Suara Anak Pahang - Perlu Baca

01 October, 2010

PRK DUN GALAS, UMNO MENGGALAS HARAPAN

 Ku Li - kepadanya tanggungjawab dan harapan diberikan


PRK bagi N45 DUN Galas dalam P32 Gua Musang akan diadakan tidak lama lagi. Kekosongan berlaku berikutan wakilnya Che Hashim Pas meninggal dunia baru-baru ini.



Dalam Pilihanraya Umum lalu Che Hashim mengenepikan calon BN dengan majoriti 646 undi.


Keputusan PRU12 bagi N45 DUN Galas:

Pemilih berdaftar                  - 10330
Kertas undi ditolak                 - 171
Kertas undi dalam peti undi      - 8323
Kertas undi dikembalikan          - 8356
Kertas undi tiddak dikembalikan - 33
Peratus pengundi                      - 80.89%
Majoriti                                    - 646

Pemenang         - Che Hashim (Pas)
Tewas               - Mohamad Saufi b. Deraman (BN/UMNO)




Berikut pula adalah keputusan PRU bagi Parlimen Gua Musang sebagai perbandingan dan makluman:


Keputusan PRU12 bagi P32 Parlimen Gua Musang:

Pemilih berdaftar                  - 28986
Kertas undi ditolak                 - 489
Kertas undi dalam peti undi      - 24221
Kertas undi dikembalikan          - 24238
Kertas undi tiddak dikembalikan - 62
Peratus pengundi                      - 83.77%
Majoriti                                    - 4394

Pemenang         - Tengku Razaleigh Hamzah (BN/UMNO)
Tewas               - Dr. Zul (Pas)


Banyak pihak meramalkan dalam PRK akan datang BN/UMNO akan berjaya merampas kembali kerusi yang sebelumnya dikuasai oleh UMNO. Antara alasan bagi kenyataan demkian adalah; PRK ini mudah bagi BN/UMNO memfokus kepada satu-satu kerusi DUN. Ku Li yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya tentunya akan membuktikan keupayaannya dan pengaruhnya di Gua Musang. Jarang sekali Jawatan Pengarah Pilihanraya dipegang oleh orang lain selain dari Presiden UMNO dan Timbalan. Perlantikan itu sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada Ku Li.


Selain itu, usaha UMNO akan digembelingkan secara bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan untuk mengembalikan maruah parti. UMNO dalam keadaan stabil sedangkan maruah Pas sudah calar-balar.


Cuma UMNO perlu berusaha bersungguh-sungguh dan bersatu dengan ikhlas, jangan ada musuh dalam selimut, jangan ada cas keting dan jangan ada yang akan menikam dari belakang. UMNO masih mampu melakukan ini, asal saja pemimpinnya mengubah sikap mereka selama ini. Ramai percaya rakyat tak bencikan UMNO, tetapi sikap sesetengah pemimpinnya yang mambuatkan rakyat membenci.


Pemimpin UMNO disemua peringkat harus melihat kedalam cermin dan mencermin diri mereka, melihat kebaikan dan keburukan. Jika tidak, UMNO akan jadi seperti PKR, sebuah parti keluarga yang mengecil dan akhirnya tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat.

3 comments:

Alan said...

betul tu bro..paling penting ada dua je..ikhlas dan jangan ada musuh dalam selimut..kalau pemimpin UMNO berpegang pada dua ni, insyaallah pas kelantanpun akan terkubur sama.

MalaysiaHeaven

uRag dRrulug said...

UMNO jgn spt dulu, mencaturkan di peringkat bahagian, pilih orang tu buang org ni. Ku LI juga pernah cuba di ketepikan dan perbuatan begini sudah tentu tidak baik jika kita benar2 sygkan UMNO

bRAVEhEART said...

Ya, kita harap keadaan akan berubah sesuai dgn harapan dan cita2 UMNO utk reform. UMNO harus memilih calon yg benar2 baik, jujur, telus, bijaksana tidak berkroni dan berjuang bersungguh-sungguh utk rakyat.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...