Suara Anak Pahang - Perlu Baca
02 April, 2009
BN BUNUH DEMOKRASI DI MALAYSIA ?
BN membunuh demokrasi di Malaysia! Begitulah yang dicanangkan oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP. Sejak lama dulu lagi, inilah modal mereka mempengaruhi pengundi-pengundi dipedalaman. Kempen mereka disertakan dengan membakar semangat untuk memberontak serta isu agama dengan mengatakan bahawa UMNO/BN/Kerajaan tidak perjuangkan Islam.
Mereka gunakan surau dan masjid-masjid untuk menaburkan fitnah. Dengan mengucapkan kalimah Allah mereka mencerca pemimpin UMNO/Kerajaan. Dengan kalimah Allah juga mereka menipu dan mengkhianati rakyat, inilah PAS - Parti Angkara Syaitan.
Masih ingat bila Nik Aziz menyatakan bahawa PAS sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk menumbangkan UMNO walaupun dengan syaitan. Begitulah seorang ulamak yang bertaraf p***mak yang sanggup meletakkan maruah sesama manusia lebih hina dan terkutuk dari syaitan. Siapakah dia yang berhak meletakkan maruah seorang manusia sedemikian rupa sedangkan nabi tidak pernah menghina manusia ciptaan Allah dengan kejian yang sedemikian buruk.
Menjelang PRK di Bukit Gantang dan Selambau, mereka gunakan lagi taktik-taktik kotor dengan merampas masjid dan jadikannya sebagai tempat membesarkan syaitan dengan menyebarkan firnah terjadap kerajaan.
Pucuk pimpinan PAS juga mengarahkan ahli-ahli mereka supaya merosakkan bendera dan baner pilihanraya BN yang dipasang. Dengan cara kekerasan mereka melarang para petugas BN dari memasang bendera dan baner BN untuk tujuan kempen pilihanraya. Siapakah sebenarnya yang mahu membunuh demokrasi di Malaysia ini?
Andaikata PAS memerintah Malaysia, maka malaysia akan menjadi seperti Afghansitan. Jika Malaysia diperintah oleh DAP maka Malaysia akan jadi seperti Myanmar. Jika Malaysia diperintah oleh PKR, maka Malaysia akan jadi seperti Cuba. Justru, percaya kepada perubahan kerajaan. Jangan percaya pada janji-janji dusta mereka kerana janji dahulu masih belum tertunai.
Baca Blog Belantan - Apabila Perosak Jadi Ulamak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
3 comments:
Dahsyat sungguh PAS, Nik Aziz pula maaflah orang sudah tidak hormat dan percaya anda lagi.
Demokrasi ciptaan PR seperti digambarkan itu wajib dibunuh. Tak payah tunggu BN. Dua trak FRU dah cukup.
SALAM....
MEMANG DASYAT PUAK MEREKA YANG TAKSUB INI DALAM MENENTANG KERAJAAN. SEOLAH-OLAH MEREKA INI BERANGGAPAN UMNO ADALAH REJIM ZIONIS DAN MEREKA WAJIB TENTANG. SESUNGGUHNYA MEREKA YANG TAKSUB INI TELAH SESAT.
PEGKUATKUASAAN PERLU LEBIH TEGAS DALAM HAL INI.
Post a Comment