Suara Anak Pahang - Perlu Baca

06 July, 2010

JERANTUT YANG AKAN JATUH KEPADA PEMBANGKANG DALAM PRU NANTI

Dato' Shah sudah bersedia menanti dibelakang MB
jika beliau tidak dicalonkan nanti.
Tidak akan ada lagi tempat untuk pemimpin yang penakut.


1. Dalam ucapan sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut, PM bersungguh-sungguh meminta supaya ahli-ahli UMNO Bahagian dan Negeri merapatkan saf dan memastikan UMNO BN menang dalam PRU13 nanti agar Pahang tidak dirampas oleh pembangkang. Walaupun beliau tidak secara jelas menyatakan bahawa terdapat kelemahan sokongan terhadap kerajaan di Pahang namun itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Beberapa bahagian di negeri Pahang dijangkan akan tumbang dan dirampas pembangkang akibat kekurangan sokongan terhadap UMNO BN. Kerana itulah dalam konyensyen UMNO negeri tidak berapa lama dahulu dicadangkan supaya persempadanan semula pilihanraya dilakukan dengan menambah beberapa lagi kawasan Parlimen dan DUN di Pahang. Ini juga akan melibatkan daerah Jerantut yang diura-urakan disempadankan semula.


2. Dalam erti kata lain, Jerantut adalah salah satu bahagian dan kawasan Parlimen yang lemah di Pahang dan berkemungkinan besar dirampas pembangkang. Lawatan dan program yang diadakan beberapa kali di Jerantut oleh parti pembangkang termasuk dihadiri DS Anwar Ibrahim seakan membenarkan andaian ini yang menyedari bahawa Jerantut adalah diantara Parlimen yang berpotensi untuk mereka tawan dalam PRU akan datang.


3. Saya melihat jika bukan kerana beberapa kelemahan terutama pemilihan calon di Parlimen dan DUN Damak, sudah pasti kedua-dua kerusi berkenaan sudah jatuh ketangan pembangkang dalam PRU lalu. Kelamahan yang jelas kepada pembangkang dalam PRU12 lalu adalah meletakkan calon adik beradik bagi Parlimen Jerantut yang diwakili Pas dan DUN Damak yang diwakili PKR serta kedua-dua mereka bukanlah anak jati negeri Pahang. Di Jerantut dan negeri Pahang isu anak jati negeri masih memainkan peranan penting dalam pemilihan calon bagi mana-mana PRU.


4. UMNO Jerantut harus sedar dan mengakui bahawa mereka lemah dan tidak bersatu dalam mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dari dirampas pembangkang dalam PRU nanti. Keretakan masih jelas berlaku disana dan disini. Pemilihan pemimpin dalam Mesyuarat Perwakilan yang lalu juga kelihatan banyak dipengaruhi rasuah politik. Pemimpin yang tidak berkualiti dipilih hanya kerana mereka memberikan rasuah dan menaja lawatan ke luar negara termasuk menunaikan umrah. UMNO Jerantut adalah UMNO yang korup.

Pemimpin-pemimpinnya yang korup dan ahli-ahlinya yang korup juga dan mereka mudah dibeli serta tidak ada sifat sayangkan parti. Perubahan besar-besaran harus dilakukan disemua peringkat dari atas hingga keakar umbi. Pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat walaupun sudah dikira tergelincir harus diangkat semula sebagai calon recycle yang nyata lebih baik dan mampu memperkasakan semula UMNO Bahagian. Segala 'langau' yang berkeliaran sekelilin pemimpin ketika ini mesti dimusnahkan kerana mereka memberi impak yang besar dalam menaruh kebencian rakyat terhadap UMNO.

UMNO negeri juga harus bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kemerosotan sokongan terhadap UMNO BN selama ini kerana tidak melakukan usaha yang bersungguh-sungguh menambah kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO BN. MB harus juga diubah bagi menguatkan semula UMNO Pahang.


Sila baca dan rujuk blog;



3 comments:

Menyegar said...

Salam.Masaalahnya pemimpin pusat tidak mendengar kehendak akar umbi,Mereka masih memekakkan telinga mereka.UMNO di lihat hanya untuk golongan atasan sahaja sekarag bukan untuk rakyat marhaen lagi.

Anonymous said...

Saya fikir bukan sahaja UMNO Bahagian Jerantut tumbang di PRU13 nanti tetapi kebanyakan UMNO Bahagian ditempat lain juga akan tumbang termasuklah Pekan. Memang betul muka2 calon yang jadi wakil rakyat termasuk muka MB sekarang muka korap skandal sek, rasuah politik main duit untuk jadi ketua dan pegang jawatan penting dalam parti walaupun mereka bukan mesra rakyaat. Tapi sebab pandai main politik mengampu dan membodek dapat jadi calon. Bila cakap depan rakyat boring dan mengapu aje entah apa2 merepek bukan nak cakap macam mana kerajaan negeri akan membawa pelaburan dalam negeri, tolong mengadakan peluang kerja untuk graduan2 yang menganggur. Tapi banyak berjanji dan bercakap pedaah dan temberang lapuk. Tambah lagi Pahang masih lagi dengan MB lama yang tak menampakkan kepimpinan yang berkesan hanya pandai berjanji dan sentiasa berjanji kosong dan cakap bohong dan cakap macam bukan MB material. Memang patut ditukarkan MB Datuk Nan dan juga semua wakil2 rakyat yang dah ada imej rasuah dan skandal sek. Kalau UMNO Pahang nak memang kena tukar pempimpin2 yang lemah dan korop di semua bahagian UMNO dalam Pahang. Sayang UMNO Pahang bangun lawan jangan tidoooor aje.

Gelombang Rakyat said...

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan,

Kami dari Gelombang Rakyat ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.gelombangrakyat.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian, Salam Persahabatan..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...