malaysia ke peringkat akar umbi dalam parti?

Anonymous said...

Salam. Jangan nanti hanya cakap tak serupa bikin dah lah.Kita memerlukan UMNO untuk berubah kearah yg lebih mantap membela rakyat.Perubahan yg rakyat mahukan.Jika kehendak rakyat dituruti,insyaalah PRU akan dtg nanti rakuay akan kembali kepada UMNO.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...