Suara Anak Pahang - Perlu Baca

14 July, 2010

PAKATAN RAKYAT LEBIH DEMOKRATIK DARI KERAJAAN BN

Nizar - wajah seorang haramjadah, pembelot kepada bangsa melayu.



Semakin hari kita semakin rasa menyampah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan BN, mereka tidak pernah ingin berubah. Kesian kepada PM yang selalu melaungkan perubahan. Mungkin benar soal selidik yang dilakukan menyatakan bahawa sokongan terhadap PM semakin meningkat, tetapi kepada PK bukan kepada BN keseluruhannya. Pemimpin BN yang lainnya kebanyakkannya masih macam sial.


Hendak juga rasanya memberikan sokongan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. tetapi mereka pun banyal hal juga. Bila Kerajaan BN lakukan mereka kata tidak demokratik, tetapi bila mereka yang lakukan itu jadi demokratiklah pulak. Rupanya pemimpin Pakatan Rakyat lagilah sialnya.


ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, semalam digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri selama sehari selepas enggan mematuhi arahan speaker DUN, Teng Chang Kim supaya duduk ketika bangun meminta penjelasan mengapa usulnya mengenai perlombongan pasir si Selangor ditolak - Berita Harian Selasa 13 Julai 2010 mukasurat 8.


Beginilah demokrasi cara pembangkang. Pas pun sama juga. Kalau untuk mereka HALAL, kalau untuk orang lain HARAM. Pas selamanya parti haramjadah.


Jika UMNO BN boleh lakukan sedikit perubahan dengan memilih pemimpin yang lebih baik budipekertinya, telus dan jujur dalam tugasnya serta bukan dari kalangan 40 penyamun dalam filem Ali Baba serta suku sakatnya atau kaum kerabat serta dari baka dan keturunan itu, tentu UMNO BN akan mendapatkan semula sokongan rakyat kepada mereka.


Apa usaha UMNO Pahang, UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan bagi menarik golongan muda menyertai UMNO? Jawapannya tidak ada kerana mereka memang tidak inginkan pertambahan ahli kerana ingin menjaga kedudukan mereka bagi membolehkan mereka memeggang jawatan sehingga ke liang lahat.


Apabila mereka ditolak naik keatas maka mereka dengan rakus memunggut segala buah-buah tak kira sama ada sudah masak, masih mengkal atau pun masih putik. Semuanya mereka sebat sehingga daun pun mereka 'releh' habis. Kalau mereka aggihkan kepada yang menanggah dibawah ni tanahlah juga, tapi tidak kerana segalanya mereka sebat seorang diri.


Ramai blogger pro kerajaan dulu sudah menyimpan api didalam dada mereka, tunggu saja lah menjelang PRU13 nanti segalanya akan dikeluarkan, macam api dari, mulut naga.

2 comments:

Anonymous said...

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ UMNO ] yang berjuang untuk menegakkan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA ISLAM . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia

Anonymous said...

MARILAH BERSATU DENGAN TALI ALLAH
1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...