30 April, 2009

SEMBANG RINGAN ~ PERTEMUAN BLOGGER PAHANG

YB Dato' Sharkar Hj. Shamsuddin
Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang



Masa: Sekitar 3.30ptg
Tempat: Pintu Masuk Dewan Majlis Bandaran Jerantut

Saya dah Zamri (sepupu yang tinggal di Kuala Tahan) berjalan kepintu masuk dewan. Dah lama juga kami tak berjumpa dan berbuah-bual. Banyak perkara yang diperkatakan; mengenai ekonomi dan politik serta kehidupan harian. Kami menghala ke arah seorang tokoh politik muda yang sedang berbual-bual dengan rakan lamnya dan kami menyapa.

BH: Apa khabar Dato'?
DS: Ooo! A*** ! (Nama Sebenar), Braveheart! Apa khabar? Saya khabar baik.

Kami bersalaman. Bersama DS adalah En. Abdullah yang merupakan sahabat lamanya sewaktut menuntut dulu. Banyak yang kami pebualkan. Tetapi semuanya secara ringan dan santai.

Pertama kali saya mengenali DS juga di Jerantut lebih 8 tahun lalu sewaktu saya menganjurkan satu program keluarga angkat (homestay) dengan membawa beberapa keluarga pelancong dari Sweden untuk tinggal beberapa hari di Kg. Binjai, Lata Kasah Jerantut. DS datang mewakili EXCO Pelancongan ketika itu - Datuk Maznah Mazlan yang saya jemput tetapi tidak dapat menghadirkan diri.

Selepas itu kami terus berhubung dari masa ke semasa terutama melalui sistem khidmat pesanan ringkas. Kira-kira 4-5 tahun lalu saya menjemput DS merasmikan mesyuarat agung persatuan (NGO peringkat negeri) yang mana saya menjadi presidennya ketika itu.

Sebelum itu, sewaktu PRU12 hampir diadakan saya menghantar sms kepada beliau mengucapkan tahniah kerana dinamakan sebagai calon PRU. Beliau bertanya bagaimana saya tahu kerana keputusan masih belum diterima? Jawab saya - itu adalah gerak hati saya berkata demikian. Saya ucapkan tahniah atas kemenangan dalam PRU12 di DUN yang diawakili walaupun keputusan masih belum diresmikan kerana saya yakin dia akan menang. Akhirnya memang dia menang. Saya mengucapkan tahniah atas perlantikannya sebagai exco ketika semua masih tertunggu-tunggu keputusan perlantikannya. Jawapan saya bila ditanya adalah dari gerakhati saya.

Sebagai seorang pemimpin yang masih muda DS mampu pergi lebih jauh dalam politik. Beliau seorang yang nampak bersemangat dan dedikasi dan yang paling penting adalah 'very humble' person dan mesra rakyat. Mudah digauli.

BH: UMNO harus sedar dan bertindak segera menangani blog-blog pembangkang yang banyak bercambah ketika ini. Berapa banyak blog pembangkang yang ada? Di Jerantut ini ada lebih dari 5 buah blog pembangkang yang aktif sedangkan UMNO tidak ada satu pun untuk pertahankan tohmahan. Ada blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (http://spu-bloggers.blogspot.com) tetapi ini blog bebas yang mempertahankan UMNO/Kerajaan tetapi dalam masa sama juga mengkritik. UMNO Jerantut perlu ada blog mereka sendiri bagi menyebarkan maklumat dan dalam masa sama menjawab tohmahan.

DS: Memang perlu! Mungkin nanti kita akan adakan kursus diperingkat bahagian untuk membina dan mengendalikan blog. Tugas menentang pembangkang ini bukan saja tugas kerajaan dan parti tetapi juga menjadi tanggungjawab ahli terutama di 'grassroot' kerana mereka sebagai sebahagian rakyat dan apa saja isu yang dimainkan adalah melibatkan mereka secara langsung. Saya juga bercadang untuk adakan pertemuan dengan para blogger negeri pahang dalam masa terdekat.

BH: Terima kasih Dato' kerana mengiktiraf para blogger sebahagian dari ejen penyebar maklumat terkini. Kita akan usahakan agar pertemuan ini jadi kenyataan. Dah banyak perkembangan blog di Pahang ni. Kita ada blog 'aggregator' yang mengumpul segala blog-blog di Pahang. Gabungan Suara Anak Pahang ~ http://gerbangtemumaya.blogspot.com. Blog ini telah tersenarai di blog Penggabung Suara ~ http://nasionalis1946.blogspot.com/.
Terbaru ada satu blog berita - Pahang Kini ~ http://pahang-kini.blogspot.com. Ini semua satu perkembangan yang baik dalam dunia siber. Cuma kemana arahtuju blog-blog berkenaan? Itu yang harus kita beri perhatian.

Banyak lagi yang kami perkatakan tetapi tidak ditulis disini. Akhirnya DS harus pergi namun janjinya untuk mengadakan pertemuan dengan para blogger Pahang masih disimpan.

DS: OK lah, Braveheart! Saya kena pergi dulu. Nanti nak singgah di Temerloh kejap. Tapi pertemuan dengan blogger itu kita akan buat juga. Saya akan bagi tau nanti.

BH: Insyallah Dato'. Saya akan bantu dan mewar-warkan kepada semua blogger Pahang.

DS melangkah pergi meninggalkan kami.
Saya bagi tau Zamri; 'ada cahaya cerah dihadapan, jika tidak ada awan hitam yang melindungi, kita akan dapat lihat langit dihias bulan dan bintang'
Zamri: ???


10 comments:

Apache said...

Insyaallah...Kebenaran pasti datang..saya akan bersama...

sri tribuana said...

bravo saudara braveheart

GOMO said...

SALAM BRO...
KALAU BERKESEMPATAN BOLEH LAH KITA BERSUA MUKA..

HE HE HE

SALAM...

AnjungTAHAN said...

Salam.tahniah satu artikal yg menarik.Saudara jugak sepatutnya menasihati para pemimpin UMNO untuk berubah.Persoalan kenapa UMNO kalah teruk di PRU ke 12 yg lalu adalah kerana rakyat membenci kepada ramai pemimpin pemimpin UMNO yg saya anggap bangsat.Perubahan yg paling penting sekarang adalah menyingkirkan mana mana pemimpin yg terlalu banyak melakukan onar yg sudah busuk dan membusukkan.Tidak hanya membusukkan diri mereka sahaja tetapi jugak membusukkan UMNO.Tetapi soalnya kenapa pemimpin pemimpin yg busuk dan membusukkan ini masih lagi dilantik?.Adakah UMNO memang cuba mencabar rakyat?.Jika pandangan rakyat masih tidak di endahkan terimalah akibat yg lebih teruk di PRU 13 nanti.

menyegar said...
This comment has been removed by the author.
geefadzli said...

ANJUNG TAHAN SAID: KENAPA UMNO KALAH TERUK PRU12...
BUTA KEDIA NI..PR DH MENANG BESAR KE SMAPAI BOLE JADI KERAJAAN PUSAT..BARU DAPAT 5 NEGERI DAH ANGKUH..ITU PUN GAGAL PERTAHANKAN PERAK..KEGAGALAN YG NYATA

menyegar said...

Salam gee fadzil lagilah bodoh tak memahami kehendak rakyat.Bukan rakyat tak suka UMNO cuma rakyat mahu pemimpin yg tulin yg benar benar membela rakyat.Buata hati ke geefadzil sehingga tidak tau menilai hingga tak mengambil kira siapa sahaj yg UMNO calon kan terus saja mengundi? Saya rasa yg penting kita mestilah memilih calon yg baik yga berakal dan tidak bangsat. ramai pemimpin UMNO mmg kelihatan bangsat. hilangkan sikap begini untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.Janganlah hendaknya geefadzil undi saja siap yg UMNO calonkan.tapi undilah siap yg boleh bekerja dlm erti kata mereka benar benar menjadi yang berkhidmat (YB) kepada rakyat bukan yg hanya mementingkan poket semata mata.

azamwild said...
This comment has been removed by a blog administrator.
.@blogger.com said...

Salam semua dan terima kasih kerana memeberikan segala rupa pandangan. Saya beranggapan semua pandangan saudara adalah benar dan betul. Tiada pandangan yang salah kerana itu adalah dari kontek pandangan tersendiri yang tentunya berbeza sama sekali antara satu dengan lain. Tambahan pula jika kita nilaikannya berdasarkan lokaliti. Kita tidak boleh samakan sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain, pengundi kawasan itu dengan pengundi kawasan yang lain. Sensiviti dan kehendak mereka disesuatu kawasan itu dengan kawasan lain sangat berbeza. Justru, bukanlah satu cara yang sama dapat memperbetulkan semua keadaan.

Bagaimanapun kita merasa lega kerana adanya kesedaran bahawa perjuangan membangunkan negara dan membela masyarakat bangsa kita tidak mampu dilakukan oleh PR kerana itu bukanlah perjuangan sebenar mereka. Mereka sebenarnya hanyalah inginkan kekuasaan politik dan bukan berjuang untuk rakyat. Dalam politik PR bukan mereka berjuang untuk rakyat tetapi rakyat yang dituntut berjuang untuk mereka. Justru, dalam PRU akan datang kita harus membuat keputusan bahawa kita mesti menolak PR secara jelas dan nyata ~ bERANIKAN hATI

menyegar said...

Salam. Alah Zamri kuala Tahan tu apa yg ada nya?Ada Telo aje

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...