Gambar Hiasan - Bangunan Pejabat Pos Kuala Lipis
Posting saya semalam mendapat respon baik melalui email dari beberapa sahabat terutama dari Kuala Lipis dan Jerantut meminta menyuarakan tentang 'ini dan itu' ditempat masing-masing. Insyallah saya akan lakukan nanti setelah mengumpul bahan-bahannya.
Seorang sahabat dari 'Lepih' (Kuala Lipis), sahabat kepada Hassan Tempoyang (tak ada kena mengena dengan Husin Lempoyang) merakamkan rasa kecewanya bila tidak mendapat layanan saksama dari sebuah jabatan kerajaan dalam pemberian tender pengurusan sebuah destinasi pelancongan. Dengan duka-lara beliau menyindir; saya tak ada duit untuk jadi ahli 'Sharklee' berkali-kali, saya juga tak ada hotel dan restoran untuk 'belanja' mereka makan, tapi perkara ini tidak hanya akan berakhir disini!
Saya tidak jelas maksud sebenarnya sahabat kepada sahabat saya itu, namun saya hanya ingin mengaitkan insiden ini dengan apa yang kerajaan UMNO/BN sedang alami selama ini; Kekalahan UMNO/BN bukanlah hanya kerana ahlinya sahaja tetapi penjawat awam juga berperanan dalam menimbulkan kekecewaan rakyat. Dalam kata lain, penjawat awam yang tidak dikenali status partinya juga menjadi liabiliti kepada UMNO/BN selama ini.
Penjawat awam seharusnya sentiasa menyokong setiap tindakan kerajaan dan menterjemahkannya sebaik mungkin agar memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa mereka adalah jentera kerajaan yang bertindak selaras dengan citarasa dan hasrat kerajaan UMNO/BN, namun terdapat kecenderungan peribadi yang mengecewakan rakyat dan dalam masa yang sama mencemarkan reputasi baik UMNO dan kerajaan.
Sebagai contoh yang sangat jelas; banyak pihak kecewa dengan tender dan kontrak yang melibatkan kontraktor kelas 'F' yang dikatakan tidak telus atau di 'niagakan'. Siapakah yang terlibat dengan ketidak telusan setiap projek-projek berkenaan? Kita mendengar bahkan kadang-kadang melihatnya dengan jelas itu berlaku didepan mata kita. Malangnya hal demikian terus dan terus berlaku tanpa ada tindakan yang benar-benar memberi kesan. Kepincangan dalam kerajaan UMNO/BN selama ini, jangan kita salahkan UMNO/BN semata-mata, kerana ada entiti lain yang juga terlibat dan memainkan peranan besar.
Yang sangat mengecewakan adalah mereka sebagai jentera kerajaan sepatutnya menyokong bagi meneguhkan kerajaan dimana mereka berkhidmat untuknya namun melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kerajaan menjadi lemah dan tidak disukai.
Kita percaya slogan 'SATU MALAYSIA' yang dibawa oleh PM ini bukan hanya retorik semata-mata, dan ianya bukah setakat menyatupadukan semua bangsa dan memberikan hak yang sama kepada semua, namun akan bertindak tegas dan adil kepada penjawat awan yang menyeleweng dan melakukan perniagaan atas jawatan yang mereka sandang. Ini bukan soal mereka itu parti mana apa atau menyokong parti apa. Ini adalah soal etika dalam kerja, tanggung-jawab serta kepercayaan yang kerajaan dan rakyat berikan kepada mereka.
Berbalik kepada kes sahabat kepada sahabat saya Hassan Tempoyang tadi, sekiranya sebelum ketuanan melayu dihapuskan lagi dan konsep Satu Malaysia diterapkan 'orang' kita sudah hilang pertimbangan, saya rasa apabila konsep Satu Malaysia dilaksanakan nanti tentu tiada lagi bangsa kita yang mampu bersaing dengan bangsa lain yang lebih mahir dalam tumbuk rusuk serta memiliki 'peluru emas'
Selalu juga kita mendengar salah satu punca kegagalan projek-projek kerajaan adalah berpunca dari tidak mendapat sokongan dari penjawat awam. Banyak projek tersia-sia dan gagal mencapai matlamatnya kerana adanya ketirisan dan selewengan. Mereka tidak bersungguh-sungguh menjayakannya sama ada kerana kelainan haluan politik atau sebab-sebab lain yang lebih peribadi. Namun kerajaan harus juga memandang ini sebagai satu ancaman kepada kestabilan. Ini harus juga dibersihkan dan dilakukan secara telus.
Saya percaya posting ini akan mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari pihak tertentu, namun saya bersuara demi rakyat, demi bangsa dan negara yang tercinta ini!
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
7 comments:
Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia.
Tahniah atas pendedahan berani ssaudara... saya amat bersetuju.
Memang ada "segelintir" kakitangan awam yang menjadi libiliti kepada UMNO/BN malah ada yang terang-terang menjadi ahli dan berjawatan dalam parti pembangkang.
Saya teringat cerita kawan-kawan... tentang bab kesetiaan pekerja dan majikan.... ceritanya disimpulkan dengan analogi.... "anjing yang cukup diberi makan oleh tuannya, tidak akan menggigit tuannya".
Kepada kakitangan awam.... fikir-fikirlah
Salam,
Terima kasih AJK Bahagian, asal kita sedar dan mengakuinya. Jangan kita hanya menyalahkan UMNO semata-mata sedangkan ada pihak lain yang berbuat angkara dengan menconteng arang ke muka namun manuding jari kearah lain. Mereka ini duri dalam daging dan makhluk perosak. Kerajaan harus lebih dan berani bertegas ~ bRAVEhEART
ramai juga kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang dan sentiasa menggagalkan sebarang usaha baik dan cadangan kerajaan umno/bn...
Nyahkanlah mereka dari jawatan mereka kalau dah tau mereka yg buat rasa ketidak puasan hati rakyat.Buat apa masih di ambil mereka bekerja jika mereka tidak mengikut aliran perti yg memerintah
nice posting bro..jom baca komen ad cina kutuk melayu..sgghh sbntr di blog sye - http://danialatifnasiren.blogspot.com/2009/09/militant-mas-feel-selamat-in-malaysia.html
Semuanya ini...rasa peritnya seperti menelan hempedu - bagai racun menyusuk kalbu.
Salam.. Kakitangan awam sekarang mmg ada segelintir yg menjadi libiliti kepada kerajaan pimpinan UMNO. Mereka sebenarnya bukan hanya menconteng arang ke muka UMNO malahan menconteng buntut UMNO jugak. org seperti ini sebenarnya patutlah di pecat dari menjawat didalam jawatan mereka.
Post a Comment