29 July, 2010

BANGSA MELAYU DI PRU13




Sahabat saya blogger dari Bentong terkejut dan meulis tentang 'Tiba-tiba Pas Jadi Melayu'. Seorang lagi sahabat berasal dari N9 dan lama di Pahang menulis 'PRU13 - Pertarungan Melayu-Bukan Melayu' Novandri juga mengungkapkan rasa terkejut banyak pihak termasuk dari kalangan pembangkang sendiri yang sudah dikejutkan oleh sikap rasis pemimpin DAP ~ Baca Sini. Baca juga blog 'Media Permatang Pauh'


Banyak kesedaran telah timbul terhadap arahtuju politik parti DAP yang disokong kuat oleh Pas dan PKR. Perjuangan mereka sebenarnya bukanlah untuk kesamarataan semata-mata bahkan apa yang mereka kehendaki dan sedang rancang sekarang ini adalah menguasai segalanya, iaitu politik dan ekonomi di negara kita. Jika dibiarkan berlaku maka akhirnya bangsa Melayu akan merempat di negara sendiri.


Cuba singkap kembali siapakah yang beria-ia menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra? Mereka menggunakan alasan kesamarataan untuk perlahan-lahan merampasnya dari kita. Namun apa yang kita lakukan selama ini? Kita masih bercakaran sesama Melayu yang dengan ini telah membuka ruang yang sangat luas untuk kaum rasis itu memecahbelahkan kita. Akhirnya baru kini Pas terkejut dan sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini hanyalah sia-sia.


Tidak mustahil PRU13 adalah persaingan kuasa diantara Melayu dengan bukan Melayu (yang disokong oleh Melayu), dan keputusannya mungkin akan membuatkan Melayu lebih lemah di negara sendiri. Siapakah yang benar-benar berjuang untuk bangsa Melayu? Pas hanya berjuang untuk 'Isle' (Islam) semata-mata dengan menolak konsep bangsa dan kebangsaan kebelakang. Pemimpin UMNO yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu nampaknya masih lebih menimbulkan kebencian rakyat kerana sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri serta kaum kerabatnya.


Saya melihat PRU13 nanti adalah kecelaruan buat bangsa Melayu dan tidak mustahil kekuasaan politik bangsa Melayu selama ini juga akan terhakis dan bahkan padam selama-lamanya.

7 comments:

Kalam Timur said...

Salam Perjuangan,

Mohon link kan blog tuan ke blog saya di:
http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Saya sudah link dan follow blog tuan. Untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Wake UP! said...

Bumiputera 60%. Kekayaan negara majoritinya dipegang orang Cina yang merupakan minoriti.

Kalau mahu kesamarataan, kekayaan Cina tu harus dibahagikan sama rata kepada semua termasuk Bumiputera yang masih ketinggalan.

Menyegar said...

Salam.Persoalannya kepada parti manakah kita perlu undi? Jika kita lihat UMNO juga nermasaalah dengan pemimpin pemimpinnya.Tidak ramai pemimpin UMNO yang kita lihat yang berjuang dengan ikhlas.sesungguhnya orang orang politik ni bangsat bangsat belaka.

SEVENTH FLEET said...

Itulah KEBODOHAN UMNO..lebih 50 tahun mau duit kaa..TAK BERJAYA..menguatkan KUASA POLITIK meLAYU..memang UMNO bangang..

sambalpedas89 said...

awas dengan yang namanya politikus jalanan. mereka sadis dan mabuk kuasa. indonesia udah kena. jangan sampe malaysia juga ikut kena.
dunia kadang2 ga adil kerna yang mabuk kuasa dan gila, bisa berjaya. Hati2 Malaysia.
Saya pencinta damai. Selamatkan Malaysia kerna malaysia adalah negara islam yang paling berjaya di dunia.
ikuti saya di www.sambalpedas.com

Anonymous said...

salam,

dalam pas ada orang melayu ka? yg ada hanya 'oghe isle' sahaja. bagi mereka bangsa tidak penting walaupun pengasas mereka sendiri dr. burhanuddin mengingatkan betapa pentingnya parti bergerak atas landasan melayu beragama islam sebab di awal penubuhan pas dulu 100% melayu totok juga ahlinya. kalau bangsa tidak penting bagi ahli pas, apa pula nak dipanggil bangsa mereka?

dalam pada tak nak menjadi bangsa melayu, segala hak keistimewaan orang melayu bumiputera mereka rembat!!!!

jadilah bangsa melayu islam yg sejati.

mengenangbudi

Anonymous said...

"bumiputera 60%. Kekayaan negara majoritinya dipegang orang Cina yang merupakan minoriti.

Kalau mahu kesamarataan, kekayaan Cina tu harus dibahagikan sama rata kepada semua termasuk Bumiputera yang masih ketinggalan."
-----------------------------------
"Langkah Mayat Aku," kata Kit Siang(DAP) pula. Dulu kita dengar cetusan ungkapan Karpal Singkap jika Pas mengislamkan Malaysia.

Mana satu mau ikut?
Hwaa.. kedua-dua mayat kuat hantunya.
Padaku kedua-dua sukar diikuti kerana aku Melayu papa kedana.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...