Suara Anak Pahang - Perlu Baca

12 February, 2010

TENTANG ORANG-ORANG BERHATI BERANI

Baca sisipan 2.45 petang nanti: SEMASA AKU PERGI


Sir William Wallace


Shōgun @ Sei-i taishōgun (征夷大将軍:せいいたいしょうぐん),


Sejarah dimana-mana mencatat kisah orang-orang berani. Mereka yang berani berjuang atas semangat dan pegangannya. Kerana bangsanya, kerana Agamanya, kerana tanahairnya, kerana cinta dan kasihnya, kerana segala-galanya.


1. Sir William Wallace aka Braveheart adalah seorang kesatria dan pemilik tanah berbangsa Scotland yang terkenal kerana peranan beliau mengetuai penentangan ke atas England semasa Perang Kemerdekaan Scotland. Pada hari ini, beliau diingati sebagai seorang setia negarawan and wira negara.[1]


Bersama-sama dengan Andrew Moray, beliau berjaya mengalahkan tentera England di dalam Pertempuran Jambatan Stirling, dan menjadi Pelindung Scotland, sehingga kekalahan beliau di dalam Pertempuran Falkirk. Beberapa tahun kemudian, Wallace telah ditangkap di Robroyston, berdekatan Glasgow dan diserahkan kepada Raja Edward I, yang mana kemudian menjatuhkan hukuman mati kerana menderhaka.


Masih ingat, dia dikhianati, ditawan, dituduh menderhaka dan dijatuhkan hukuman pancung. Kepala dan kedua-dua belah kaki serta tangannya dipisahkan di kedua-dua bahagian jambatan.

(Klik untuk baca lagi)


2. Shōgun (将軍 shōgun?) ialah pangkat dalam angkatan tentera dan gelaran bersejarah di Jepun. Pangkat moden yang setara ialah Generalisimo. Sebagai satu gelaran, ia adalah singkatan bagi sei-i taishōgun (征夷大将軍:せいいたいしょうぐん?), individu yang memerintah pada zaman-zaman yang berbeza dalam sejarah Jepun, berakhir apabila Tokugawa Yoshinobu melepaskan jawatannya kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.[1]


Jawatan dan pentadbiran shogun dikenali sebagai "keshogunan" atau dalam bahasa Jepun sebagai bakufu (幕府:ばくふ?) yang secara harfiah bererti "pejabat di dalam khemah", pada asalnya bermaksud "rumah seorang jeneral", dengan demikian bermakna "kerajaan persendirian".[2] Khemah adalah simbolik kepada komander medan perang tetapi juga bermakna bahawa jawatan sebegitu dimaksudkan untuk sementara sahaja.


Istilah sei-i taishōgun bermaksud "jeneral agung yang menakluki orang gasar timur."[1] "Orang gasar timur" ialah salah satu istilah purba bagi pelbagai kumpulan yang tinggal di kawasan timur dan belum tertakluk kepada kerajaan pusat. Di kalangan mereka adalah orang asli, orang Ainu yang pernah mendiami Honshū di samping Hokkaidō.


Minamoto no Yoritomo, shogun pertama bagi Keshogunan Kamakura, merampas kuasa penting daripada golongan aristokrat di Kyoto. Beliau menjadi pemerintah sebenar Jepun, dan menerima gelaran title sei-i taishōgun. Sesudah itu, ketua-ketua tiga keshogunan berturut-turut menerima gelaran yang sama. Setelah kejatuhan Keshogunan Kamakura, syarat-syarat tertentu telah ditetapkan bagi ketua perang untuk dikurniakan dengan gelaran shogun. Syarat pertama dan paling utama, ketua perang tersebut haruslah berketurunan keluarga Minamoto. Syarat kedua, seluruh Jepun haruslah disatukan di bawah seorang daimyo sahaja. Jika seorang ketua perang menyatukan Jepun, tetapi tidak berketurunan Minamoto, jadi dia akan dikurniakan dengan gelaran Pemangku Raja.


Pada asalnya, gelaran Seii Taishōgun diberikan kepada komander tentera semasa awal Zaman Heian bagi jangka masa kempen ketenteraan terhadap puak Emishi yang menentang pentadbiran istana Maharaja yang berpusat di Kyoto. Antara yang paling masyhur di kalangan shogun ini ialah Sakanoue no Tamuramaro yang menakluki puak Emishi atas nama Maharaja Kammu. Akhirnya, gelaran tersebut diabaikan pada zaman Heian terkemudian setelah puak Ainu ditakluki atau diusir ke Hokkaido.


Pada zaman Heian terkemudian, lebih daripada seorang shogun yang dilantik. Minamoto no Yoshinaka dinamakan sebagai sei-i taishōgun semasa Perang Gempei terbunuh tidak lama kemudian oleh Minamoto no Yoshitsune.

(Klik untuk baca lagi)



William Wallace pelindung Scotland – aku pelindung atau penjaga siapa?


2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu tak ada ker yg berani macam ni? Mungkin dulu2 ada tak?

sHOGUn said...

semangat juang bangsa Melayu mungkin dah mati bersama kematian pejuangnya yang sudah dilupakan. kita patut seru semula roh dari jasad yang sudah lama terbenam itu untuk bangkit dan meresap kedalam jiwa dan jasad kita

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...