02 October, 2009

SEMBAH DERHAKA: LAGI MENTERI MELAYU TIPU ORANG MELAYU

gambar hiasan


Khaled jawab kebimbangan Dr. Mahathir - Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

‘‘Secara umumnya jumlah pelajar Melayu di IPTA semakin meningkat. Peningkatan itu adalah kesan daripada sistem meritokrasi yang diperkenalkan pada 1999.

‘‘Cuma diakui bilangan mereka agak rendah dalam bidang kritikal dan popular seperti perubatan dan kejuruteraan berbanding kaum lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin berkurangan berbanding kaum lain.
(Klik untuk baca keseluruhannya)



Saya tidak tahu apa perasaan saya dan saya tidak tahu apa saya nak katakan setelah membaca kenyataan diakhbar berkenaan. Apakah DS Khalid Nordin tidak faham persoalan sebenarnya? Kita buka bercakap tentang bilangan atau jumlah pelajar melayu di IPTA yang katanya meningkat, tetapi kita perkatakan ratio nya berbanding dengan bangsa lain. Memang jumlahnya meningkat selaras dengan pertambahan penduduk tetapi kalau kita perbandingkan antara pelajar bangsa kita dengan bangsa bagaimana pula? Itu soalan yang DS Khalid perlu jawapkan. Dato', saya nasihatkan agar cukup-cukuplah menipu bangsa melayu. Kami semakin rasa membenci.

9 comments:

Anonymous said...

Kita undi PAS dan PAS menang. PAS memerintah tapi PAS tak dapat laksanakan Islam tunjang pemerintah kerana PAS adalah boneka kepada DAP. Lihatlah di Perak. PAS sanggup membiarkan Islam di hina Melayu di pijak kerana ingin kuasa politik. Dulu membangun bersama Islam sekarang membangun bersama DAP. Dulu PAS untuk ulamak sekarang PAS untuk semua termasuk pelacur, kaki bontot, kaki rasuah dll

Anonymous said...

inilah dia masaalahnya. Sindrom "denial" masih lagi jadi amalan dikalangan pemimpin-pemimpin negara. Khaled Nordin ni nyata tidak "hands on" dlm menjalankan tugas dan tanggung jawabnya. Kenapa kita masih lagi ada seorang menteri spt ini yg akan menjadi liabiliti kpd UMNO dan kerajaan sekarang sekiranya beliau terus dgn caranya...

Anonymous said...

Melayu masih khayal dengan kecanduan limpah rahmat Allah selepas 52 tahun merdeka. Tiada usaha untuk bersaing dan mendahului bangsa2 lain yang telah lama menapak di Tanah bertuah ini. Kebodohan pak2 menteri mengubal kemasukan pelajar IPTA menunjukkan kebodohan bilangan Melayu memang ramai tetapi bidang Kritikal bagaimana ??? Melayu hanya sibuk bertukar henpon dengan duit PTPTN. cam Pak Kadok Menang Sorak Kampung Tergadai. adios.

Anonymous said...

Salam.. kenapa kita tak jadikan di malaysia bukan hanya 1 parti yg memerintah? Jika 1 parti sahaja yg memerintah beginilah keadaannya sampai bila bila. pemimpin akan bermaharaja lela melakukan rasuah. dgn terlaksananya dua parti pemimpin akan berfikir byk kali sebelom melakukan rasuah kerana takut kehilangan jawatannya nanti. fikirkanlah. jadilah pengundi yg bijak. bukan lembu yg hanya mengikut tali yg di pegang oleh tuannya.Kesedaran perlu ada dlm jiwa pengundi. Jangan terlalu fanatik dengan sesebuah parti.

Anonymous said...

Salam para bloggers semua.Setelah beberapa kali pengundi memberi amaran kepada para pemimpin UMNO untuk berubah,namun keputusannya tetap sama iaitu tiada perubahan yg dibuat oleh para pemimpin mereka. Apa lagi yg perlu kita buat untuk mengubah UMNO? tepuk dada tanya selera.cara terbaik adalah kita paksa mereka berubah. campak segala pemimpin yg bangat ini ketepi jalan.

Anonymous said...

Anon 5:17pm,

Pelik juga kamu ni.....
Kamu kata Pas boneka Dap, habis Umno boneka Mca tak ape....boneka Mic tak ape....

Sebenarnya org bercakap pasal Umno yg semakin lari dari perjuangan asalnya,

Semakin mendahulukan wang dari perjuangan, itu masaalahnya.

Tentang sikap Pas yg semakin terbuka, itulah yg membimbangkan Umno sebenarnya,

Umno sangat takut jika Pas boleh diterima oleh lain2 bangsa yg nantinya bakal mengambil aleh tempat Umno didalam politik pelbagai kaum di M'sia.

Itulah hakikatnya dengan tuduhan kononya Pas jadi boneka Dap......ada faham ?

Anonymous said...

Blog ini sedang dipantau dengan menggunakan perisian khas kerana mengandungi artikel-artikel yang berbau fitnah dan hasutan. Apabila lokasi dan pemilik blog ini dapat dikesan, tindakan undang-undang akan diambil!

Harap maklum.

Anonymous said...

Salam semua.Anon 331.Salahkah jika bloggers mengatakan kebenaran atas kepincangan pemimpin UMNO?.Nyatalah pemimpin UMNO masih tidah berubah.

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih anon 3:31 kerana memaklumkan pemantau dibuat keatas blog ini. Adalah satu kesalahan menyatakan kebenaran jika kebenaran itu mengenai pihak mereka, tetapi jika mereka melakukan perkara sama kepada pihak kita hukumnya masih HALAL. Inilah peraturan Islam sejati ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...