Suara Anak Pahang - Perlu Baca

26 October, 2010

NIK AZIZ PEMEGANG KUNCI SYURGA?


Ini dia syurga dunia yang Pas janjikan di Kelantan! 
Lagu mano ni Pok Nik? Halal ko Hare hok ni? Kito dok kecor air lior doh ni!



Berpuluh tahun Pas memerintah Kelantan. Slogannya membangun bersama Islam. Dari segi ekonomi kita tidak nampak apa yang telah dibangunkan, hatta mesjid dan surau-suraupun Kerajaan Pusat yang membinanya. Berpuluh tahun juga rakyat dibekalkan air berlumpur. Apabila rakyat memohon kerajaan negeri pembinaan keperluan asas, maka mereka dihidangkan dengan kata-kata; itu semua harta dunia, kita semua menuju akhirat. Sehingga para 'ularmak' mereka sanggup menjanjikan syurga untuk pengikut Pas. Bahkan 'Undi Pas masuk syurga!  Begitu angkuh dan takburnya mereka mengunakan Islam demi kuasa politik mereka.

Rakyat terbiar miskin sehingga anak-anak muda terpaksa berhijrah keluar negeri untuk mencari rezeki apabila kerajaan tidak dapat memberikan mereka pembangunan ekonomi. tetapi dalam masa sama pemimpin mereka membolot juga hasil mahsul negeri sehingga hutan rimba menjadi padang jarak padang terkukur. Tidak ada lagi hutan untuk generasi anak cucu dimasa depan. Segalanya diteroka bagi kepentingan pemimpin dan kroni mereka sendiri.

Beberapa hari lalu saya terbaca di akhbar kosmo yang memaparkan kegiatan restoran-restoran di Tumpat yang menawarkan minuman keras. Restoran yang tumbuh bagaikan cendawan itu menawarkan gadis-gadis siam sebagai pembuka botol minuman keras yang juga menawarkan perkhidmatan seks.

Nampaknya Kelantan yang tersohor dengan jolokan serambi mekah juga sudah berubah wajah menjadi 'serambi lucah'. Segalanya kerana kerajaan negeri tidak mempu menaikan taraf ekonomi rakyat tempatan. Dalam pada kita menuju akhirat, kita juga inginkan kehidupan dunia yang selesa supaya kita dapat beramal ibadat dengan berlapang dada. Bijaknya pemimpin Pas adalah mereka menjanjikan apa yang tidak boleh di pegang dan dilihat, iaitu syurga diakhirat. Segalanya dilakukan kerana melepaskan tanggungjawab mereka kepada rakyat dalam memberikan kehidupan sempurna di dunia.

Kita inginkan akhirat namun kita juga inginkan kehidupan didunia ini dengan sempurna. Kita inginkan kehidupan bahagian di dunia ini dipastikan oleh kerajaan memerintah, kerana kehidupan akhirat itu tiada siapa yang boleh menjanjikan untuk kita. Nik Aziz bukan pemegang kunci syurga!

2 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahman
Rosmah isteri PM 1 Malaysia Pemegang Kunci Syurga?????????????
IFF Penaung Fashion Islamic d Monte Carlo.Fashion baju Wanita yang menghina Nabi Muhammad SAW. Bayangkanlah kalau satu dunia wanita Islam ikut Fashion yg d naung oleh seorang perempuan yang berugama Islam yang bernama Rosmah isteri Perdana Menteri Malaysia .Satu dunia jadi ikutan bayangkanlah?????????????????

cucu datok mandaliar said...

woi hj jamaludin....yg kau pi layan braveheart yg berhati kafir ni buat apa...dia ni bakal penghuni neraka jahanam .....tukang fitnah dan tukang adu domba....khakkkkpuithhhh

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...