Suara Anak Pahang - Perlu Baca

29 October, 2010

GALAS - BN AKAN KALAH


Ketua Pemuda UMNO Gua Musang



Kempen Pilihan Raya Kecil Galas dan Batu Sapi semakan hangat. Pengundian serentak di kedua-dua kawasan itu akan diadakan serentak pada 4 hb November nanti. Saya tidak menyertai mana-mana kempen seperti sebelum ini. Kali ini tidak ada undangan dan arahan. Mungkin kerana saya bukan dari kumpulan A atau B. Saya pun tidak pasti samaada saya dari kumpulan C atau pun D ataupun memang tidak berada dalam mana-mana kumpulan kerana bukan kroni sesiapa.

Membaca blog serta mendengar nanti.cerita dari kawan-kawan, kemungkinan untuk menang adalah tinggi. Pas kalah dari segi isu. Antara isu yang menghangatkan dan menungkinkan Pas tewas adalah isu calon adalah 'Orang Luar'. Anak temptan Pas Gua Musang sungguh kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon, kerana itu mereka bertindak memboikot segala kempen yang dijalankan. (Baca Sini)  Ini membuatkan jentera Pas dari luar Gua Musang juga kecewa dan bersikap dingin terhadap kempen. Tambahan pula peruntukan kempen dari pusat diberitakan tidak sampai, justru bagi sesetengah jentera, mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. (Baca Sini)

Selain berkenaan, isu tanah orang kampong yang dirampas kononnya untuk dijadikan 'Ladang Rakyat' tetapi sebenarnya diusahakan oleh 'Tokey Ladang dan Tokey Kebun Sayur Cina' masih menimbulkan ketidak-puashatian orang-orang kampong.sama ada mereka penyokong BN mahupun Pas sendiri. Isu bekalan air berkeladak selama pentadbiran Pas sejak dahulu lagi masih membuatkan pemimpin Pas merasa sendah diri kerana gagal mengatasi isu berkenaan. Ini membuatkan ceramah-ceramah sepanjang kempen Pas selama ini semakin suram.  (Baca Sini)

Rakyat Kelantan sudah muak mendengar janji syurga yang diberikan oleh ulamak Pas. Mereka sedah selain syurga, mereka juga inginkan kehidupan bahagia dan senang didunia ini. Mereka juga sedar bahawa para pemimpin mereka yang menjanjikan syurga untuk mereka juga berlumba-lumba merebut dunia. Generasi muda rakyat Kelantan sekarang ini sudah berbeza fikirannya dari generasi terhahulu dan Pas nyata gagal menangani kehendak mereka semua.

Justru, peluang BN menang adalah sangat cerah. Bagaimanapun kemungkinan kekalahan tetap ada dengan adanya mereka yang akan menjaringkan gol sendiri.(Baca Sini) Galas - BN akan kalah jika dalam parti masih ada manusia yang berperangai sebegini. Jika masih ada mereka yang menyayangi diri sendiri serta kumpulan mereka melebihi dari menyayangi perjuangan parti. Kita kena lihat apakah ini kerja seseorang secara peribadi atau sabotaj parti secara berkumpulan. Jika benar apa yang diperkatakan itu, Pergerakan Pemuda UMNO yang berketuakan KJ mesti menyelesaikan isu ini.
(Baca juga disini)

4 comments:

1Malaysia said...

OOi Mangkuk

Ni yang aku hangin ni......jangan buat tajuk songsang...boleh mempengaruhi undi aklmaklum kat Galas ramai ada Internet..betul betul kalah naya...banyak modal dah dikluarkan...orang ASal dah bagi banyak ...nak bagi orang Cina tak berbaloi dia orang suka belot...orang Melayu bagi sikit..orang India bagi sikit ....takkkan BN kalah.


1Malaysia: Rasuah didahulukan, Menang Piliharaya diutamakan.

Anonymous said...

Harapan PAS menyekalkan DUN Galas masih ada sungguhpun Kempen-kempen sehari dua ini agak MURAM. PAS memerlukan pengundi-perngundi Cina dan Orang Asli seramai 1,500 undi mandaapat maajoriti 100 undi. Pengundi Melayu kini agak seimbang tetapi di saat-saat akhir besar kemungkinan undi atas pagar berpihak kepada BN membolehkan BN merampas semula kerusi yang tewas pada PU 2008 lepas. BN dan PKR terutamanya PAS belum lagi bedrkempen "all out"lagi masing-masing masih menyembunyikan " senjata sulit" masing-masing yang akan didedahkan pada hari terakhir berkempen. Buat masa ini "gula-gula" BN untuk pengundi Galas belum memberi kesan positif, kepada pengundi atas pagar dan cina kecuali Orang Asli. Jika peratus mengundi lebih dariopadan 80 peratus, PAS mampu kekalkan kersui DUN yang dimenangi dengan 600 itu tetapi majoriti kali ini kurang daripada 200 undi, Tinjau rambang sehingga hari inim kedua calon BN dan PAS masing-masing kena kerja keras untuk mendapatkaan undi Orang Asl;i dan Cina yang akan menjadi penentu mannang kalah pada 4 Nov. ini, Jenteri Pilihanraya BN telah berjaya 'merempuh" perkampongan Orang Asli tetapi belum berjaya "memikat" hati pengundi Cina.Pengundi atas pagar kebanyakannya terdiri non-party members juga belum "diserang" oleh kedua-dua calon bertanding.Media arus perdana dan media alternatif kurang berkesan dio Galas kempen secara bersemuka dan dari rumah ke rumah adalah memberi kesan yang mendalam. Penglibatan orang luar juga akan memberi kesan negatif so dalam tempoh lima hari ini semua pihak terlibat bukan saja kena kerja keras tetapi kena mengguna strategi yang berkesan untuk "memikat: hati the non-party members and Chinese voters as well as orang Asli.

Anak Galas

Anonymous said...

Oii Mangkuk 1 Malaysia,
apa masalah dgn kau? orang punya suka lah, dan kau kau punya suka apa? Kahkahkah!

Anonymous said...

Pas boleh huat apa?.Bila menang..bini penuh gelang emas dan tanah rakyat dirampas dan pindah milik kepada pemimpin mereka. Itu yang Pas pandai dan itu yang sedang Pas lakukan. Rakyat? mempus peduli apa. Makan bang makan selagi rakyat dok percaya ni..bila dah bosan baru hilang segala peluang..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...