13 October, 2009

BISIKAN SYAITAN?: PAHANG DAILY ONLINE DAN BLOGGER HAPRAK

Dengarlah bisikan syaitan dari PDO yang memutarbelitkan segala fakta demi kepentingan politik puak mereka.


Nota: Beberapa ini BH bersama rakan-rakan blogger Pahang akan berada PWTC sebagai pemerhati di Perhimpunan Agung UMNO.

Klik ke blog sahabat saya Penghuni Gua



PRK N31 telah selesai. Rakyat telah membuat pilihan. Wakil rakyat telah dipilih secara demokrasi. Namun masih ada suara-suara sumbang yang membawa rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu. Suara ini datangnya dari mereka yang merasakan bahawa merekalah penghuni syurga. Merekalah yang selalu benar dan orang lain semuanya salah.

Bacalah blog-blog pembangkang dan kita akan dapat rasakan betapa mereka ini merasakan bahawa mereka tidak pernah bersalah. Berikut sebahagian dari blog oleh pemimpin mereka:
1. UMNO menang di Bagan Pinang tapi kalah menentang rasuah. ( Salahuddin Ayub )
2. Antara maruah dan rasuah. UMNO hanya menang rasuah tapi kalah maruah. ( YB Siti Mariah ).
3. . Pengundi Bagan Pinang pilih rasuah dari maruah. ( Dr Lo Lo ).
4. Kalah dalam menang. Menang menentang rasuah ( Ustat Al Mahfuz ).

Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat sudah bosan dengan lakonan mereka selama ini. Mana janji mereka yang tidak pernah tertunai? Apa yang jelas kelihatan adalah mereka ini lebih ganas dari BN yang selalu mereka tohmahkan apabila mereka mendapat kuasa. Lihat apa jadi pada negeri-negeri dibawah pendatbiran mereka.

Blogger Bakaq Penarik Beca juga sudah membayangkan kebosanannya terhadap kepimpinan PAS dan PR dewasa ini. Beliau bukan setakat menyarankan agar diadakan pembedahan terhadap pentadbiran PAS tetapi beliau patut menyarankan agar dilakukan Pembelahan terhadap PAS.

Rakyat sudah bosan terhadap media baru @ internet @ blog terutamanya dari pihak pembangkang yang selalu dan terlalu melakukan pengubahan fakta. Mereka terlalu menunjukkan bahawa BN/UMNO sentiasa salah dan tidak ada langsung yang betul. Sedangkan itu adalah sesuatu yang mustahil. Tidak mungkin tidak ada langsung kebaikan yang pernah dilakukan oleh BN selama ini? Rakyat tidaklah sebodoh itu untuk ditipu.

Di Pahang, saluran berita bisikan syaitan ini adalah Pahang Daily Online a.k.a. PDO. Setiap posting dan klip video yang disiarkannya tidak pernah langsung memihak sedikitpun kepada kerajaan @ BN/UMNO. Sehingga kebelakangan ini kebanyakan pengunjungnya memberikan respon yang tidak lagi memihak kepada mereka.

Saya percaya kepada kebebasan bersuara, tetapi saya juga percaya kepada kebebasan yang bermakna adalah kebebasan yang ber-etika dengan menghormati sama pihak lain. Tugas wartawan dan blogger adalah melaporkan dan mencatatkan sesuatu yang benar dengan menghindari kebohongan, namun mereka ini sanggup melakukan itu hanya kerana ingin mendapat tempat dihati rakyat dan pembaca.

Bagi jangka pendek, mereka memang berjaya, namun akhirnya apabila rakyat sedar apa yang mereka lakukan itu, maka rakyat akan menolaknya. Dan ini telah diterjemahkan di PRK N31 yang baru lalu. Rakyat telah melihat kebenaran dan dapat membezakannya. Apa sangatlah kesalahan TS Isa dibandingkan dengan Anu-ar yang mereka agung-agungkan itu? Hehehe!

4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

artikel yg mantap bro !!

Anak Lenggong said...

BEGITU JUGA DENGAN BLOGGER POJI PERISIK RAKYAT ..MAMAT HIDUNG KEMBANG DAN TELINGANCAPANG NI ASYIK DOK NYALAH KERAJAAN DENGAN SUMBER FITNAH DIA...APA NAK BUAT BUDAK SEKOR NI BLOGGER UPAHAN HUSAM DAN NIZAR..KALAU TAK NGTUK KERAJAAN NANTI PULUS TAK MASYUKKK

Anonymous said...

salam bh,

hati yg buta, makin lama ia akan celik juga tp bile hati dah mati sukar utk mereka terima kenyataan & kebenaran. Dari mana dtgnya semangat dan roh utk di tiupkn kedlm kotak fikiran mereka hanya Allah saja yg tentukan. Tapi Alhamdullilah, sokongan kpd BN kembali ke asal dan PR harus terima kenyataan, ini adalah simbolik bahawa rakyat merampas kembali kepercayaan yg disia-siakan PR. Its Over

Anonymous said...

Srikendi melayu.Biar mata yg buta asal jgn hati yg buta.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...