Suara Anak Pahang - Perlu Baca

22 July, 2010

AKAN KEKALKAH KUASA UMNO?

Oiii! bro, sampai nak patah tengkok berjuang membela bangsa dan negara?




Semasa kunjungan PM ke Jerantut bukan lalu dalam rangka merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian beliau ada menyebut tentang perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO setempat yang membeli undi dengan cara menawarkan lawatan ke luar negara dan bahkan ke Mekah menunaikan fardhu haji ataupun umrah.


Bukan main riuh sekali tepukan dari para perwakilan dan para pemimpin seakan mengiakan teguran PM. Namun jauh disudut hati mereka, mereka sebenarnya sangat berbangga dengan diri mereka dibeli sedemikian rupa dan dijadikan buah mulut percakapan pemimpin no 1 negara. Dimanakah maruah para perwakilan dan pemimpin yang menaja lawatan berkenaan? Rupanya UMNO masih enggan berubah dan hanya menganggap teguran PM sebagai satu galakan kepada mereka untuk melakukan lebih banyak onar.


Tiba-tiba saya terdengar desus-desar dari sahabat handai di Jerantut bahawa tidak lama lagi satu kumpulan besar yang terdiri dari ketua-ketua kampong dan pemimpin UMNO dalam sebuah DUN di pedalaman akan berangkat ke tanah suci Mekah. Ini kah wakil rakyat yang kita harapkan memimpin kita? Dan inikah ketua-ketua kampong dan ketua-ketua UMNO cawangan yang kita pilih?


Saya benar-benar berharap supaya PRU13 nanti benar-benar akan mengajar pemimpin kita yang masih merasakan bahawa UMNO adalah kuasa politik yang akan kekal abadi. Dan saya memang nampak beberapa Parlimen dan DUN di Pahang akan ditawan oleh pembangkang kerana kealpaan pemimpin kita.


Bacalah rintihan diblog ini, apakah pemimpin UMNO memahaminya dan merasa simpati? Rakyat sudah memberi isyarat, PRU13 tentu akan lebih banyak mengubah suasana politik negara nanti.

7 comments:

bRAVEhEART said...

Salam CMK,
Sukahati kaulah, nak tergelak ke nak terberak ke aku apa peduli. Aku akan tetap menulis bagi suarahati aku sendiri serta suarahati rakyat yang tidak mampu bersuara seperti aku. Engkau tu bolehlah datang dan komen sini bile-bila masa serta ikut suka apa engkau nak kata. Aku sentiasa akan lepaskan komen-komen kau tu walau apa pun kau tulis. Aku percaya pada demokrasi dan kebebasan berkata-kata dan menyuarakan pendapat. Hidup Cucu Mamak Kutty! Kehkehkeh!

WZWH said...

Salam Beranikan Hati,
YB Dato' Wan Amizan adalah seorang pemimpin "luar biasa" pemikiran, cara fikir, tindakan, kaedah kerja,Allah bagi keistimewaan kpd beliau pandai cari duit. Falsafah beliau," wang adalah seperti daun-daun kayu yang bila kita dapat bukanlah hak kita sepenuhnya...perlu diagihkan kepada orang ramai yang berhak. Saudara Beranikan hati pergilah ke pejabat ADUN Tahan bukalah fail-fail wang yang dibagi kpd orang-orang susah, yang memerlukan bukan dari DUN Tahan saja tapi dari DUN Damak, DUN Pulau Tawar, Parlimen Jerantut. Beliau mahu bawa "orang-orang" kuatnya pergi umrah, menziarahi Mekah. Pasti Tun Razak bangga dengannya. Jika semua YB-YB UMNO ada kelebihan sepertinya alangkah bagusnya UMNO. Saudara perlu buat kajian di DUN Tahan adakah rakyat DUN Tahan meyayanginya, membencinya. Saudara turun padang ke DUN Tahan sendiri. Juga saudara tanya kpd pembesar negara YBM Ku Lan, YAB PM, YAB MB, Tengku Muda, Tengku Mahkota, Tuanku Sultan Pahang," Adakah mereka tidak suka YB Dato' Wan Amizan? YB Dato' Wan Amizan tidak bercita-cita tinggi mahu menjadi EXCO, MB, PM, beliau hanya mahu memajukan tempatnya sendiri DUN Tahan-tempat nenek moyangnya. Kenapa saudara Berani Hati blogger rangking ke 31 Malaysia terlalu "BIAS" kpd YB Dato' Wan Amizan?

bRAVEhEART said...

Salam WZWH,
Saya tak menyebut nama sesiapa dan saya tak tau siapa yang dimaksudkan kerana saya hanya dimaklumkan demikian oleh sahabat dari sana. Maaf kalau terkena sesiapa atau seseorang, sya bukan bias tetapi saya melaporkan apa yang diperkatakan oleh rakyat disana. Bias kah itu? Bagaimana kalau saya laporkan mengenai orang lain, apakah WZWH juga akan kata saya juga bias? Nampaknya hampir sama dengan prinsip Pas, bagi mereka halal dan bagi orang lain haram, itu prinsip haramjadah namanya!

Anonymous said...

Salam.Koi tertarik dengan pic seorang perwakilan ke perhimpunan agung boleh tertido!.Memanglah UMNO akan tewas di PRU 13 nanti kalau para pemimpinnya kuat tido.Pemimpin UMNO = kuat tido dan kuat rasuah

Bingai @ Bangang said...

"SIRI SELAMATKAN RAKYAT SELANGOR"
Ceramah isu pasir dan DSAI
23.07.2010 jam 8.30 malam
di Dewan Tabika Kemas,
Jalan Gelama 17/24
Seksyen 24, Shah Alam

cmk kutty cucu jugak said...

wakakakah....klu kau kata pas parti haram jadah...yg umno tu purti anak2 haram ye....kahkahkah....seperti kata p.ramliee...ni bukan parti haram tapi parti anak haram ye....kahtekekahkahkah

cmk kutty cucu jugak said...

wakakakah....klu kau kata pas parti haram jadah...yg umno tu purti anak2 haram ye....kahkahkah....seperti kata p.ramliee...ni bukan parti haram tapi parti anak haram ye....kahtekekahkahkah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...