jembatan gantung yang runtuh di Kampar
Sibuk untuk menulis walau hati tersangat ingin. Banyak yang hendak ditulis untuk dikongsikan bersama pembaca - sebelah sini juga disebelah sana. Saya sentiasa ingatkan diri; berlainan pendapat bukanlah satu kesalahan.
Posting terdahulu mendapat respon menarik termasuk dari orang 'lepih' sendiri. Ada yang menghantar pandangan pada komen dan ada juga yang menulis panjang di email. Terima kasih semuanya.
Saya masih ingin membincangkan dan berkisar kepada isu penjawat awam yang seumpama 'duri dalam daging' yang tindakannya secara sedar atau tidak telah merosakkan dan menjejaskan reputasi baik kerajaan BN selama ini. Dibawah pentadbiran DS Najib dan perlaksanaan 'Satu Malaysia' nya, kita harapkan penyelewengan ini ditentang sekeras-kerasnya kerana ini adalah satu rasuah yang parah dan akan membawa padah kepada kerajaan BN akan datang - PRU13 nanti.
Saya berkesempatan berada di sebuah pejabat kerajaan yang menguruskan hasil mahsul negeri beberapa minggu lalu. Saya merasa sangat asing kerana yang datang berurusan kebanyakannya adalah dari kalangan taukeh-taukeh besar yang mungkin Dato' - Dato' atau bahkan Tan Seri. Kalau ada pun hanya satu dua Bangsa Melayu...mungkin hanya macai. Sekali pandang kita melihat bahawa hasih mahsul dari negeri mengalir kedalam kocek mereka dan apa yang orang melayu akan dapat?
Bangsa melayu sering di 'cap' sebagai tidak pandai berniaga dan tak ada kebolehan. Soalnya apakah kita diberi peluang oleh penjawat awam yang juga dari bangsa sendiri? Saya ambil kes permohonan tanah umpamanya. Permohonan yang dibuat oleh orang melayu akan lambat sampai keatas untuk pertimbangan, tetapi permohonan dari bangsa itu akan cepat sampai. Kenapa? Kerana permohonan mereka disertakan dengan 'angpaw' atau lebih tegas saya sebutkan 'RASUAH'.
Saya juga dimaklumkan bahawa dalam kes tender sebuah komplek pelancongan di Pahang Barat yang diserahkan kepada seorang taukeh namun turut menyertai tender tersebut ada beberapa penyertaan dari bangsa melayu yang antaranya adalah seorang ketua wanita bahagian (bukan lipis). Apakah antara 4 atau 5 Melayu yang menyertai tender berkenaan semuanya memang tidak layak? Jika inilah cara berfikir melayu yang memilih ini, mereka memang wajar tidak menjadi bangsa melayu kerana mereka mengkhianati bangsa sendiri. Merekalah yang mengadai negara kepada bangsa lain - kerana harta rasuah. (kadang-kadang mereka ini penentang kerajaan dan sering menyalahkan kerajaan termasuk menyalahkan UMNO dalam politik wang)
Malangnya, apabila orang melayu ingin menyertakan 'rasuah' bersama permohonannya, maka penjawat awam berbangsa melayu ini tidak ingin menerimanya atas alasan berugama Islam dan menolak rasuah. Namun mereka menerima dari bangsa lain dan Jadi, bangsa melayulah yang sentiasa dalam kerugian.
Menteri Besar harus memberikan perhatian terhadap perkara berkenaan, begitu juga Perdana Menteri 'Satu Malaysia' kita. Kita tidak hendak melayu menjadi bangsa yang malang di tanah air sendiri.
Kes jembatan gantung yang runtuh di Kampar diharapkan tidak ada kaitan dengan pemberian dan penerimaan rasuah yang menyebabkan specifikasi dan struktur jembatan berkenaan di'rendah standardkan' hanya kerana ingin mendapat keuntungan berlebihan. Ini bukan satu tuduhan - ini hanya andaian dari fikiran nakal saya sendiri, namun saya sentiasa berharap ianya bukanlah disebabkan hal yang sedemikian.
(Sila klik disini untuk baca diblog bumiyang mengenai tragedi jembatan gantung yang runtuh di Kampar)
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
5 comments:
Salam BH, kepada siapa yang nak dipersalahkan ?
Kebanyakan katitangan/pegawai Kerajaan adalah orang Melayu, kalau di negeri-negeri Melayu tempatan, sesetengah sikap mereka yang tidak amanah inilah yang menyebabkan rakyat Melayu bangkit marahkan Kerajaan UMNO......
Kalau Melayu runtuh, merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab kerana tidak amanah dalam menjalankan tugas...
Salam sdr YangGambi,
akhirnya sdr juga bersuara. kita hanya menyatakan kebenaran dan kebenaran itu bukan hanya dipihak BN sahaja. Jadi saya berjuang bersama BN selagi BN benar dan saya akan berjuang utk kebenaran bilamana BN tidak lagi dipihak yang benar. Kita bukan derhaka, kita menuntut HAK ~ bRAVEhEART
Nyatakanlah kebenaran walaupun ianya pahit.
Nyatakanlah kebenaran walaupun ianya pahit.
Salam Bang,
Maka untuk kesekian kali kawan nak mengeluh lagi...semuanya ini rasa peritnya seperti menelan hempedu - bagai racun menyusuk kalbu...
Post a Comment