Suara Anak Pahang - Perlu Baca

10 February, 2010

PEMBANGKANG MARAHKAN BLOGGER PRO KERAJAAN?

Jika pemimpin sayangkan UMNO, mereka seharusnya peka terhadap peranan semasa
Media Sosial dan dan keupayaan jalinannya dalam masyarakat dewasa ini.




1. Kerana ketidak-pekaan, kelekaan serta salah nilai terhadap peranan Media Baru @ Media Sosial, kerajaan telah dikejutkan dan tumbang dibeberapa negeri serta hanya menang tipis pada Persekutuan dalam PRU12 lalu.

2. Pihak pembangkang telah menggunakan sebaiknya (blog) dan dengan seburuk-buruk cara memfitnah dan mencerca pemerintah. Berbagai tohmahan dan cacian serta gambar-gambar superimpose yang mencemarkan serta menghina pemimpin-pemimpin kerajaan. (Adakah pihak pembangkang merasakan itu satu kesalahan pada waktu itu?)

3. Kebangkitan blogger-blogger pro kerajaan khususnya UMNO serta peranan mereka dilain-lain media sosial seperti di facebook telah memberikan tamparan hebat kepada blogger pro pembangkang bahkan parti politik pembangkang juga. Mereka tertekan dan terdesak dengan hebat. Kerana itu sekarang ini mereka mencerca blogger pro kerajaan yang kononnya tidak berhemah. Apakah mereka ini rasional berfikir? Kenapa mereka tidak mencerca blogger pro mereka sewaktu blogger berkenan membantu memenangkan mereka dalam PRU lalu?

4. Kebangkitan blogger-blogger pro kerajaan kelihatan semakin menyerlah, namun pemimpin-pemimpin mesti juga menghargai usaha-usaha mereka ini. Blogger pro kerajaan harus disatukan dan sentiasa dipantau, semangat juga harus sentiasa diasah, jika mereka kecewa mereka akan menjadikan peranan itu satu bebanan kepada pihak kerajaan kelak.

5. Ketua-ketua penerangan UMNO negeri-negeri dan bahagian-bahagian harus segera membuka mata, buka minda juga agar peranan Media Sosial ini dapat di eksplotasikan dengan berkesan. Ketua Penerangan UMNO bahagian-bahagian mesti mampu menggerakan Media Sosial dan jalinannya, atau jika ada dikalangan mereka masih dalam kegelapan, singkirkan mereka ketepi jangan jadikan mereka liabiliti kepada UMNO.

6. Pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat harus menjadi lebih berani bertindak dan jangan lagi asyik mengampu 'telur' masing-masing. Masa bergerak terlalu pantas dan jangan biarkan UMNO jadi sejarah akibat kebodohan dan ketidakpekaan kita terhadap kepentingan jalinan Media Sosial ini.

7. Beberapa hari lalu saya berkesempatan bertemu beberapa AJK PPU Bahagian Jerantut yang berhasrat untuk menggerakkan UMB Bahagian (Adzlan, Nuhan dan ??). Syabas, saya akan sokong. Tetapi dimana Ketua Penerangan UMNO Bahagian? Masih tidur atau masih dalam kegelapan? Meminggir jika tidak berupaya memikul tugas dan bebaanan. Jangan jadi liability kepada UMNO Bahagian.

16 comments:

spy leman said...

Salam tuan.

Nampaknya, banyak pegawai2 atasan dok sibuk ambil kredit dari kerja2 blogger2 pro kerajaan.

Jangankan kata nak ucap terima kasih, penghargaan yang diperuntukkan untuk blogger dari pemimpin atasan pun disonglap oleh mereka.

Kepada blogger, mereka suruh berjuang dengan ikhlas, tetapi mereka sendiri sibuk mengaut keuntungan dan juga mengejar projek kerajaan.

Tak payah saya nak cerita panjang, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya.

bRAVEhEART said...

Syabas Sdr Spy Leman,
Saya percaya awk tau keadaan sebenar dan sepertimana yg saya gambarkan secara kiasan. Umno tetap akan hancur jika masih ada pemimpin Umno yang bersikap seperti ini. Saya sudah jemu dan bosan bersuara. Biarkanlah, kalau Umno punah pun bukan kita seorang yang akan sengsara, ini akan termasuk mereka juga. Kita biarkanlah Umno jahanam kerana mereka diatas lebih banyak menjahanamkan Umno. Siapa berani kata apa? Saya tunggu untuk menjawab.

Anonymous said...

aku setuju jugak dgn kenyataan ini, tetapi apa yg aku nampak, sebab apa pegawai atasan buat bodoh je dgn blogger yg menyokong kerajaan ni, alasan aku sbb kadang-kadang blogger yg kononnya pro kerajaan ni lebih kuat menghentam kerajaan dan pemimpin umno, dan diorg ni jugak paling kuat dan kutuk kerajaan dan pemimpin umno, pastu nak minta diberi perhatian, kononnya kerajaan dan pemimpin umno tak ambil berat pada mereka, apalah punya cerita, dah bantai puas2 pastu nak minta sokongan, sepatutnya blogger kerajaan ni membantu dan menyokong penuh kerajaan dan pemimpin umno, bukan melagakan, menghasut dan membantai, coverlah hendaknya, tengok mcm blogger pembangkang, bukan nak puji tapi itulah kenyataannya, mereka saling cover mengcover antara satu sama lain, bila sorg blogger pembangkang kena, ramai2 blogger dia bantu cover, tak mcm blogger yg kononnya pro kerajaan, peliklah aku tengok, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, fikirkanlah mana yang baik dan buruknya, aku harap sangat blogger pro kerajaan ni dapat bersatu hati dalam mempertahankan tohmahan dan fitnah serta kenyataan yang tak berasas dari blogger pembangkang, one foa all, all for one..hidup blogger pro kerajaan, aku sokong korang...

bRAVEhEART said...

Salam Anon 4:59, Kalau tk duduk didalam tak akan tahu apa yang berlaku. Kami didalam BPN memang sentiasa bersatu hati dan bermaufakat, Itu mungkin berlaku kepada blogger yang bersendirian tetapi tidak kepada blogger yang berkumpulan. Kami ada semangat perpaduan dalam kumpulan dan sememangnya kami bersama dalam kebanyakan hal. Kerana itu struktur BPN dibina sedemikian rupa. Mungkin jarang dapat kami bersua muka namun kami selalu berbincang secara online confrence bagi mendapatkan keputusan kolektif terhadap sesuatu isu. Mungkin tuduhan itu benar bagi sesetengah blogger tetapi tidak pada kami. Maaf kalau sindiran dan teguran Anon itu tidak mengena, hehe. Perkataan pro kerajaan itu sendiri pun masih sangat subjektif. Saya menyokong kerajaan tetapi dalam masa sama juga menghentam jika saya rasakan tidak benar apakah ini dikira pro kerajaan atau tidak? Atau hanya blogger yang yes man kepada kerajaan saja yang dianggap blogger pro kerajaan? Apa definasi Anon dan apa pula tanggapan umum?

bRAVEhEART said...

Maaf juga jika sindiran saya bahawa ada individu dalam Umno yang jadi liabiliti kepada Umno bahagian kerana kegagalan membawa penerangan akibat dari ketua penerangannya yang masih dalam kegelapan membuatkan mereka naik hangin kepada saya, tetapi saya berkata benar kerana ingin perubahan dalam Umno berlaku dengan cepat dan saya rasa memang wajar jika ada antara mereka yang tidak perform mengunbdurkan diri dan memberikan laluan kepada yang lebih mampu berbuat sesuatu, inilah sikap yang paling terpuji. Sandang jawatan kerana kita ingin dan mampu berkhidmat dan lepaskan jika kita rasa kita sememangnya hampeh dan tak berguna kepada Umno. Sorilah, terpedas sikit, terlebih cili. hehe

YB Raz said...

saudara ada tanya mengapa saya tak join pahang group? saya sudah lama join..

Anonymous said...

salam braveheart : sebenarnya memang saya tak nafikan dan faham serba sedikit maksud anda, tapi ini pendapat saya dan apa yg saya faham mengikut pengamatan dan pembacaan saya terhdp penulisan dari blogger, apa yg jelasnye seolah2 blogger kita ni mcm ada berpihak kpd sesetengah pemimpin, tidak secara pukal, nampak mcm ada pilih bulu, kalau nak bantai, bantailah semua, jangan hanya memberi komen dan buat penulisan pada sesetengah sahaja, kalau nak pantau, pantaulah semua,ni pantau pada yg mereka rasa mereka tak suka sahaja, mana yg mereka suka mereka tak keluarkan pulak ceritanya,kemudian tu hanya nampak yg buruk sahaja, yang baik taknak pulak sebarkan, inilah kelemahan yg jelas dari pihak blogger, mcm blogger pembangkang, sebolehnya2 mereka akan kata pemimpin mereka bagus dan berjiwa rakyat, puji melambung2, tapi bila diamati dgn lebih mendalam lagi, org kita yg buka pekung sendiri pd org lain, menambahkan lagi point mereka, kalau benda betul takpe, ni salah belaka

10 BUDAK HITAM said...

Daripada pemimpin,kepada penyokong sehinggalah kepada bloggers..Semuanya SAMA! Bapak Borek Anak Rintik.

Kalau Pemimpin Pakatan tak boleh terima Mahkamah, begitu juga mereka tak boleh terima kalau kena batang hidung sendiri.Kalau dulu mereka buat xpe,now bila orang buat nak ngamuk.LOL.LAWAK LAH PAS NI!LAWAK!

YANG GAMBI said...

Salam BH, sahabat blogger Jeffry telah menyerah diri di Balai Polis kat Johor...... beliau tidak gentar atas apa yang telah dipaparkan... inilah perjuangan tulen.... kita sepatutnya menyokong Jeffry dalam mempertahankan UMNO-BN.........

bRAVEhEART said...

Anon 4:59 dn 6:42 yg saya pasti adalah orang yang sama; Ini semua adalah mengenai fitrah manusia kerana itulah kita dilahirkan berbeza-beza. Siapa dapat pastikan apabila kita sokong kerajaan atau Umno maka kita harus menyukai semua didalam kerajaan atau Umno itu? Demikian juga pembangkang, realitinya mereka juga ada personal interest, kerana itulah ada puak yg menyokong husam dan ada yang tidak. Bagi saya, saya bukan blogger kerajaan tetapi saya menyokong dan pro kepada kerajaan tetapi bukan kepada individu tertentu. Bagaimanapun jika terdapat dasar yang saya tidak setujui maka saya akan menyangahnya. Apakah salah untuk memperbetulkan? Mungkin ada pendapat mengatakan bahawa cara ini salah tetapi apa cara lain yang lebih betul? Apakah kita harus pejamkan mata jika ada pemimpin kita yang melakukan kesalahan hanya kerana kita sayangkan kerajaan dan Umno? Apakah kita diberi ruang yang cukup untuk menegur mereka dan apakah mereka jujur dan rela mendengar? Saya katakan bahawa jawapannya adalah TIDAK. Saya kenali pemimpin kita yang masih sombong dan bongkak. Kadang2 saya terfikir untuk berusaha menjatuhkan kerajaan dan Umno kerana bencikan mereka itu walau saya tau itu tidak wajar, supaya mereka sedar...YB Raz, 10 budak hitam dan Yang Gambi, terima kasih kerana ziarah.

Anonymous said...

xyah cerita kredibiliti la, selagi harakah siarkan kartun zunar ..

bRAVEhEART said...

xyah cerita pasal harakahlah selagi kerajaan luluskan pencetakkan dan penyebaraanya huhu. Adik Anon 10:29, awak duduk diam2 atau tidur jelah, lagi baik, hehe

menyegar said...

Salah ke kalau blogger menegur pemimpin yg salah? adalah kita harus membiarkan kesalahan pemimpin dan kesalahan itu akan terus berpanjangan?.Menyokong kerajaan tidak bermakna kesalahan kerajaan harus kita biarkan sahaja. ini utk kebaikan semua umat malaysia.Teguran utk membina

Anonymous said...

assalamualaikum,terima kasih krn sudi membalas dan memberi jawapan terhadap perbincangan ini, mmg saya tak nafikan benar seratus peratus apa yg 10 budak hitam, bRAVEhEART katakan, saya juga setuju bilamana salah dan silap kerjaan BN dan UMNO itu perlu kita tegur dan perbetulkan, tapi perlulah bil hikmah dan mauizatul hasanah, mcm mana yg telah alquran dan hadith sarankan dalam konsep berdakwah, sebenarnya yg buat saya tertarik untuk mengikuti dan memberi komen disini adalah cara sesetengah blogger menegur dan menasihati silap kerajaan BN dan UMNO, kadang2 kita juga terasa bilamana blogger menyokong kerajaan ini dilabelkan sebagai kurang ajar, lucah dan tidak menghormati pemimpin, dengan mengeluarkan pelbagai kata2 kesat dan gambar2 yg diubahsuai tahap melampau, yg buat saya terasa adalah nama yg dikaitkan, blogger 'BN dan UMNO', ini akan membuatkan para peminat dan pembaca mempercayai dan mengiakan apa kata blogger pembangkang, sememangnya imej dari atas sampai bawah semuanya sama, sudah menjadi sikap mereka akan mencari segala kesalahan walaupun sebesar zarah, jadi saya cuma ingin memohon agar blogger kerajaan ini mengeluarkan kenyataan secara adil, perlu ada penulisan hal yang baik2 juga dikeluarkan, jangan hanya keluarkan yg buruk sahaja, biar pembaca juga tahu bahawa ada juga yg baik dari kerajaan BN dan UMNO buat, kalau tidak mereka akan hanya nampak dan baca yg buruk shj, kerana mereka ini mmg sudah diasuh dari kecil agar tidak menghargai apa yg telah kerajaan BN dan UMNO berikan walaupun sekelumit dalam hati mereka untuk mengenang jasa, sebenarnya penulisan blog ini semakin menjadi tarikan yg kuat berbanding yg lain, jadi saya mohon kepada blogger yang menyokong dan memantau kerajaan BN dan UMNO teruskan penulisan anda dengan penuh berhikmah dan profesional..wassalam

bRAVEhEART said...

Salam Anon,
Ya, saya setuju bahawa blogger harus menulis yang baik juga disamping yang buruk kerana itu adalah hakikat. Setiap ada yang baik pasti ada yang buruk juga. Saya bersikap demikian juga: mengakui adanya baik dan buruk pada setiap manusia. Wallahulam!

Anonymous said...

salam, terima kasih bRAVEhEART, teruskan perjuangan demi membantu pemimpin kita dalam memartabatkan bangsa, agama dan negara..wassalam

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...