02 June, 2011

PAS GANTI UMNO?




















SHAH ALAM, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh anak muda di negara ini bangkit dalam pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan BN.

Bercakap menyampaikan ucapan dasar malam ini, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, BN sudah tidak boleh lagi dibiarkan merosakkan negara ini.

"Slogan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka. (Klik Harakah)


Begitulah hasrat dan cita-cita besar Pas yang mereka sering tanamkan kepada generasi muda yang menyokong perjuangan mereka. Selebih dari itu, ia hanyalah retorik politik pemimpin untuk mendapat sokongan dalam pemilihan parti.

Sama ada sedara atau tidak, perjuangan yang dilakukan oleh Pas hanyalah melemahkan kekuasaan bangsa Melayu itu sendiri. Kerana untuk menguatkan Pas, sokongan yang diharapkan adalah dari bangsa Melayu yang menyokong UMNO selama ini. Ini bermakna, untuk menghidupkan Pas, maka UMNO terpakasa dikorbankan. Apakah dengan mengorbankan UMNO, Pas akan dapat berkuasa dan menguasai politik Negara?

Jawapannya tentulah tidak! Kerana kekuasaan UMNO adalah dengan dokongan dan sokongan dari MCA dan MIC serta parti-parti komponen didalam Barisan Nasional itu sendiri, yang UMNO memimpinnya. Pas tidak akan dapat mengetuai mana-mana parti komponen sekali pun. Jika kita melihat didalam gabungan dalam Pakatan Pembangkang, Pas hanyalah sekadar melukut di tepi gantang. Suara dan perjuangan Pas bukan saja tidak didengar, bahkan sering dipinggirkan.

Andai kata Pas menggantikan UMNO, apakah Pas boleh diterima oleh komponen BN sebagai ketua komponen? Tentu tidak sama sekali atas beberapa sebab. DAP atau mana-mana parti yang mewakili kaum lain sudah tentu akan mengekang Pas kerana bimbangkan agenda ekstrem parti Pas selama ini.

Seandainya Pas mampu menggantikan UMNO dalam mendapat sokongan bangsa Melayu, namun gagal meletakkan pemimpin mereka sebagai pemimpin negara, apakah keuntungan yang akan bangsa Melayu dapati kelak sebagai satu kaum yang masih perlukan bimbingan dari kerajaan dari segi ekonominya?

Pada saya, menyokong Pas dalam menggantikan UMNO adalah jalan kemusnahan untuk bangsa Melayu ini sendiri. Mahukah kita korbankan kepentingan bangsa Melayu hanya kerana cita-cita politik sempit parti Pas? Tentu tidak sama sekali! Jika ada yang berkata ya, maka mereka itu adalah manusia yang malang dan paling bodoh pernah terciptakan!


Baca blog Rakyat Malaysia (Klik Sini)

5 comments:

Anonymous said...

apa pula rekod baik pas...baru memerintah kelantan dah lingkup ..nak memerintah negara,...penduduk sabah dan sarawak tu majoriti bukan islam...tak kan lah ...setuju ...hahahaaa...pas ...syok sendiri...

Anonymous said...

AKU SOKONG PAS GANTI UMNO SEBAB UMNO GAGAL MEMBELA MELAYU

bRAVEhEART said...

Salam,
Anon 11.58, apa nak kisahkan kalau UMNO gagal bela Melayu kerana Pas pun bukan Melayu dan Pak Nik pun tak rasa bangga jadi Melayu, hahaha awak bermimpi ke?

Anonymous said...

bodoh punyer blogger...bila ko nk merajuk lagi yer..atau banyak suport dari menteri..kuat menjilat...ceh..

Anonymous said...

Bro,
Anon 11.03 adalah seorang pembaca blog yg bangang. Apabila awak menulis sesuatu yg dirasakan memburukkan UMNO dia hanya diam dan suka dalam hati, apabila awak menulis yg dirasakan memburukkan Pas barulah dia bersuara. Keadilan bagi dia adalah menjadikan dirinya dan kaum kerabatnya bangang seumur hidup. Patut tak usah siarkan komen yg bangang macam ni

June 3, 2011 7:49 AM

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...