09 April, 2009

RAKYAT JUGA HARUS DIHUKUM

Satu dari rusuhan yang menentang kerajaan


Rakyat telah menghukum BN/UMNO di 2 PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Calon BN telah ditolak. Rakyat masih tidak mahu menerima karajaan yang dipimpin oleh UMNO dalamBN.

Di Bukit Gantang, rakyat menolak UMNO manakala di Buklit Selambau rakyat menolak MIC. Apa pun alasan yang diberikan, hakikatnya adalah rakyat masih menolak BN. Apakah yang masih tidak kena pada BN/Kerajaan sehingga rakyat menghukum keranaan sedemikian rupa?

Kita melihat bahawa UMNO telah sedaya-upaya berubah. Kerajaan pun telah cuba berubah. Besar pengorbanan yang telah kerajaan lakukan untuk merealisasikan perubahan ini - Pak Lah rela berundur untuk memberikan laluan kepada DS Najib, tetapi kenapa rakyat masih belumn menerima ini?

UMNO dan berubah, Kerajaan dan berubah tetapi bilakan rakyat ingin berubah? Apakah rakyat hanya meminta untuk berubah sedangkan mereka sendiri enggan berubah? Apakah ini wajar?

Kepada Kerajaan dibawah PM baru DS Najib, saya mencadangkan supaya rakyat juga dihukum kerana keenganan mereka berubah. Apakah wajar jika UMNO/Kerajaan tidak berubah rakyat boleh menghukum sedangkan apabila rakyat enggan berubah mereka tidak boleh dihukum?

Kepada DS Najib saya mencadangkan supaya beliau menumpukan perhatian dan pembangunan kepada dimana rakyat menyokong kerajaan dan memulaukan rakyat yang tidak menyokong kerajaan. Inilah hukuman yang sewajarnya mereka terima. Berikanlah bantuan kepada rakyat yang telah mengundi dan menyokong kerajaan dengan apacara sekalipun kerana mereka memang wajar menerima ini dan abaikan pada mereka yang menentang.

Para pelajar yang menentang kerajaan jangan diberikan biasiswa atau ditarik balik, para pekerja kerajaan yang terang-terang menentang kerajaan dan menyokong pembangkang harus juga dipecat, rakyat yang memohon segala jenis bantuan, subsidi dan sebagainya harus juga ditapis dengan teliti dan pastikan hanya yang menyokong kerajaan saja yang akan mendapat manafaat nya.

Kalau selama ini rakyat boleh menghukum kerajaan, kenapa kerajaaan tidak boleh menghukum rakyat pula? Dan memang wajar jika segala pembangunan hanya diberikan kepada penyokong kerajaan selaras dengan sokongan yang mereka berikan dan memang juga wajar jika pembangkang kerajaan disisihkan dari segala segi pembangunan dan bantuan sesuai dengan apa yang mereka lakukan kepada kerajaan.

Mulai dari hari ini, rakyat yang inginkan apa saja bantuan hendaklah memohon dari wakil rakyat yang mereka pilih itu kerana itu adalah pilihan dan kehendak mereka. Supaya mereka kelak akan mengerti dan lebih menghargai apa yang kerajaaan telah berikan kepada mereka.

12 comments:

add said...

Salam BRO, Saya amat bersetuju dengan cadangan sdr. tapi pihak pembangkang akan kata balik rakyat pembangkang pun bayar cukai juga.. macamana?.. tapi apa-apa pun saya setuju sesangat pasal hukum rakyat pembangkang ni...

Unknown said...

yup.... saya setuju 100%

Unknown said...

yup.... saya setuju 100%

Jeepers Creepers said...

sayo sokong..semua penyokong pembangkang harus dikerah melawan melawan zionis

Suara Pemuda said...

Salam..

Tak boleh camni..

Kerana BN adalah kerajaan rakyat.

jangan salahkan rakyat.. rakyat adalah pengundi..

Dalam keadaan ni.. BN kena cari jalan untuk jadi yang terbaik dari pembangkang..

Dengan cara ini.. yang menyokong pembangkang akan beralih arah..

Ingat; jangan timbulkan kebencian oleh rakyat kepada kerajaan..

Jika kita jadi yang terbaik.. undi mereka akan beralih kepada kita

Wassalam...

Syed @ Don said...

ini la yang songsang ni. Saudara BH kena pandai bezakan yang mana kerajaan, yang mana Barisan Nasional. Sebagai kerajaan, tidak ada hak untuk memarahi bukan penyokong BN malahan rakyat tetap rakyat, mereka seharusnya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Jika kerajaan benar-benar menjaga rakyat, tidak akan timbul isu kerajaan bertukar. Ini, hanya kawasan pilihanraya mendapat projek-projek dan imbuhan. Tempat lain?

Ingatlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kekerasan bukan jawapan bagi semuanya. Jika BH masih lagi setuju bahawa hukuman kepada pengundi diwujudkan, baik tak payah mengundi langsung! tapayah pakai demokrasi!

datuk said...

Inilah masalahnya bila orang tak faham beza Kerajaan dengan BN. Sifat beginilah yang masih menyebabkan rakyat menolak BN/Umno. Sepatutnya lagi keras orang itu lagi kita berlembut supaya dapat memujuk mereka, barulah berubah hati dan setuju kembali menyokong BN. Api bukan Api lawannya tapi Air. Ubahlah sikap itu dulu.

.@blogger.com said...

masalahnya adalah;kepada sebahagian rakyat yang membangkang kerajaaan, mindset mereka adalah jika membangkang kerajaan akan lebih berikan perhatian - jika hendakkan pembangunan dan sebagainya kenalah tunjukkan yang kita membangkang baru kerajaan akan memberikan layanan kepada kita.
2) Jawapan kepada syed@don dan DrAfauzi, bagaimana dengan kerajaan PR di Perak? Apakah mereka memerentah sebagai sebuah kerajaan rakyat atau kerajaan PAS? Kerana mereka juga kelihatan bias kepada kelompok mereka saja. Mereka juga tidak memberikan perhatian kepada penyokong BN disana? Apa jawapan sdr?

Syed @ Don said...

apakah hujah saudara mengatakan mereka bias kepada kelompok mereka? adakah mereka kerajaan persekutuan yang mempunyai byk wang? apakah penjelasan untuk sesen pun tidak disalurkan kepada Pulau Pinang hanya kerana mereka dikuasai DAP? adakah ahli BN dizalimi di Perak, Kedah, Selangor dan PP? siapa yang berkobar-kobar di selangor? Khir atau Khalid? kuasa TV, ke arah siapa? akhbar? ke mana?
renung-renungkan.

.@blogger.com said...

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mendapatkan dan mengawal kewangan negerinya yang ditadbir oleh parti berkenaan. Jika hal kewangan kerajaan negeri perlukan kerajaan persekutuan @ pusat untuk membantunya jadi kerana apa kita harus memilih mereka untuk mentadbir negeri? Negeri mesti berupaya untuk berdiri sendiri dan saya percaya kerajaan pusat juga membantu. Oleh itu sewajarnyalah kerajaan pusat membantu LEBIH kepada negeri-negeri yang diperintah oleh BN daripada negeri yang diperintah oleh Pembangkang. Ini lah hukuman yang wajar - SEBENARNYA ini BUKAN hukuman tetapi suatu KEWAJARAN. Untuk apa kita membantu mereka yang memusuhi kita? Jika kerajaan negeri tidak mampu mentadbir kenapa mereka ingin memerintah?

Syed @ Don said...

isi saya di disini bukan tentang mampu memerintah atau tidak tetapi tentang betapa konsep demokrasi dan berat sebelah diamalkan terang-terangan di Malaysia. Oleh kerana saudara di pihak yang menang, saudara akan merasakan itu wajar. Bagaimana dia PR memerintah negara dan saudara ditidakkan semua hak biasiswa pendidikan anak2, wang pencen, pinjaman perumahan, hak milik tanah - hanya kerana saudara pernah menulis komen yang menyokong BN? adakah saudara masih merasakan PR sewajarnya menidakkan semua hak saudara? Jika diperhalusi demokrasi, kabinet tidak semestinya hanya dibentuk daripada parti yang sama kerana pembangkang bukanlah musuh tetapi perlu dianggap sebagai "sahabat yang sentiasa membetulkan seorang sahabat yang tersilap pilihan". Barrack Obama menentang Hillary Clinton dalam pilihanraya sebuah negara gergasi, USA tetapi tidak pula dia menidakkan hak Hillary kerana sememangnya Hillary seorang yang dilihat sebagai seorang yang mempunyai kebolehan memerintah, cuba kurang popular di kalangan rakyat, maka beliau dilantik selaku setiausaha (setaraf timbalan presiden), adakah Barrack Obama sudah ditikam belakang oleh Hillary? Buka minda, fikirlah lebih jauh.

Xenan said...

hehe..gila betul penyokong UMNO ni.Korg perasan tak kalau di palestain sapa yg dok cakap nada camni.

Gila!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...