06 October, 2009

PARTI AJARAN SESAT: PENYOKONG TAKSUB HALALKAN DARAH SESAMA ISLAM



macam ada persamaan, cuma yang ini cerdik sikit tak pegang bendera hijau



PAS! Parti Ajaran Sesat, Parti Ajaran Syaitan, Parti Ajaran Songsang? Entah apa lagi yang patut digelarkan kepada sebuah parti yang 'kunun' nya memperjuangkan Islam.

Tetapi yang jelas imej Islam itu semakin tercalar dari hari ke sehari. Islam yang diperjuangkan tak kesampaian malahan semakin jelas bahawa segalanya hanyalah retorik semata-mata. Bahkan semakin ramai sama ada pemerhati atau para pengikutnya menyedari bahawa PAS tidak mampu perjuangkan apa-apa pun atas nama Islam kerana yang mereka perjuangkan selama ini adalah kepentingan peribadi para pemimpin mereka sendiri.

Lihatlah, ketika ceramah-ceramah diadakan, para pengikut mengeluarkan bayaran sama ada atas nama derma atau pun apa tetapi yang mengaut bayaran itu adalah pemimpin mereka yang datang berceramah. Para penyokong datang bermotorsikal atau berkereta buruk dan memberikan bayaran sedangkan para pemimpin mereka datang dengan kereta mewah, berceramah dengan memaki hamun dan menerima bayaran itu. Inikah makna perjuangan bagi mereka? Para penyokong parti ini ditipu dari hidup sampai mereka mati. Namun mereka redha akan penipuan ini atas nama perjuangan Islam.

Tentu kita belum lupa akan cerita 'lembu-lembu' yang berbaring ditengah jalan sewaktu PAS mengadakan rusuhan menentang perlantikan Dato' Zambri sebagai Menteri Besar Perak dulu. Namun kini 'lembu-lembu' ini telah bergerak dan berkandang di Bagan Pinang dan berubah menjadi semakin aggresif dan ganas dengan menanduk dan mendogok sesiapa saja yang bukan dari kalangan mereka. Mereka sudah terlalu taksub dan jumud. Mereka tersangat patuh kepada pemimpin mereka sehingga mereka tidak mampu lagi menilai sendiri yang mana yang benar dan salah dan yang mana yang baik dan buruk. Ketaksuban mereka ini sehingga sanggup memakan najis pemimpin mereka sendiri.

Kerana itulah semasa penamaan calon PRK di Bagan Pinag dulu mereka telah melakukan provokasi yang terlampau sehingga bukan saja sanggup mencaci dan mengina pemimpin negara bahkan sanggup mencederakan dengan cara kekerasan.

Para pemimpin mereka berdiam diri bahkan menafikan perkara itu berlaku, tetapi sebaliknya jika tanpa arahan dari pihak atasan apakah perkara ini mungkin berlaku? Jikalau para pengikut PAS ini disamakan sebagai pengikut parti ajaran syaitan maka sudah tentulah para pemimpin ulamak mereka juga sewajarnya digelar ulamak syaitan juga, kerana ulamak sebenarnya hanya mencari kebaikan bukan permusuhan sedangkan ulamak mereka mencari permusuhan bukan kebaikan. Oleh itu jangan hairan apabila ulamak mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan darah sesama Islam hanya kerana berlainan fahaman politik.


(Klik sini untuk tahu lebih banyak)

9 comments:

MAT POPIA said...

Biasa la, nama pun Parti Ajaran Sesat. cuba kalau puak dia aku jentik telinga sikit, dah tentu kecoh satu dunia.

TokJanggut said...

Betul beranikan hati, ajaran sesat perlu dibendung. Bila semua asyik menuduh UMNO, pada hakikatnya, UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak meibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.

ISAC said...

Salam,

Betul Tok Janggut...Tapi da banyak lagi yang patut ditambah. Panduan untuk Rakyaat Bagan Pinang;

1)Jangan Undi Parti "Islam" yang telah terang2 mengaku mereka sebenarnya cuma menipu pasal nak tegakkan negara Islam.
2)Jangan undi Parti "Islam" yang suka memfitnah. Kerana dalam Islam menuduh tanpa bukti adalah fitnah. 80 rotan.
3)Jangan undi parti "Islam" yang suka menelanjangkan aib orang lain. Saksi cuma boleh cerita kalau dia jadi saksi di mahkamah. Itu adab Islam.
4)Jangan undi parti "Islam" yang tak boleh membangunkan negara. Meletakkan pemimpin yang tidak berkebolehan itu haram, menzalimi rakyaat.
5)Jangan Undi Parti "Islam" yang menolak perpaduan sesama Islam.
6)Jangan undi parti yang dipimpin oleh bekas banduan. Dalam Islam jika menuduh tanpa cukup saksi nak jadi saksi lain kali pun tidak layak. Inikan nak jadi PM pulak.
7)Jangan Undi Parti Islam yang bersengkokol dengan rakan parti yang songlap duit peruntukkan pembangunan kawasan DUN. Pencuri hak rakyaat.
8)Jangan Undi Parti Islam yang bersengkokol dengan rakan parti yang "membunuh" setiausaha sendiri.
9)Jangan undi Gabungan Parti yang memiskin negeri, macam negeri Selangor sampai duit zakat pun nak songlap.
10)Jangan Undi Parti "Islam" yang menjual murah ayat2 Al-Quran, cth. kalau orang buat haram tapi sendiri buat "halal".
11)Jangan undi parti "Islam" yang bersengkokol bersama kafir harbi.
12)Jangan undi parti "Islam" yang gadaikan kawasan balak kepada Cina Singapura.
DLL.

Nampaknya kalau nak dibandingkan dengan Isa yang cuma melobi dalam pemilihan parti, 1 kesalahan terhadap etika parti dan lawannya yang ada lebih 12 kesalahan, sudah tentulah Isa lebih layak.

Apa macam Tok Janggut.

Walaubagaimanapun terimakasih kerana menggunakan bahasa yang agak baik. Tidak mencaci-maki seperti rakan2 anda yang lain.

Kawan bukannya ahli Umno cuma gunakan akal di kala membuat pilihan.

Anonymous said...

Salam para bloggers. Setuju drngan ISAC jgn undi Pas .tetapi saya jugak nak tambah sikit kat sini., jgn undi isa samad kerana kita tau peribadi dia mcm mana. kalau masih org undi dias aku tak taulah tahap lembu mana pengundi tersebut.

bRAVEhEART said...

Salam Semua,
Terima kasih terutama kepada Isac @ Blogger Bumiyang, yang memberikan komen panjang lebar. Dalam soal memilih ADUN Bagan Pinang ini, kita hanya ada 2 pilihan - memang Isa Samad kurang sempurna tetapi lawannya itu nampak lebih kurang sempurna dari bveliau dalam banyak hal. Justru kita pilihlah yang terbaik diantara 2 yang buruk ini dan pilihan kita adalah masih Isa Samad. Semoga Isa Samad akan mampu mengembalikan maruan BN ~ bRAVEhEART

mudz said...

Kenapa UMNO pilih Isa??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

Anonymous said...

Bravo Muds.aku sokong

Sangtawal Sakranta said...

salam,

artikel yang menarik.

semoga agama islam tidak dilacurkan untuk kepentingan politik peribadi.

beranikan hati untuk selalu berkata benar!

wassalam!

Anonymous said...

Sesunguhnya kebenaran itu sesuatu yg sangat pahit untuk di dengar tapi kita kenalah menerima kenyataannya

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...