Suara Anak Pahang - Perlu Baca

22 October, 2009

SATU MALAYSIA: BERSUARA DEMI RAKYAT - JERANTUT BANDAR 'PUNGKOR'

Ling Ling Tukang Jahit Perempuan - perempuan-perempuan yang perlu dijahit, bolehlah datang ke Jerantut.



'



1.
Dalam perjalanan balik dari Gua Musang, saya berkesempatan bertemu kawan-kawan di Jerantut. Kami bersembang banyak hal: pelancongan, politik, ekonomi dan alam sekitar. Kami perbandingkan kebersihan bandar Jerantut dengan Kuala Lipis - yang nyatanya adalah bandar Jerantut sebagai pintu masuk ke Taman Negara sangat memalukan kerana selain tidak menampakkan keindahannya ia juga sangat ’menyerlahkan’ kekotorannya.

Ahli Majlis Daerah yang bijaksana dan 'bijaksini', disarankan berikan tumpuan yang lebih dan lebih fokus terhadap tugas dan tanggung jawab membangunkan Jerantut agar kita dapat berbangga Jerantut sebagai pintu masuk ke Taman Negara.

Pihak-pihak yang terlibat dalam memilih ahli majlis juga hendaklah lebih prihatin dan memilih mereka yang berkelayakan dan jangan 'tangkap muat' saja kerana banyak lagi yang dapat diperbaiki di Jerantut ini demi kesejahteraan rakyat. Bukanlah hanya kerana mereka terpilih sebagai jawatankuasa diperingkat bahagian maka mereka telah layak menjadi ahli majlis.

Dengar khabarnya mereka beberapa kali mengadakan lawatan ke luar negara, namun apabila pulang tidak ada pengalaman yang boleh membangunkan bandar Jerantut yang dibawa balik selain dari cenderamata dari shopping ’sakan’ mereka

Selain itu ’Majlis’ juga harus lebih telus, dengar khabar ada ahli majlis yang menjalankan perniagaan dengan menyewa Rumah Rehat namun tidak pernah membayar sewa bulanannya. Sekiranya ini benar, mata dan hati kita harus dibuka luas-luas. Jangan kecewakan rakyat dengan konspirasi-konspirasi ciptaan pihak penguasa dan pemerintah. Mana konsep Satu Malaysia yang diterapkan?


2.
Bandar Temerloh terkenal dengan bandar ’Ikan Patin’nya, Maran dikenali dengan bandar ’Ayam Kampong’nya, saya bertanya – Jerantut bandar apa? Dengan selamba sahabat saya menjawab – Jerantut terkenal sebagai bandar ’pungkor’ (bermaksud cakap besar dengan tujuan berbohong) – kerana itu untuk berjaya di Jerantut kenalah pandai cakap besar dan berbohong @ ’pungkor’

Janganlah hairan jika ada orang yang mendapat jawatan dalam sesuatu organisasi dengan sijil yang dibeli di luar negara. Sahabat saya juga mempertikaikan perlantikan si–anu sebagai ???, apa kemahiran yang dia ada selain mengampu? Yang terpilih untuk sesuatu jawatan dengan tiada kemahiran satu hal, namun yang diharapkan bijak tetapi memilih yang tiada kemahiran ini pun suatu hal lagi.


Sahabat saya ini juga menceritakan tentang politik dalaman Pemuda dan Wanita Bahagian, mengenai pemilihan yang lalu; tentang Dato’ Azizan, Dato’ Dr. Shukry, Dato’ Nazillah...semuanya menarik tentang politik. Mungkin Jerantut adalah bandar yang hebat dengan politik dan politiking. Soalnya, dia yang dulunya Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda kini sudah hilang percaya terhadap parti atas alasan segalanya boleh dibeli.



3.
Saya teringat kata-kata Pak Ya (ayahanda dalam ’pekida’): Kalau orang cerdik memimpin orang bodoh - orang bodoh akan jadi cerdik, tetapi kalau orang bodoh memimpin orang cerdik - orang cerdik akan jadi bodoh.


'Baiklah Joe, Wan Ju, Rosdi, Li Garok dan lain-lain, saya kena pergi dulu kerana perjalanan saya masih jauh. Kita jumpa lagi nanti, masih banyak yang saya ingin ketahui disini'. Saya tinggalkan mereka di Lot 702 dengan sedikit harapan - untuk berubah!

4 comments:

Anonymous said...

Saudara Berani Hati,

Pungkor itu becakap tidak benar dan tidak betul ye. Kalau begitu bandar yang kotor itu sebenar nya yang paling terbersih. Ahli Majlis dan pemimpin nya paling terpandai dan paling mengetahui. Pemimpin nya paling terpandai dan habis belajar. Ooi orang jerantut terpasih bahasa Shih Huang Ti, tak cukup buku dan kertas dinding mereka lanyak, itu seni khat ke. Apa itu ADUN ...... Bikin hah.
Cuba fikir luar lingkungan. Orang kurang pandai dan geromal kuat boleh survive di tempat ini.


Cucu tok selampit.

Godisuno said...

eheheheh UMNO pahang sebenarnya dalam zon selesa. Mungkin mereka juga patut disedarkan dalam PRU 13 nanti. Orang politik hanya akan sedar jika kalah undi je. Tu pun kadang salahkan rakyat bukan diri sendiri. Jangan sampai rakyat menjadi meluat dan menyampah kepada UMNO. yang salah bukan UMNO, tetapi pemimpin-pemimpinnya.

Anonymous said...

Salam. UMNO dan parti seangkatan dengannya tak salah tetapi pemimpin pemimpin parti tersebut yg bersalah.kerana itu sebenarnya pengundi mestilah cerdik jangan bodoh. kalau pengundi bodoh jadilah pemimpin yg tak layak memimpin jadi pemimpin kerana undi atas dasar parti.dan yg paling bodoh adalah pucuk pimpinan parti kerana meletakkan pemimpin yg bodoh utk memimpin.

sri tribuana said...

Saudaraku braveheart,

Lima syarat nk jadi ahli majlis iaitu 4D: Datang, duduk, diam, duit. Jadi nk bincang apa?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...