
Jika pemimpin sayangkan UMNO, mereka seharusnya peka terhadap peranan semasa
Media Sosial dan dan keupayaan jalinannya dalam masyarakat dewasa ini.
1. Kerana ketidak-pekaan, kelekaan serta salah nilai terhadap peranan Media Baru @ Media Sosial, kerajaan telah dikejutkan dan tumbang dibeberapa negeri serta hanya menang tipis pada Persekutuan dalam PRU12 lalu.
2. Pihak pembangkang telah menggunakan sebaiknya (blog) dan dengan seburuk-buruk cara memfitnah dan mencerca pemerintah. Berbagai tohmahan dan cacian serta gambar-gambar superimpose yang mencemarkan serta menghina pemimpin-pemimpin kerajaan. (Adakah pihak pembangkang merasakan itu satu kesalahan pada waktu itu?)
3. Kebangkitan blogger-blogger pro kerajaan khususnya UMNO serta peranan mereka dilain-lain media sosial seperti di facebook telah memberikan tamparan hebat kepada blogger pro pembangkang bahkan parti politik pembangkang juga. Mereka tertekan dan terdesak dengan hebat. Kerana itu sekarang ini mereka mencerca blogger pro kerajaan yang kononnya tidak berhemah. Apakah mereka ini rasional berfikir? Kenapa mereka tidak mencerca blogger pro mereka sewaktu blogger berkenan membantu memenangkan mereka dalam PRU lalu?
4. Kebangkitan blogger-blogger pro kerajaan kelihatan semakin menyerlah, namun pemimpin-pemimpin mesti juga menghargai usaha-usaha mereka ini. Blogger pro kerajaan harus disatukan dan sentiasa dipantau, semangat juga harus sentiasa diasah, jika mereka kecewa mereka akan menjadikan peranan itu satu bebanan kepada pihak kerajaan kelak.
5. Ketua-ketua penerangan UMNO negeri-negeri dan bahagian-bahagian harus segera membuka mata, buka minda juga agar peranan Media Sosial ini dapat di eksplotasikan dengan berkesan. Ketua Penerangan UMNO bahagian-bahagian mesti mampu menggerakan Media Sosial dan jalinannya, atau jika ada dikalangan mereka masih dalam kegelapan, singkirkan mereka ketepi jangan jadikan mereka liabiliti kepada UMNO.
6. Pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat harus menjadi lebih berani bertindak dan jangan lagi asyik mengampu 'telur' masing-masing. Masa bergerak terlalu pantas dan jangan biarkan UMNO jadi sejarah akibat kebodohan dan ketidakpekaan kita terhadap kepentingan jalinan Media Sosial ini.
7. Beberapa hari lalu saya berkesempatan bertemu beberapa AJK PPU Bahagian Jerantut yang berhasrat untuk menggerakkan UMB Bahagian (Adzlan, Nuhan dan ??). Syabas, saya akan sokong. Tetapi dimana Ketua Penerangan UMNO Bahagian? Masih tidur atau masih dalam kegelapan? Meminggir jika tidak berupaya memikul tugas dan bebaanan. Jangan jadi liability kepada UMNO Bahagian.