Suara Anak Pahang - Perlu Baca

12 October, 2009

TAHNIAH TS ISA DAN UMNO/BN





1. Keputusan Penuh PRK DUN31 sepertimana diumumkan semalam:


Keputusan Pilihanraya N 31

Tan Sri Mohd Isa Samad BN 8013

Zulkifli Mohd Omar PAS 2578

Majoriti 5435

Jumlah Mengundi 11170

Peratus 82%

Undi Rosak 223



2. Hari ini posting saya agak lewat sedikit dari biasa, maklumlah masih terasa kepenatan dari suasana raya @ pilihanraya. Balik ke Pahang dari Bagan Pinang melalui Bahau, jalan yang berliku-liku. Sengaja saya memilih jalan itu kerana bimbang kalau melalui LPT bimbang akan terberhenti di Cheras pulak atas sesuatu sebab.

3. Tinggalkan Bagan Pinang sewaktu mereka dalam suasana perayaan dan meraikan dengan penuh gembira kemenangan calon BN TS Isa. Saya pun gembira tetapi saya pendamkan perasaan itu.

4. Saya menanya diri sendiri apakah faktor kemenangan calon BN itu dan apakah ini boleh dirujuk sebagai indicator / petunjuk kepada sokongan rakyat terhadap BN?

5. Secara kasarnya saya merumuskan antara faktor kemenangan calon BN dan kekalahan calon PAS adalah seperti berikut:


- Ketokohan TS Isa sebagai pemimpin
- Jasa kepada rakyat selama jadi MB N9
- Pemimpin yang mesra rakyat dan berjuang untuk rakyat
- Ceramahnya tidak menabur fitnah dan beri kenyataan palsu
- Tidak memain isu sempit semata-mata untuk meraih undi
- Tidak berlaku cah keting seperti amalan sebelum ini dalam UMNO atas kesedaran.
- Undi kaum India dan Cina juga menumpu kepada calon


- PAS memainkan sentimen rakyat untuk meraih undi
- Sikap petugas yang terlalu extreem, kasar dan mengugut hingga menimbulkan ketakutan.
- Memainkan isu agama secara keterlaluan
- Menyebarkan fitnah secara berleluasa
- Sentiasa menyalahkan orang lain seolah mereka saja yang benar

6. Banyak lagi faktor kekalahan PAS jika ingin diperbincangkan secara ilmiah, namun itu bukanlah keutamaan kita untuk membincangkannya. Cuma kita berharap agar pemimpin parti berkenaan sedar bahawa rakyat yang pernah menolak BN dahulu boleh juga menolak mereka kini. Rakyat sedar dan dapat menilai apa kemampuan mereka dan apa yang telah mereka lakukan setakat ini. Rakyat juga sedar bahawa PAS bukanlah satu agama (Islam) tetapi adalah sebuah parti politik yang menggunakan Islam sebagai landasan untuk mendapatkan kuasa politik, namun Islam itu tidak mampu diperjuangkan mereka selama ini dan tinggal sebagai retorik semata-mata.

7. Bagaimanapun, pemimpin BN janganlah menepuk dada seolah-olah ini adalah kemenangan hakiki mereka kerana PRU13 sudah berada hampir dengan kita. Rakyat yang memilih BN hari boleh juga memilih untuk menolak BN pada bila-bila masa jika BN tidak lagi efisyen dalam mentadbirkan negara.

8. Atas kemenangan ini saya mengucapkan tanhiah kepada TS Isa, UMNO dan BN N9 dan Malaysia. Juga kepada Dato’ Z, bekas seorang wakil rakyat dalam DUN Rembau yang banyak memberikan maklumat dan juga atas hubungan kekeluargaan.

9. Beranikan Hati dengan memandang kebelakang untuk meneruskan langkah kehadapan ~ bRAVEhEART

Nota:
Catatan ini juga didedikasikan kepada Hannah yang sedang menuntut di Univ. Malaysia Sarawak dalam jurusan ’politic and government studies’ yg turut mengikuti perkembangan blog bh selama ini.


Klik untuk poi ka blog bapak sedaro den ni ah

7 comments:

Anonymous said...

Salam.

Alhamdulillah dan tahniah utk kemenangan UMNO/BN.
Harap dapat ambil ikhtibar dari episod PRK ini. Bersyukur kerana pengundi telah memilih sesuatu yg boleh menjamin kesejahteraan, keamanan dan kestabilan negara.
Dlm pada itu saya juga berasa sedih dan terkilan kerana perpecahan dikalangan umat islam amat ketara sekali. Saya berharap jangan sekali-kali kita berkerat rotan berpatah arang dan jangan sekali-kali kita berputus silaturrahim kerana perbezaan politik.

Kpd TS Isa, peliharalah amanah yg telah diberi dgn sebaik-baiknya. Berkhidmatlah dan dekatilah hati rakyat dgn penuh jujur dan ikhlas kpd semua tanpa mengira parti dan keturunan serta kaum. Jadilah contoh yg baik utk rakyat membuat penilaian supaya UMNO/BN akan sentiasa diberada dihati rakyat dan seterusnya akan kekal dihati rakyat...

hannah zaharudin said...

amboi abah! promaot sedara mara nampak.. dato' Z segala!

bRAVEhEART said...

Salam,
Dah lama saya tak baca komen yang rasional sebegini. terima kasih anon 1:05 diatas ~ bRAVEhEART

srikandi melayu said...

Salam bh,,

Taniah BN/UMNO atas kemenangan TS Isa di Bagan Pinang. Rakyat bukan bodoh utk dibutakn dgn isu rasuah. TS Isa mmg byk membantu rakyat dgn wangnye sendiri semasa beliau berkhidmat. Jadi rakyat di N9 tahu bagaimana beliau mmg murah menaburkn wang utk membantu. mungkin dlm dunia politik sifat itu dibawa dan dianggap salah.. tp bagi rakyat di N9 mereka bole menilai diantara sumbangan atau rasuah. PR tk payahlah memutar belitkan fakta yg sememangnya rakyat lebih bijak menilai siapa beliau. Rasenya kalau nk dibandingkan dgn Nuar Berahim yg bapak segala rasuah, lagi afdal kalau TS Isa yg bukan kaki liwat. oppss terkeluar fatwa baru lak kat sini..hehehehe..apa jadi eh dgn sumpah Nuar Berahim..jadi ker tak ??? atau nk jadi sesumpah yg suka brtukar warna..wakakakakakakakaka

YANG GAMBI said...

Tahniah, kerana anda bertungkus lumus membantu kemenangan UMNO-BN di Bagan Pinang...............

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih dan tahniah adalah untuk semua pihak dan seluruh rakyat Malaysia. Yang saya sumbang hanya sebesar debu ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

Dato' Z tu dato' zaharuddin sharif ko? org kampung den tu...

- parti jahat, kato eh -

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...