Suara Anak Pahang - Perlu Baca

10 July, 2010

HEHEHE! PEMIMPIN UMNO KITA

Musim durian kita dapat duit banyak kerana durian runtuh, musim pemilihan kita dapat duit banyak kerana apa yang runtuh? ...... Maruah atau apa?


Pahang DailyOnLine menulis mengenai seorang exco kerajaan negeri Pahang yang di rumahnya ditemui RM300,000. Berita berkenaan disiarkan oleh mkini;

KUANTAN, 9 Julai (mkini) - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), mempersoalkan laporan The Star pada 6 Julai lalu berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang itu. Soalnya, bagaimana seorang Exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank. Akhbar itu, Selasa lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Kita tidak hendak persoalkan dari mana datangnya duit sebanyak itu kerana beliau adalah orang kepercayaan MB Pahang. Soalnya kenapa tidak disimpan saja di bank-bank yang banyak terdapat di Kuantan ini. Apakah beliau takut duit yang disimpan di bank itu akan diberikan faedah dan beliau tidak hendak makan 'bunga' haram itu.

Teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir, pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga mesti nampak bersih. Kita pasti MB akan tetap diam dan membisu, atau akan berkata seperti Tun Abdullah dahulu; 'Saya tidak tau, saya tidak terlibat...' Hehehe!

Kita sayangkan MB kita ni. Mintak-mintak lebih lama lah dia menjadi MB Pahang. Kerana masih banyak tugas-tugas yang belum selesai dan masih banyak khazanah yang belum diselesaikan dan dilangsaikannya. Hehehehe!

Musin durian kalau brrupppp bau durian, kalau musim politik brruppp bau apa? MB kita yang bijaksana mesti tau jawapannya.

1 comment:

Anonymous said...

wow,banyak betui duit Exco Umno ni.Ingat lah wahai pemimpin anda dilpilih oleh rakyat utk berhikmat kpd rakyat bukan untuk membesaukan perut dan mengkayakan diri.
udah terlalu kerap rakyat jelata dengar pasal MP MP yg berduit banyak ni,mungkin juga mak bapak depa ni kaya jual tanah pusaka atau jual harta pusaka sebab tu ada duit beratus ribu.
pak najib arahkan lah semua ini disiasat.kalu zaman Tun Mahathir dulu semua pemimpin hendaklahmengistiharkan harta mereka adakah ia dilakukan zaman Pak Najib ni.
fikir fikirkan lah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...