Orang Perjuangan yang akan mencipta sejarah
Perbicaraan umum masih berkisarkan kepada PRK N45 DUN galas. Perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya disambut baik banyak pihak. Cadangan meletakkannya sebagai calon juga menjadi isu perbincangan yang panas. Tiba-tiba saja Nik Aziz melompat dan berkata Ku Li bukan calon yang sesuai untuk DUN Galas. Beliau tidak layak kerana akan merendahkan martabatnya serta hubungan darah kekeluargaan dengan Sultan Kelantan juga membuatkan Ku Li tidak layak menjadi calon. Ku Li juga tidak layak kerana sudah duduki kerusi sebagai ahli Parlimen.
Nik Aziz dan ahli Pas tidak usah risau akan hal ini kerana ini adalah masalah UMNO. Biarlah UMNO menyelesaikannya. Melainkan jika Nik Aziz nak masuk UMNO. Pas cuma selesaikan masalah mereka sendiri, kalaulah ada calon yang layak maka bolehlah dicalonkan. Calon mestilah bukan perokok, bukan juga penipu rakyat dan bukan juga perogol Ujian air kencing juga patut dilakukan oleh calon berkenaan selain dari ujian HIV. Akhir sekali barulah mereka boleh mendatangani kontrek yang bersyarat jika mereka melompat parti maka akan jatuhlah talak atas isteri-isteri mereka itu. Jika tidak eloklah tidak bertanding.
Saya melihat Ku Li ada peranan yang besar nanti. Selepas memenangi DUN Galas, beliau sepatutnya memimpin UMNO Kelantan untuk merebut Kelantan dari Pas. Biar beliau pula mengekepalai perjuangan dan bila menang nanti biar beliau menjadi MB UMNO pertama setelah dapat merampasnya dari Pas. Kita nampak sinar yang cerah di sebalik cahaya bulan yang berbalam-balam. Memadailah kerosakan dan penderitaan yang rakyat Kelantan telah alami selama ini. Ini masa untuk berubah!
4 comments:
Ku li iadi calun ? Umno dah tak calun lain ke ? Orang melayu yang baik baik punya tiada dalam umno ke? umno-umno !... masih tak berubah. Umno Pusat macam nak perkena Ku Li aja.Kalaule kalah Ku Li dianggap sudah hilang Uuumm.
Kalau saya jadi PM sekalipun saya akan lakukan yg sama, dimana ada peluang menang,itu yg akan dilakukan. Dah bukan Pas tak biasa gunakan cara sama, Hj Hadi tu dulu pun lakukan yg sama. Tindakan in adalah wajar, cuma mereka yg takut pada kesannya saja yg 'gege'.
jika itu bisa mumbuat bn menang apa salah ybm TR dicalunkan,tiada dalam perlambagaan mengatakn tak bisa?.PEMBANGKAN DAH LAMA LAKUKAN PERKARA INI,KITA DAH CUBA DI NEGERI 9,BERJAYA INIKAN DI GUA MUSANG,SENAGNLAH ITU...............
Salam Bro..
Apa cerita nih!!!
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/215-ahli-keluar-pkr-umno-berbohong-lagi.html
Post a Comment