Suara Anak Pahang - Perlu Baca

12 February, 2010

SAMPAI MASA AKU PERGI

Update:

Datuk Seri Zaharin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru dilaporkan meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat dan mengumumkan keluar parti PKR berkuat kuasa serta merta berikut hilang percayanya terhadap PKR dan Anwar Ibrahim. Ini adalah diantara Melayu yang berani. Berani balik kepangkal jalan bila tersedar sesat dihujung jalan. Laporan blog Abang Tuah.





Sir William Wallace


Shogun @ sei-i taishōgun (征夷大将軍:せいいたいしょうぐん?),




Bukan pun lama, tapi sudah terasa hampir ke penghujung. Jalan yang berliku juga sudah ditempuhi dan kini aku menghampiri nokhtah untuk berhenti, mungkin seketika lagi.

Kalaulah ini satu perjuangan, bukanlah ini perjuangan yang sia-sia kerana sempat juga dicatat sesuatu diatas sejarah.

Bukan ini akhir perjuangan kerana segala yang disemai telahpun bercambah dan tumbuh subur. Haraplah pada; 'Bumi Yang', 'Srikandi-Malayu', 'Suara Prihatin Umno Jerantut', 'Berani Anak Melayu', 'Gabungan Suara Anak Pahang'. Harap juga ' Perkasa Negeri Pahang' adalah antara hasil tangan. Itu yang akan meneruskan - kesinambungan.

bRAVEhEART bukan pergi meninggalkan medan begitu saja. Adat dalam perjuangan, bukan ada jalan pulang. Meninggalkan ini pun bukan takut kecundang, tapi mencari ganti, pasti yang lebih muda dan lebih gagah perkasa. Perjuangan ini panjang, dan tidak akan pernah selesai.


Bila bRAVEhEART meminggir, "Shogun" akan tampil mengganti - bila dia betul-betul sudah bersedia memasuki medan dan gelanggang nanti. Bila nanti sudah tiada aku, dialah menjadi aku.




bRAVEhEART




4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam BH, inikah kata-kata seorang pejuang ?............. perjuanagan seorang pejuang tidak bernokhtah sehingga nafas sampai ke ubun-ubun...

bRAVEhEART said...
This comment has been removed by the author.
AzamDean said...

Tak pa bro..kalau la die masuk UMNO..well Muhyidin offer..sbb nak cover kerajaan yang nyawa-nyawa ikan tu..tapi mana tau PR menang..gerenti die tehegeh2 balik kat PR>. hhahaha

sHOGUn said...

harap abg besar tak terlalu lama bercuti 'bersalin' - hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...