Suara Anak Pahang - Perlu Baca

20 July, 2010

KERAJAAN PR IKTIRAF BLOGGER, KERAJAAN BN?



Blog Unit Media Permatang Pauh mendedahkan blogger-blogger PR dianugerahkan pingat PJK oleh kerajaan negeri Pualau Pinang.


Soal apakah peranan mereka selain dari menjatuhkan kerajaan BN dan membantu kerajaan DAP Lim Guan Eng dapat merampas dan memerintah Pulau Pinang tidak perlu kita timbulkan. Yang kita harus lihat adalah penghargaan yang mampu kerajaan negeri berkenaan berikan kepada para blogger yang berjuang dalam media untuk membantu mereka.


Apakah penghargaan yang kerajaan negeri-negeri dan pusat BN mampu berikan kepada blogger pro kerajaan?;

1. Sewaktu pelancaran blog TMY di angkasapuri para blogger di jemput hadir dan dijanjikan untuk diberikan modem broadband setiap seorang. Sehingga kini masih belum diketahui apa kesudahan janji itu? Mungkin kilang pembuat modem berkenaan masih dalam proses memohon lesen perniagaannya (agaknyalah). Ini kena tanya blogger gomo, siapa yang berjanji dengannya dulu. Terima kasih atas penghargaan tokoh politik haramjadah itu.

2. Ada kalangan tokoh politik yang malas membuat kajian menggunakan maklumat dan fakta yang diperolehi dari laman blog dan bahkan kemudiannya menjadaikan idea berkenaan sebagai idea mereka sendiri tanpa memberikan sebarang penghargaan dan kredit kepada blogger berkenaan yang bersusah payah mendapatkan bahan-bahan serta maklumat. Politikus berkenaan sebenarnyalah adalah musang berbulu ayam.

3. Dimana-mana sekalipun, para blogger pro kerajaanlah yang berjuang mempertahankan sebarang tohmahan penyokong pembangkang namun sikap kerajaan negeri dan pusat tidak mengiktiraf blogger sangat mendukacitakan. Kerana itu kebelkakangan ini seakan ada trend kebanyakan blogger pro kerajaan mula menghentam kerajaan dan dasar-dasar kerajaan yang tidak disukai.

4. Di Pahang pun sama, bukan setakat blogger tidak dihargai bahkan langsung tidak diiktiraf kehadirannya dalam dunia media sosial ini. Apabila menulis sesuatu yang memberikan kreadit kepada kerajaan, mereka hanya mendiam diri dan tidak langsung bertetima kasih, namun apabila kita menulis sesuatu yang bertentangan maka kita disalahkan.


Siapakah sebenarnya musang berbulu ayam? Kebangkitan blogger Pahang di Jerantut akan mengubah suasana politik di Pahang keseluruhannya kelak kerana arahnya yang sukar diramalkan. Kita menanti PRU13 untuk melihat kebenarannya.

3 comments:

Anonymous said...

Apakah nilai satu perjuangan sama ngan satu broadband??Apakah satu perjuangan sama ngan satu pingat??? Kalu nak tu smua, masuk UMNO laa dan jilat sana sini....Ikhlas brader, perjuangan menegak kebenaran besar ganjarannya yg tak ternilai.

Pejuang Bangsa said...

setuju dgn sdr Brave heart...

kita yg pi program TSMY dijanjikan P1 Wimax akhirnya telah dikencing oleh Pegawai Khas TPM , Feriz Omar dan geng2 nya ..

sedangkan kita pi sana , pakai duit poket sendiri bukan TPM bayar woi..aku mai dari Penang guna duit sendiri ..

bRAVEhEART said...

Salam, Sdr Anon tak faham perasaan orang rupanya. Kalau bro PB nak kat broadband lagi baik dia beli sendiri dari dtg ke KL utk dptkan yang free yng mungkin boleh dpt lebih lagi kerana tambang, minyak kenderaan dan elanja makan minum. Persoalan saya disini adalah penghargaan yang juga bukan berupa pingat atau pangkat tetapi lebih berupa pengiktirafan. Awak tak tau bahawa di Pahang kami beberapa orang blogger generasi pertama yang pro kerajaan tidak dipedulikan langsung dalam apa-apa program yang UMNO anjurkan, itu maksud saya...pengiktirafan lebih berharga dari nilaian wang ringgit dan pangkat. Mungkin awak tak sensitif kerana waak tak merasainya, nanti awak akan tahu pedihnya.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...