Suara Anak Pahang - Perlu Baca

09 October, 2009

PARTI AJARAN SESAT: FATWA-FATWA SESAT 2

Tabik latuk, wa Li-Aa-Pee punya olang. Itu pilihan laya ale undi PAS juga, ma. Itu sulege lu ale jage ke? Wa pun mau masuk lalam, ma. Muleh kasi kau tim ka? Sap-sap sui le! Ini tengok lu pnya gamba ale lapat pahale ka?




1.Marah benar mereka kepada saya. Hanya kerana saya berkata yang benar mengenai pemimpin maksum mereka yang nyata salah. Heran juga saya, apabila saya menghentam pemimpin kerajaan, mereka langsung tak bersuara - marah tidak dan sokong pun tidak - (mungkin sorak dalam hati saja)- tetapi bila saya menghentam pemimpin mereka bukan main panas buntut mereka. Inilah sikap sebenar pengikut dan penyokong PAS yang taksub.

2.Cakap Ulamak PAS ini sukar difahami, berbelit-belit. Semakin besar serban dikepala mereka semakin banyak belit kata mereka. Mungkin orang biasa macam saya ni payah nak faham bahasa-bahasa syurga. Tetapi kalau terlalu banyak belitnya pun susah juga kerana boleh juga membawa mereka ke neraka pula.

Kita lihat apa punya belit yang ulamak maksum ni telah katakan kepada seluruh Malaysia:


1. Mengkafirkan UMNO:

1. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

2. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

3. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

4. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

5. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


2. Hukum Mencarut:

1. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

2. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.


3. Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat:

1. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

2. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


4. Kepentingan politik PAS:

1. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

2. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

3. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

4. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


5. Undi PAS masuk syurga:

1. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


5. Arak:

1. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

2. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.


3. Banyak laporan dari media arus perdana serta blog-blog membayangkan bahawa PAS akan tewas berikutan dengan ceramah-ceramah mereka nampak hambar dan kurang dikunjungi. Kerana itu mereka sudah tidak keruan dan menjalankan taktik-taktik kotornya dan provokasi untuk memperlihatkan bahawa kerajaan ini zalim dan tidak pernah berbuat kebaikan kepada rakyat. Mereka sajalah yang betul seolah-olah dunia dan bahkan syurga ini hanya untuk mereka dan golongan mereka saja. Bahkan Islam lain dinegara-negara Islam lain juga tidak layak memasuki syurga. Sempit sungguh fikiran mereka ini.


4. Kepada petugas-petugas UMNO/BN di Bagan Pinang, saya nasihatkan supaya jangan terpedaya dan menganggap kemenangan ditangan UMNO/BN hanya kerana ceramah PAS kelihatan tidak dapat sambutan. Sebaliknya jalankanlah usaha hingga kesaat-saat akhir kerana pada setiap ceramah para ulamak PAS ini walaupun nampak tiada manusia yang mengikutinya namun mereka banyak dikelilingi oleh para-para syaitan yang akan mengundi mereka kelak. (Pengundi Syaitan - yang lebih hebat dari Pengundi Pos dan Pengundi Hantu) - Bukankah PAS pun sudah sanggup bersekongkol dengan syaitan?


5. Apa komen penyokong taksub PAS jika blog ini ditulis oleh penyokong UMNO, apa pula komen mereka jika blog ini ditulis oleh penyokong mereka? (Sila klik disini untuk baca blog suara syaitan ini)

7 comments:

Anonymous said...

PAS adalah...Parti Ajaran Sesat

kifli said...

YA ALLAH..ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA..
ENGKAULAH YANG MENCIPTA LAGIT DAN BUMI..
ENGKAULAH YANG MENGHIDUP DAN MEMATIKAN CIPTAAN MU..
KAMI SEDANG MENEGAKKAN AGAMA MU YA ALLAH..
TAPI KAMI DISERANG OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM YA ALLAH..
PERMUDAHKANLAH KERJA-KERJA KAMI YA ALLAH...
HANYA PADA MU KAMI MEMOHON YA ALLAH...
HANYA PADA MU KAMI BERSERAH YA ALLAH..
KAU TIMPAKANLAH BALA SEBERAT-BERATNYA
TERHADAP ORANG MENYENGUTUKAN MU YA ALLAH..
TERMASUK ORANG-ORANG UMNO YANG MENYENGUTUKAN MU YA ALLAH
AMIN.. YA RABBAL ALAMIN....

KALAU ENGKAU HENDAK TURUNKAN BALA,BIARLAH ORANG-ORANG UMNO SAHAJA...
KAMI TAK NAK TERBABIT SAMA...KAMI DAH BERUSAHA UNTUK MENEGAKKAN YANG BENAR TETAPI MEREKA INI TETAP MEMILIH JALAN YANG SALAH..
YA ALLAH KAU JAUHILAH BALA MU DARI KAMI YANG MENEGAKKAN AGAMA MU

AMIN!!!!

bRAVEhEART said...

YA ALLAH..ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA..
ENGKAULAH YANG MENCIPTA LAGIT DAN BUMI..
ENGKAULAH YANG MENGHIDUP DAN MEMATIKAN CIPTAAN MU..
KAMI SEDANG MENEGAKKAN AGAMA MU YA ALLAH..
TAPI KAMI DISERANG OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM YA ALLAH.Yang bertopengkan Islam.
PERMUDAHKANLAH KERJA-KERJA KAMI YA ALLAH...
HANYA PADA MU KAMI MEMOHON YA ALLAH...
HANYA PADA MU KAMI BERSERAH YA ALLAH..
KAU TIMPAKANLAH BALA SEBERAT-BERATNYA
TERHADAP ORANG MENYENGUTUKAN MU YA ALLAH..
TERMASUK ORANG-ORANG PAS YANG MENYENGUTUKAN MU YA ALLAH
AMIN.. YA RABBAL ALAMIN....

KALAU ENGKAU HENDAK TURUNKAN BALA,BIARLAH ORANG-ORANG PAS SAHAJA...
KAMI TAK NAK TERBABIT SAMA...KAMI DAH BERUSAHA UNTUK MENEGAKKAN YANG BENAR TETAPI MEREKA INI TETAP MEMILIH JALAN YANG SALAH..
YA ALLAH KAU JAUHILAH BALA MU DARI KAMI YANG MENEGAKKAN AGAMA MU. Bukakanlah juga pintu hati saudara-saudara kami yang tidak dapat menerima kebenaran dan menganggap kesalahan mereka itu adalah kebenaran yang sebenar-benarnya.

AMIN!!!!

YANG GAMBI said...

YA ALLAH..ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA..

ENGKAULAH YANG MENCIPTA LAGIT DAN BUMI..

ENGKAULAH YANG MENGHIDUP DAN MEMATIKAN CIPTAAN MU..

KAMI SEDANG MENEGAKKAN AGAMA MU YA ALLAH..

TAPI KAMI DISERANG OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM YA ALLAH, DARI KAUM YANG BERTOPENGKAN ISLAM,
YANG MENJUAL AGAMA MU YA ALLAH..

PERMUDAHKANLAH KERJA-KERJA KAMI YA ALLAH...

HANYA PADA MU KAMI MEMOHON YA ALLAH...

HANYA PADA MU KAMI BERSERAH YA ALLAH..

KAU TIMPAKANLAH BALA SEBERAT-BERATNYA TERHADAP ORANG-ORANG MENYENGUTUKAN MU YA ALLAH.....

ENGKAU TURUNKAN BALA,TERHADAP ORANG-ORANG PAS KHAWARIJ YANG MENDUSTAKAN, MENJUALKAN MARUAH AGAMAMU YA ALLAH.......
MEREKA YANG SENGAJA MENYESATKAN UMAT ISLAM KE JALAN SYAITAN BERSAMA ORANG-ORANG KAFIR YA ALLAH...

LINDUNGILAH KAMI ORANG-ORANG UMNO YA ALLAH...

KAMI YANG BERUSAHA UNTUK MENEGAKKAN YANG BENAR TETAPI PUAK PAS KHAWARIJ INI TETAP MEMILIH JALAN YANG SALAH..

YA ALLAH KAU JAUHILAH BALA MU DARI KAMI YANG MENEGAKKAN AGAMA MU.
AMIN!!!! YA RABBAL ALAMIN !!!!!

Anonymous said...

Kah...kah...kah....mampos kalau mcaam ni...
Org ni salahkan org nu....org nu ..salahkan org ni...

Masing2 tak mahu mengaku salah....

Hai ....bosan...bosan.....

Anonymous said...

SEBENARNYA DUA DUA PUN KENA LAKNAT SAMA AJE IBLIS DENGAN SETAN

bRAVEhEARTh said...

Ya, dan orang atau pihak ke-3 juga akan mendapat laknat ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...